Friday, September 25, 2009

HARI RAYA IDIL FITRI 2009



Balik kampong pada Sabtu, 19/09/2009 dan pada kali ini giliran isteri beraya di kg nya di Kg Sega Ulu, Rantau, Negeri Sembilan.

Pada sebelah malamnya pulang kerumah emak di Taman Paroi Jaya, Seremban. Kalau dah balik raya ni macam2lah cerita yg muncul tetapi soalan2 lazim apabila memulakan bicara adalah,

"Berapa hari cuti?", "Bila sampai?", "Kerja kat mana sekarang?", "Anak berapa orang dah", "Tinggal kat mana sekarang?", "Waktu balik jalanraya jem ke tidak?".
Waktu sebegini kadang2 kita berjumpa orang yg tak pernah bersua hampir setahun dan hanya dapat bertemu setahun sekali dan ruang & kesempatan inilah digunakan untuk berbual2 mesra dan bertanya khabar.

Berjumpa dengan orang2 tua seperti datuk, nenek, sanak saudara dan rakan2 menjadi amalan kerana tahun hadapan tidak tentu dapat berjumpa.
Saya sempat bergambar disebelah rumah usang yg menjadi tempat tinggal saya bersama ayah, emak, datok dan nenek bersama emak2 saudara 45 tahun dahulu. Hidup dibelenggu denga kesusahan dan apabila ditanya oleh Radzman,
"Apa pasal ayah ambil gambar kat rumah buruk ni" dan saya jawab,
"Dirumah nilah ayah dibesarkan dan inilah tempat main ayah masa kecik2 dulu...kira2 45 tahun dahulu dan ayah pernah bergambar bersama2 dengan Mak Ngah (emak saudaranya) ditempat ni kira 42 tahun yg lalu", jawab saya dengan penuh nostagia. Ada saya abadikan gambar tesebut dalam gambar2 diatas.

Ada yg balik kekampong dengan kereta baru, ada kereta lama dan macam2 lagi ragam.

Kanak2lah yg amat bergembira, ye lah masa inilah nak main mercun dan bunga api, kumpul duit "ang pow" seberapa banyak yg boleh dan ada ketikanya ia mencuit hati saya.

Semasa beraya dirumah kakak ipar dikampong berlaku kejadian lucu dimana ada sekumpulan kanak2 beraya sama kerumah tersebut. Selepas makan dan minum, maka tuan rumah pun memberikan "ang pow" kepada kanak2 tadi dan mereka pun beredar. Beberapa minit kemudian seorang kanak2 dari kumpulan tadi datang kembali kerumah dan bertanyakan'

"Pak cik, dalam sampul ang pow ni kosong...tak ada duit"
Oleh itu terpaksalah tuan rumah memberikan duitnya, diiringi dengan gelak ketawa saya dan tetamu2 yg lain. Lain kali kita kena pastikan ada duit dalam sampul tersebut. Kadang2 terlepas pandang.

Di Hari Raya ke 3 anak saya Radzlan dan sepupunya, Firdaus hendak membeli mercun dan Firdaus pun meminjam motosikal emak saudaranya, Lili. Setelah selesai membeli, sepatutnya mereka balik dan kembalikan motosikal tersebut tetapi mereka "menyeleweng" ketempat lain & walaupun dinasihati, mereka pergi juga.

Malang tak berbau, beberapa ketika kemudian, kembalilah mereka mengheret motorsikal emak saudaranya yg telah pun patah plet no nya dan beberapa bahagian lagi. Dengan muka pucat kedua2nya terpaksalah menghadapi situasi ini. Motorsikal perlu diganti dan saya dan Azman, bapa budak2 "nakal" tadi terpaksa mengeluarkan wang untuk memperbaiki motor tersebut.

Inilah sebahagian cerita2 manis dan pahit di bulan Syawal 1430 Hijrah ini.

6 Syawal 1430 Hijrah / 25/09/09
Bandar Baru Bangi.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 1430 HIJRAH




SELAMAT TINGGAL RAMADHAN 1430
SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 1430

Terkenang sejenak, Ramadhan Al Mubarak akan meninggalkan kita semua beberapa hari lagi. Semasa zaman Rasulullah saw dalam riwayat sahih menyatakan sahabat2 akan menangis kerana Ramadhan akan berakhir kerana memikirkan yang bulan Ramadhan ini adalah bulan yg penuh berkat, didalamnya segala kebaikan dan amal yang dibuat akan dilipat gandakan oleh Allah swt dan yg didalamnya terdapat satu malam yang dinamakan Malam Lailatul Qad yg mana malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.

Terfikir akan adakah segala amalan, taubat yg kita lakukan diterima Allah swt.

Walaubagaimanapun kita mengharapkan akan keredhaan dari Nya dan mengharapkan agar segala bentuk amalan2 kita akan mendapat keredhaanNya dan pengampunanNya. Insyallah

Begitupun, Syawal menjelang tiba dan kesempatan ini saya mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 1430 HIJRAH DAN MAAF ZAHIR BATIN" kepada semua rakan2, saudara2 yang mengenali saya sekeluarga.
Sambutlah perayaan ini dengan penuh kegembiraan dalam kesederhanaan.

Daripada,

Hj Rose Ady Hj Ramli
Hjh Salmi Baharudin
Syamimi Hj Rose Ady
Radzlan Hj Rose Ady
Radzman Hj Rose Ady

28 Ramadhan 1430 (18 September 2009)
No 74, Jln 4/12G,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.

Thursday, September 17, 2009

JALAN2 KE SINGAPURA




SINGAPORE....HERE WE COME!!!

Pada bulan Mac 2009, Hajjah Salmi menerima panggilan telefon dari abangnya di Singapura menyatakan Faizal telah dimasukkan kehospital.

Sambil berfikir sejenak, Hajjah Salmi memikirkan siapa yang boleh melawat Faizal di Hospital.
Setelah berbincang dengan saya, keputusan diambil, Hajjah Salmi akan pergi dan kami ke Stesen Keretapi Kajang untuk membeli tiket keretapi pergi balik ke Singapura.

Bersama2 yg pergi termasuklah Syamimi, Radzman dan Radzlan. Saya....cuti tahun dah habis, kena pergi kerja macam biasa.
Inilah pengalaman pertama anak2 menaiki keretapi Sinaran Pagi dari Kajang ke Singapura. Malahan ini juga pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki ke bumi Singapura yg mana satu ketika dahulu ia adalah milik Malaysia.

Ketika ditanya mereka.....amat seronok!!! Yeah!

Gambar2 mereka saya hiasi di blog ini untuk kenang-kenangan

Singapura
Mac 2009

BELON2 BESAR DI PUTRAJAYA




BESARNYA BELON!!!

Terlihat dalam TV iklan menyatakan acara pertunjukkan belon pans di Putrajaya.

Mmmmm....apa lagi saya dan keluarga pergi awal2 pagi Sabtu 21 Mac 2009 dah sampai di Putrajaya untuk melihat belon2 besar ini.

Diwaktu Syamimi kecil2 dulu masa umurnya 5 tahun ada juga saya anak beranak melihatnya dibelon2 besar ini, masa tu di UPM.

Kali ni anak dah 3 dan Syamimi pun dah berusia 17 tahun.

Sebenarnya isteri dan anak2 telahpun datang semalam tetapi tiada belon yg dinaikkan kerana cuaca tak baik.

Hari ini semua beres dan banyak belon2 yang dinaikkan.

Pengalaman untuk anak2.

21 Mac 2009
Putrajaya

PERTANDINGAN BOWLING MEM 2009



BOWLING OH BOWLING.....

Bertempat di Ole2 Superbowl, Sect 18, Shah Alam, Welfare Committee, MEM telah menganjurkan pertandingan bowling pada 24 Mei 2009.

Peserta2 yg terdiri dari pekerja2 MEM mulalah menunjukkan bakat bermain bowling.
Saya dan anak lelaki saya Radzman turut hadir yg bermula lebihkurang jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.
Seronok tetapi meletihkan sebab setahun sekali main benda tu.

Azri jadi best bowler among local employee....tahniah dan Mr Yano seperti biasa membuat jatuhan pin terbanyak.

Jumpa lagi tahun depan.

24 Mei 2009
Seksyen 18, Shah Alam

Friday, September 11, 2009

Angin Petang Di Putrajaya












































ANGIN PETANG DI PUTRAJAYA
Selalunya keluarga saya akan mengambil angin petang dengan pergi ke Putrajaya untuk berjalan2 atau makan2 di Putrajaya.
Selalunya tempat kami adalah di Alamanda atau Taman Warisan atau di sekitar Masjid dan kadang2 makan di Putrajaya.

Pada petang 26 Julai 2009 yg lalu saya mengajak isteri, Syamimi, Radzlan dan Radzman berjalan2 melihat pemandangan tasik di Putrajaya.
Disana dapatlah sedikit sebanyak berbual2 dan bermesra dengan isteri serta anak2 dan outing sebegini memang dinanti2kan oleh anak2 terutamanya Radzman apabila hujung minggu atau hari Sabtu petang.
Outing sebegini adalah satu tradisi dalam keluarga saya.
HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Putrajaya
26 Julai 2009