Monday, November 23, 2009

PAK LIAS DAUGHTER's WEDDING





Hari Sabtu dan Ahad yang lalu, saya dan keluarga agak sibuk dengan kedatangan emak mertua dan ipar duai kerana untuk menghadiri majlis pernikahan anak Pak Lias dan Induk Jah di Klana Jaya.
Di pagi Sabtu adalah majlis pernikahan diadakan lebihkurang jam 11.30 pagi. Saya sekeluarga dan Birin sekeluarga hadir di Majlis tersebut. Selepas akad nikah, kaum keluarga makan tengahari dan hidangan agak enak.

Sebelah petangnya beberapa persiapan untuk majlis perkahwinan esok disediakan. Ini termasuk kita bergotong royong membuat "goddies" untuk dihadiahkan kepada para tetamu. Amat meriah diselang dengan gelak ketawa saudara mara.

Lebihkurang jam 4.00 petang semuanya beres hasil kerja yang dilakukan beramai-ramai dan kami meminta izin balik.

Dalam perjalanan balik, adik ipar saya Birin yang tidak berapa faham dengan jalan di PJ dan lebuhraya diLDP sesat selepas saya membayar tol. Mmmmmm...sesat hingga ke Putrajaya dan memasuki pula tol Maju Expressway. Kena bayar tol lagi.

Keesokkan harinya kami pergi semula ke Dewan D Klana di Klana Jaya. Saya pula sesat beberapa kali...namun jumpa juga. Kami bersama Azman sekeluarga dari Melaka. Birin dari rumah kakak iparnya dari Putrajaya

Selepas makan jam 11.00 pagi, saya dan Ajak (kawan sekelas semasa sekolah rendah dulu) bertugas menjaga tapai dan bubur pulut merah untuk diberikan kepada tetamu. Seronok juga sekali sekala membantu tetapi mengalami beberapa masalah seperti sudu habis, bubur habis serta yang akhirnya mangkuk bubur habis.

Tugasan kami selesai apabila mangkuk bubur habis. Lepas tu Zzzzzzzzz.
Kami bertolak balik jam 4.30 petang.

Hujung minggu yang memenatkan tetapi penuh dengan keseronokan berjumpa saudara mara.

Ya Allah...Semoga perkahwinan tersebut berkekalan hingga keakhir hayat, mengikuti suruhanMu dan RasulMu dan semoga dikurniakan anak-anak yang solehah. Amin

Hj Rose Ady Hj Ramli
6 Zulhijjah 1430 Hijra / 23/11/2009
Bandar Baru Bangi









































Thursday, November 19, 2009

SPM...sepintas lalu


Pagi semalam bermulanya peperiksaan SPM bagi tahun 2009. Syamimi anak saya yang pertama mendudukinya.


Walaupun beliau yang menduduki peperiksaan tersebut tetapi hati ibu bapa yang bimbang, begitulah mungkin semasa saya mengambil MCE (Malaysian Certificate of Education) dulu pada tahun 1979....mungkin ayah dan emak merasakan perasaan yang sama.


Musim peperiksaan ini adalah penentu atau KPI kepada apa yang telah dipelajari dan dimentelaah oleh pelajar2 tersebut selama 2 tahun pelajaran mereka sepanjang dipersekolahan.


Apa yang saya harapkan adalah dikurniakan Allah kesihatan yang baik disepanjang musim peperiksaan ini, hati yang tenang untuk Syamimi dan akhirnya menjawab soalan-soalan dengan baik agar mendapat keputusan yang baik juga.


Walaubagaimanapun pelajaran penting tetapi dalam kita mengejar tingkat pelajaran yang tinggi, janganlah kita abaikan asas agama, pelajaran agama dan mempraktikkannya dan ini amat penting supaya ia seimbang dengan asas kita sebagai manusia agar mengejar dunia dan akhirat dengan seimbang.


Dunia adalah tempat sementara tetapi bawalah dengan banyak saham2 untuk tempat yang akan kita tinggal buat selama-lamanya iaitu hari akhirat yang mana jika banyak saham atau ibadah kita maka syurgalah tempat kita dan maka jika kurang timbangannya maka nerakalah tempat yang akan kita tinggal.


Saya mengingatkan diri saya dan keluarga saya serta semua umat muslimin dan muslimat agar sentiasa mengingatiNya serta mengamalkan suruhanNya, mengikuti sunah RasulNya dan meninggalkan segala laranganNya.


Syamimi...semoga berjaya didunia dan akhirat...Insyallah , amieen.


Hj Rose Ady Hj Ramli

Bandar Baru Bangi

2 Zulhijjah 1430 / 19 November 2009

Tuesday, November 17, 2009

Aida Ke Mekah Bersama suami








Syukur alhamdulillah...berkat doa semua keluarga akhirnya adik saya Hjh Rose Aida dan suaminya dapat mengerjakan Haji pada tahun ini bersama-sama suaminya, Latif.

Hajah Rose Aida telahpun mengerjakan haji dan tahun ini ingin mengerjakan Haji bersama-sama suaminya.

Mereka bertolak dari Seremban dengan bas yang disediakan oleh Ustaz Halim dan kami bertemu di Klana Jaya lebih kurang jam 2.30 pagi 14/11/2009.

Hati sayu kerana setiap kali ke Klana Jaya menyaksikan bakal2 Haji dengan pakaian ihram mereka, terasa hati ini dekat dengan panggilan Baitullah....dalam kata lain nak pergi sekali lagi.

Saya pun bantu Aida dan suaminya mengangkat beg2 mereka tapi tak banyak pun. Hanya 1 beg besar dan 1 beg sandang setiap seorang.

Semasa disana saya bertemu Hj Suhaimi kerana beliau pun ada menghantar saudara pergi menunaikan Haji. Tak sempat bergambar...tapi gambar saya disnapnya juga oleh beliau.

Saya terpaksa mninggaklan Aida dan Latif kerana jam sudahpun menunjukkan jam 4.00 pagi...tak tidur lagi.

Keesokkan harinya jam 6.30 petang ada menerima sms Aida menyatakan beliau baru sampai di Jeddah.

Alhamdulillah...semoga mendapat Haji yg mabrur.


Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
14/11/2009 26 Zulkaedah 1430 Hijrah

Tuesday, November 10, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 19




Hari ini, 10 November.... 19 tahun yang lalu saya diijabkabulkan dengan isteri Hajjah Salmi Baharudin.

Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 19.

Masa berlalu terlalu pantas......walaupun diri terasa masih muda tetapi umur dan anak-anak telahpun membesar, Syamimi berumur 17 tahun, Radzlan berumur 14 tahun dan Radzman berumur 9 tahun. Uban dikepala dan rambut yang dahulunya lebat telah kian nipis, kekuatan fizikal semakin berkurangan.

Sememangnya sepanjang perjalanan perkahwinan kami selama 19 tahun ini memang diuji dengan cabaran-cabaran yang hebat tetapi berkat kesabaran kami, alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepadaNya, semuanya berjalan lancar.

Sememangnya Allah itu maha mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui. Kelemahan suami ditutupi oleh isteri dan kelemahan isteri ditutupi oleh sang suami. Dalam kata lain saling lengkap melengkapi.

Hari ini saya dan isteri ingin memanjatkan segala rasa kesyukuran kerana dikurniakan anak seramai 3 orang, diberikan rezeki yang tidak banyak malah tidak sedikit dan sentiasa ada, kesihatan yang baik (walaupun sekarang ni saya sakit), pekerjaan yang sederhana, diberikan ruang untuk beribadah serta mendalami ilmu agama, mempunyai jiran-jiran yang baik, rakan-rakan yang sentiasa bertanyakan khabar, tiada mempunyai masalah besar dalam membesarkan anak-anak.

Kalau dihitung nikmat dari udara yang kita hirup dan perkara-perkara yang lain...tentunya tidk akan terhitung oleh kita.

Oleh itu disini saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada pencipta alam semesta ini agar keluarga kami senantiasa diberkati, dilimpahkan rahmat, dijauhkan musibah, dimurahkan rezeki dan biarlah hidup dan mati kami kerana Mu ya Allah. Amin.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
10 November 2009
22 Zulkaedah 1430 Hijrah




UJIAN HIDUP

Ini merupakan minggu yang kedua, saya merasakan badan tidak 100% sihat.
Batuk-batuk yang saya alami masih belum reda dan badan masih terasa lemah. Untuk pergi bekerja merupakan perkara yang amat sukar kerana pagi-pagi lagi badan terasa demam dan batuk ....kadang-kadang tidak henti-henti. Apa lagi perlu mandi dipagi hari yang dingin.
Minggu lepas saya cuti sakit selama 2 hari. hari Rabu, (04/11/09) dan Khamis (05/11/09). Pada hari Jumaatnya saya gagahkan diri untuk bekerja, namun saya rasa hanya 30% sihat dan tiada apa yang saya lakukan sepanjang hari dipejabat, hanya menanda tangani beberapa dokumen.
Pada hari Ahad yang lepas, saya dan isteri ke Darul Shifa, Bandar Baru Bangi berdekatan dengan rumah untuk mendapatkan rawatan secara tradisional, kerana saya dapat rasakan sesuatu yang pelik berlaku apabila, batuk saya tidak pulih-pulih hingga sekarang.
Menurut pakar Dr Hamidah di KPJ Shah Alam mungkin saya ada athma tetapi saya rasakan mungkin ya ...mungkin tidak.
Di Darul Shifa, saya berjumpa dengan salah seorang ustaz disitu dan setelah menjalani rawatan saya balik lebihkurang jam 6.45 petang.
Disebabkan sakit ini saya sentiasa duduk dirumah dan berehat. Menulis diruangan ini pun terasa tidak termampu. Hari ini terasa ada sedikit tenaga untuk menulis.
Saya mohon kepada Allah swt agar sakit ini pulih 100% dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
22 Zulkaedah 1430

Tuesday, November 3, 2009

ZIARAH BAKAL-BAKAL HAJI 1430




Hari Sabtu dan Ahad yang lepas saya dan isteri sibuk menziarahi sahabat-sahabat dan saudara yang hendak menunaikan fardu haji.

Hari Sabtunya, 31/10/2009 kami ke Danau Kota, Setapak menziarahi Induk Lili (emak saudara isteri) dan anaknya Aizat yang akan berangkat ke tanah suci pada hari Isnin, 02/11/2009. Sebagaimana pengalaman yang pernah kami dapat, saya ada memaklumkan kepada Aizat perkara-perkara yang perlu kuat dalam pegangan atau prinsip kita termasuklah banyakkan bersabar dan buatlah sesuatu yang banyak munafaatnya apabila berada ditanah suci seperti berazam untuk qatam Al-Quran dan banyakkan solat2 sunat bila berada disana serta menjaga kesihatan dan membantu ibunya yang pergi bersama dengan penuh kesabaran.

Pada keesokan harinya lebihkurang jam 5.15 petang kami kerumah Puan Ani yang mana bekas suaminya merupakan sahabat saya dan Puan Ani akan berangkat jam 5.30 petang dari rumah. Sebelum berangkat, anaknya Johan telah melaungkan azan.

Rumah Puan Ani dan rumah kami dekat dan hanya lebihkurang 70 meter dari rumah kami.
Selesai dirumah Puan Ani, kami ke rumah Jamil, juga berdekatan dengan rumah kami (satu lorong) dan beliau juga berangkat pada hari tersebut bersama isterinya, Puan Midah.

Semasa berada dirumahnya, dan disatu ketika beliau memanggil kesemua anak-anaknya dan bersalaman seorang demi seorang. Terasa sayu hati saya melihatnya kerana saya dapat rasakan perasaan mereka pada masa itu kerana saat-saat itu saya pernah saya lalui setahun yang lalu.

Bila berkesempatan bersama Jamil ada juga tips-tips yang saya sampaikan kepadanya untuk dijadikan panduan contohnya sabar dalam menjalani ibadah.

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang dan mereka pun berangkat ke Kelana Jaya.

Disamping itu saya terkenangkan juga adik ipar saya Latif dan adik perempuan saya, Aida yang status pemergiannya masih kabur. Latif telah disahkan dapat pergi tetapi Aida masih menunggu. Moga-moga Allah makbulkan permintaan mereka dapat pergi bersama suami isteri.

Apabila menziarahi mereka yang akan mengerjakan haji, kami terasa akan kemanisannya yang bakal dilalui oleh sahabat-sahabat dan saudara.

Lambaian Baitullah... azan yang mendayu dari Masjidil Haram...., Masid Nabawi ..... bait-bait ayat Al-Quran yang berkumandang semasa solat dikedua-dua masjid....lawatan ke makam Nabi....lawatan ke makam para syuhada Uhud dan bertemu dengan sahabat-sahabat yang baru yang sama-sama mengerjakan haji membuatkan hati sesiapa pun yang pernah mengunjungi Baitullah meronta-ronta hendak turut serta kesana.

Kepada yang bakal-bakal haji kami mengucapkan selamat mengerjakan ibadah Haji semoga memperolehi haji yang mabrur.

"HAJI YANG MABRUR ITU TIADA BALASANNYA MELAINKAN SYURGA"

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi,
15 Zulkaedah 1430.