Saturday, January 30, 2010

Kursus Kesedaran Keselamatan, Kesihatan dan Kesihatan









Kursus ini diadakan di Hotel Dorsett Regency, Jalan Imbi Kuala Lumpur pada 26-27 Januari 2010.

Kursus disampaikan oleh Encik Mohd Noor dan dihadiri oleh sahabat2 yang baru dikenali iaitu Nagin, Masuri, Aliza dan Fariz.

Selepas kursus barulah rasa yakin untuk menjadi Wakil Majikan bagi syarikat dalam OHSAS 18001.

Terimaksih kepada Encik Mohd Noor kerana memberikan soft copy untuk kursus2 termasuk 5S kepada peserta. Hanya Allah yang akan memberikan ganjarannya dikemudian hari bagi ilmu yang bermenafaat ini.

Hj Rose Ady Hj Ramli
28/01/2010
Bandar Baru Bangi

Friday, January 29, 2010

Satu Ketika Dahulu....












Semasa balik sekejap dirumah emak di Paroi Jaya Seremban, saya terpanggil untuk melihat photo2 sewaktu keci, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Memang setiap kali menatap photo2 ini akan terkenanglah kisah2 silam yang telah meninggalkan saya dan menjadi sejarah kira2 43 tahun dahulu.

Ya Allah Ya Rabbi...kenangan ini memang mengasyikkan dan ia tidak akan kembali lagi. Yang muda akan menjadi tua dan yang tua akan meninggalkan kita tetapi tidak mustahil yang muda akan pergi dahulu didasarkan oleh Maha Penciptanya.

Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
28/01/2010

Majlis Perkahwinan Anak Ruziah Ramli





















































































Tanggal 22 Januari 2010 merupakan satu lagi nukilan sejarah kerana menerima jemputan perkahwinan anak sahabat disekolah dahulu, Puan Ruziah Ramli.

Bilamana menerima jemputan melalui SMS serta surat, hati mula bertanya2.....Ruziah ni yang mana satu???

Persoalan hanya terjawab apabila saya sekeluarga menghadiri jemputan beliau. Apa yang menarik saya dapat berjumpa sahabat2 lama...ada yang telah 32 tahun tak berjumpa seperti Yazarinan, Yusli dan apatah lagi tuan rumah, Ruziah Ramli. Jumpa juga Sulaiman, Md Zain serta yang selalu berhubung saudara Munirhakim Majid.

Kepada Ruziah terimakasih kerana jemputan tersebut. Saya berkata kepada isteri, Hajjah salmi bahawa inilah kali pertama menghadiri majlis perkahwinan yang kami tak kisah siapa pengantinnya kerana sibuk berbual2 dengan rakan dan tentunya perbulan yang mengimbau 32 tahun yang lampau.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi,
23/01/2010

Monday, January 11, 2010

Hari Lahir ke 48







Tanggal 6 Januari 2010 merupakan hari lahir saya yang ke 48 tahun. Terasa diri ini semakin tua kerana 2 tahun lagi insyallah akan genaplah setengah abad hidup didunia sekiranya masih panjang umur.

Banyaklah ucapan-ucapan Hari lahir disampaikan oleh sahabat2 serta keluarga yang disayangi termasuk isteri, anak2, emak serta adik beradik yang sentiasa peka mengenai tarikh lahir ahli2 keluarga yang dikasihi.

Hanya kadang2 terfikir akan segala dosa2 serta kemungkaran yang dilakukan dimasa yg lampau samada diampuni Allah swt. Bak pepatah salah ustaz di surau AnNur..selamat pendek umur bukan panjang umur. Moga Allah sentiasa memberikan hidayah serta diampunkan dosa2 yang telah dilakukan.

Betapa pula terasa masa tidak mencukupi untuk mengumpulkan saham2 untuk akhirat untuk dibawa kealam yang pasti datang kepada kita.

Sebelah malamnya macam biasa kami sekeluarga pergi makan2 disalah restoran di Bandar Baru Bangi.

Ya Allah...maafkah dosa2ku, berkatilah hidupku,,limpahkan rahmat kepada ku, berikan kesihatan yang baik kepada ku dan janganlah aku dihina didunia dan dipadang masyar nanti. Selamatkanlah hamba mu yang kerdil ini yang sering melakukan kesalahan. Ya Allah ampunilah aku.


Bandar Baru Bangi

07/01/10

Kuliah Oleh Sheikh Nuruddin







Assalamualaikum wbt.
Pada hari malam Sabtu, 02/01/2010, bertempat di Surau An Nur, ceramah oleh Sheikh Nuruddin Maabu al Banjari al Makki.
Bersama2 beliau adalah kumpulan Qasidah yang datangnya dari Seremban.

Sheikh Nuruddin menyampaikan ceramah bertajuk Nur serta termasuk kepentingan zikir selepas solat dan pelbagai lagi pengajaran baik untuk diikuti didunia untuk mendapatkan pahala untuk akhirat.
Bandar Baru Bangi
03/01/10

REUNION KE2 JEMAAH HAJI MITRA KEMBARA 2008






Sejak kebelakangan ini, Hj Rahman serta Hj Suhaimi dan beberapa orang lagi amat aktif menyumbangkan pengalaman2 Haji mereka serta yang berkaitan isu semasa.
Timbullah idea yang saya taidak tahu idea siapa untuk mengadakan jamuan di rumah Hj Suhaimi di Langat pada 02/01/10.

Saya meneima jemputan diletakkan oleh Hj Suhaimi (saya agak) didalam peti surat saya. Mmmm...seronok apabila akan dapat berjumpa kembali sahabat2 yang dikenali di tanah suci Mekah.

Pada 02/01/10, saya dan isteri ditakdirkan sampai juga dirumah Hj Suhaimi dan jamuan berbentuk "pot luck" dan saya setuju benar dengan cara ni kerana ia tidak memberatkan tuan rumah.

Berjumpalah saya dengan Hj Rahman, Hj Halim, Hj Hashim, Hj Suhaimi selaku tuan rumah dan beberapa orang lagi.

Terimakasih Hj Suhaimi...seterusnya rumaah siapa ye???

Bandar Baru Bangi,
03/01/10

PERKAHWINAN KAMAL LATIB DI RAWANG





Latib, adik ipar ada mengajak keperkahwinan anaknya bersama isteri terdahulu di Bandar Country Home, Rawang.

Oleh kerana hari itu jatuh pada hari Jumaat, 01/01/10 maka setelah jumpa rumah nya maka saya sekeluarga berangkat ke masjid yang tersergam indah itu.
Sememangnya semasa imam membacakan khutbah yang berkobar2, saya lihat ramai jemaahnya yang berpakaian jubah warna putih dang nampak kesuciannya. Rupanya mereka adalah dari sekolah Tahafiz Al Quran yang berdekatan.

Alhamdulillah khutbah iman pada hari itu amat baik dan selepas solat Jumaat dan semasa berzikir, beliau mengalunkan zikir taubat yang amat sayu kedengarannya apabila seluruh masjid bersama-sama mengalunkan zikir taubat itu.

Hati tersentuh...tanpa dapat dihentikan airmata mengalir dipipi kerana mendendangkan zikir yang memiliki bait2 ayat yang amat memilukan

Amatilah bait-bait zikir ini dan tentu hati akan tersentuh dan terasa pilu;

Illaa hilaastu lil Firdausi

Ahla, walaa aqwaa’ alaa
Naaril Jahiimi…

Allah, fahablii taubatan
Waghfir dzunnubii, fainnaka

Ghafirun dzambil
‘adziimi…

Tuhanku aku tidak layak
Untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
Sanggup kenerakaMu
Dari itu kurniakanlah,
Ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya engkau
Pengampun
dosa-dosa besar

Tuhanku aku tidak layak
Untuk kesyurgaMu
Tetapi aku tidak pula
Sanggup menanggung
Seksa nerakaMu
Dari itu kurniakanlah
Ampunan kepada ku
Ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya engkaulah
Pengampun
Dosa-dosa besar


2 kebaikan pada hari itu adalah dapat bersama-sama solat dimasjid yang indah serta dapat melawat orang mendirikan masjid.....perkahwinan Kamal bin Latib bersama pasangannya.
Amin.

Bandar Baru Bangi
02/01/10