Thursday, March 18, 2010

SPM....keputusan Syamimi


Debaran amat dirasakan apabila diberitakan keputusan SPM akan diumumkan pada 11/03/2010. Saya selalu berdoa agar beliau mendapat keputusan yang baik tetapi dalam hati saya redha apa saja keputusan yang ada.

Paginya keluar bekerja seperti biasa...dan dalam jam 11.00 pagi sms dari Syamimi menyatakan beliau lulus dengan baik. Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mengkabulkan permintaan Syamimi, ibunya, saya malah ahli keluarga yang lain termasuk Uwan, nenek dan yang lain-lain.

Terasa hati ini gembira dan rasa syukur yang amat sangat. Insyallah anak-anak yang lain akan mengikuti jejak beliau.

Walau apa pun yang berlaku saya berpendapat ini hanyalah permulaan dan ini bukanlah jua pengakhirannya.

Berjaya semasa SPM bukan penentu kejayaan dimasa akan datang malah kegagalan di SPM bukan penentu kegagalan dimasa akan datang.
Allah maha berkuasa yang akan merencanakan kehidupan ini bak nukilan setengah-setengah ustaz kejayaan akademik serta kekayaan bukanlah pengukur tetapi Allah melihat ketaqwaan dan keimanan seseorang.
Walau setinggi mana kejayaan atau kegagalan seseorang insan...kayu pengukur Allah swt hanyalah melihat siapakah diantara orang yang paling bertaqwa dan beriman.

Semoga Syamimi menjadikan kejayaan ini titik tolak untuk lebih berjaya didunia dan yang pasti memperbanyakkan bekalan yang akan dibawa diakhirat.

Dari ayahmu
Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
12/03/2010

Friday, March 12, 2010

Hari Lahir Syamimi yang ke 18




Pejam...celik...pejam...celik....rasanya baru sahaja terasa anak-anak masih lagi kecil, tetapi hakikatnya kita sudah menjangkau ke umur yang ke 48...satu angka yang amat ditakuti apabila kita berumur dalam lingkungi 20an.

Apa yang pasti masa berjalan tanpa menitipkan noktahnya.

Perjalanan sehingga tahun yang ke48 ini banyak meninggalkan kenangan.

Syamimi anak sulong kami kini sudah menjangkau ke usia 18 tahun nya pada 6 Mac 2010 yang lalu. Masih lagi saya teringat sewaktu kecilnya, beliau mempunyai rambut yang kerinting, berkulit agak gelap berlari-lari kesana kesini. Teringat saya matanya bengkak apabila berlaku kemalangan dirumah tempat saya tinggalkan semasa bekerja.
Satu ketika dulu kerana beliau selalu bergaduh dengan adiknya Radzlan, saya mengurung kedua-duanya daam bilik mandi dirumah sewa kami dan mereka menjerit-jerit sebab dibilik mandi itu banyak lipas yang mereka berdua amat takut kepada serangga tersebut.

Masih segar ingatan saya masa beliau berlari-lari turun dari basnya kearah rumah tempat penjagaannya. di Jalan 6 Bandar Baru Bangi.

Setiap pagi ibunya akan mengumpannya ais krim supaya beliau tidak menangis kerana pada masa itu isteri saya mengajar dan berulang dari Bangi ke Taman Melawati Kuala Lumpur. Akhirnya beliau mengidap athma sebab terlalu banyak diberikan ais krim semasa beliau kecil.

Semua ini adalah kenangan-kenangan saya mengenai beliau.

Bersempena hari lahir yang ke 18 dan Radzman pula tidak pernah ke Genting Highland, saya sekeluarga telah ke Genting untuk menyambut hari kelahirannya.
Harapan ibunya dan saya, semoga Syamimi akan membesarkan dalam landas-landas agama Islam, dimurahkan rezeki, diberikan ilmu yang baik, menjadi anak yang solehah, sentiasa diberikan nikmat iman, taqwa serta kesihatan yang baik juga sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. Siapalah kita tanpa rahmatMu Ya Allah. Berikan perlindungan kepadanya dan pandulah Syamimi kejalan yang lurus serta mendapat kebaikan dipengakhiran hidupnya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
06 Mac 2010

SYAMIMI LULUS UJIAN MEMANDU




Sambil menunggu keputusan peperiksaan SPMnya, Syamimi telah pergi belajar memandu.

Sebelumnya saya ada mengajarnya memandu beberapa kali menggunakan kereta Satria merah yang selalunya diletakkan dibawah pokok dihadapan rumah.
Pada saya, setelah diajar beberapa kali, beliau boleh memandu. Untuk memberikan keyakinan kepada beliau, saya telah menghantarnya kesekolah memandu. Untuk pengetahuan semua, pada masa kini belajar memandu ada terdapat peringkatnya.
Peringkat Pertama mereka dikenakan pergi kekelas memandu untuk mempelajari secara teori undang-undang jalanraya. Selepas pembelajaran, mereka akan diuji dan setelah lulus baru dibenarkan belajar memandu secara praktikal.

Alhamdulillah setelah menjalani ujian memandu pada 28 Februari yang lepas, beliau lulus dan memperolehi lesen memandunya yang sah.

Tahniah Syamimi.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi