Thursday, May 20, 2010

TEATER - Menunggu Kata Dari Tuhan

Pengerusi Surau AnNur ada mewar-warkan mengenai teater yang akan diadakan di Surau AnNur pada 17 April 2010. Pada fikiran saya...ini kali pertama saya mendengar aktiviti seperti ini.
Oleh itu ditakdirkan Allah swt saya sekeluarga telah hadir dimajlis tersebut dan dihadiri oleh lebihkurang 300 - 400 jemaah. Selepas solat maghrib berjemaah, kami dihidangkan dengan teater yang saya kira menarik dan membantu kita mendalami lagi kisah-kisah perjalanan Islam dan sahabat-sahabat pada ketika lebih 1,000 tahun yang lalu.

Pelakonnya terdiri dari Sabri Yunus dan teater ini dikarya dan diarahkan oleh Dinsman yang mengambil masa 45 minit.

Kisah bermula dengan memperlihatkan waktu itu adalah musim buah tamar sedang rangum dan dalam pada yang sama dipaparkan watak Kaab bin Malik sahabat Nabi yang selalu bersama-sama dengan nabi untuk turut serta dalam apa jua peperangan.

Menurut kisahnya, pada ketika ini, Nabi Muhamad saw telah mngarahkan orang Islam Madinah untuk menyertai Perang Tabuk. Oleh kerana pada masa itu keadaan di Madinah aman dan damai dengan musim tamarnya yang mula berbuah terasa dihati Kaab bin Malik ini berat hatinya untuk menyertai perang pada kali ini.

Dikisahkan semasa persiapan oleh penduduk Madinah untuk berangkat ke Tabuk, Kaab telah mula leka dan lambat untuk membuat persiapan. Ditakdirkan Allah, gerombolan penduduk Islam yang bersiap-siapan itu memulakan perjalanan mereka ke Tabuk. Dalam keadaan itu, Kaab bin Malik leka dan akhirnya beliau telah tertinggal oleh kerana berat hatinya untuk pergi dan kelekaannya.

Setelah selesai Perang Tabuk dan para pejuang Islam kembali keMadinah, Nabi Muhamad SAW telah dapat mengetahui bahawa Kaab bin Malik telah tidak turut serta dalam peperangan tadi.

Apabila itu berlaku Nabi Muhamad saw pun tiadalah menyapa atau menegur Kaab dan ini membuatkan Kaab rasa tertekan. malahan Rasulullah saw telah memberitahu penduduk Madinah untuk memulaukan beliau. Disatu ketika, Rasulullah telah menyuruh isteri Kaab tidak tinggal bersama Kaab.
Kaab bin Malik dibiarkan sendirian selama 40 hari dan disepanjang masa itu hati dan perasaan Kaab hanya Allah lah yang mengetahui...gundah gulana...rasa bersalah...penyesalan yang amat sangat lalu ia bertaubat dan memohon kepada Allah swt diatas kesilapannya.

Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang maka dihari yang ke 40 itu Rasulullah saw telah menerima firman dari Allah yang mana Allah telah menerima taubat Kaab bin Malik.
Maka dengan penerimaan taubat Kaab bin Malik ini oleh Allah swt amat bersyukurlah beliau kerana terlepas dari kemarahan Allah swt dan Rasulnya.
Teater yang menarik yang patutu ditonton oleh semua orang yang ingin mengambil ikhtibar dari peristiwa tersebut.

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi

KISAH HABIBUN NAJAR

Semasa salah satu kuliah yang saya hadiri di surau AnNur, terdapat satu nama yang diutarakan oleh Ustaz iaitu Habibun Najar...suatu nama yang saya pernah dengar...iaitu nama salah seorang anak kepada sahabat isteri saya.

Rupa-rupanya barulah saya maklum dan saya mengkagumi sahabat isteri saya itu yang faham mengenai nama-nama yang baik dalam Islam.

Kisah Habibun Najar dikisahkan didalam surah Yassin yang selalu saya membacanya tetapi tidak saya hayati apa yang menariknya ayat-ayat Allah itu. Sila ikuti surah Yaasin ayat 13 - 26.

[13]Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu
[21]"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
[26](Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".

Pemuda Habibun Najar telah dimunculkan pada ayat yang ke 20 dengan ia berlari-lari memaklumkan kepada penduduk negeri itu untuk supaya beriman kepada utusan-utusan yang diutuskan tanpa meminta apa-apa dari kalangan penduduk negeri itu. Penduduk negeri itu kufur lalu tidak mahu menerima segala nasihat dari utusan-utusan Allah itu. Penduduk negeri itu bertanya adakah Habibun Najar telah beriman dengan utusan-utusan itu, maka dijawab olehnya yang beliau telahpun beriman.

Malah Habibun Najar menjelaskan pendirian akidahnya lalu penduduk negeri itu membunuhnya dan semasa ruhnya diangkat kesyurga (ayat 26) beliau menyatakan "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui"..masyallah..

Melalui kisah dari ayat ini, maka kita sebagai manusia mestilah mempunyai keinginan atau mempunyai hati untuk meningkatkan iman dan taqwa kita sambil membantu Allah dan RasulNya dalam saling memperingati antara satu dengan lain supaya dengan ini dapat meningkatkan tahap iman dan taqwa kita dimana ini diceritakan dalam ayat-ayat diatas bagaimana Habibun Najar membantu kerja dakwah utusan-utusan Allah yang akhirnya ia syahid dijalan Allah. Allahuakbar!!!
Kisah ini diceritakan semasa kuliah yang saya hadiri itu.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
19/05/2010

Monday, May 17, 2010

MALAM PALESTIN BERSAMA PUAN HAJJAH HASHIMAH SALLEH


Kuliah maghrib malam minggu yang lepas (15/05/2010) di surau AnNur, para jemaah surau telah dihidangkan dengan satu ceramah yang disampaikan oleh Puan Hajjah Hashimah Salleh dari Aman Palestin. Beliau juga telah memenangi Tokoh Malidur Rasul Peringkat Negeri Selangor tahun 2008.
Alhamdulillah kuliah ini turut dihadiri oleh isteri serta anak-anak saya.

Kuliah bermula dengan penerangan dan latarbelakang Palestin atau Baitulmuqaddis yang menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Yahudi serta Kristian. Bumi Palestin bagi umat Islam adalah bumi yang berkat kerana disanalah lahirnya seramai 70 orang nabi dan rasul iatu bumi kelahiran ramainya para anbiya. Ia juga kiblat pertama umat Islam yang mana dikawasan bumi Palestin inilah Nabi Muhammad SAW diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa menaiki Buraq dan dari sinilah beliau dimikrajkan kelangit bertemu Allah swt sepertimana yang terdapat dalam Surah Al-Israa, ayat 1;

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"

Bumi Palestin pula terdapatnya masjid alAqsa. Pada hari ini sedikit demi sedikit bumi Palestin telah terlepas ketangan yahudi laknatullah dan umat Islam telah mulai melupakan bumi berkat tersebut. Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya adalah bandar ketiga suci bagi umat Islam selepas Masjidil haram diMekah dan Masjil Nabawi di Madinah.

Diterangkan juga bagaimana di zaman Rasulullah empayar Islam itu telah berperang menentang tentera-tentera Rom yang diketuai oleh raja mereka ""Hercules" didalam perang Mutah yang mana ketika itu tentera Rom seramai 200,000 orang berperang dengan tentera Islam yang berjumlah 3,000 orang sahaja yanga mana gugur syahid panglima-panglima Islam yang terdiri dari anak angkat nabi iatu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib serta Abdullah bin Rawah yang mana Nabi memberitahu Zaid, ini adalah panji-panji Islam dan sekiranya engkau gugur ambillah oleh sahabat Jaafar bin Abi Talib dan sekiranya Jaafar gugur ambillah oleh Abdullah bin Rawah. Benarlah kata nabi Muhamad saw, ketiga-tiga mereka gugur syahid dengan setiap tubuh mereka terdapat lebih dari 90 tusukan, mata pedang, anak panah yang kesemuanya dari arah hadapan tubuh mereka...menandakan mereka tidak pernah undur dari medan perang disebabkan ketaqwaaan dan keimanan mereka terhadap Allah dan Rasulnya.

Begitu juga Perang Yarmuk dimana tentera Islam adalah seramai 39,000 orang menentang tentera Rom seramai 240,000 yang mana dalam pertempuran sengit itu tentera Islam telah menang dan bertempiaran lari tentera Rom. Apabila Hercules menanyakan kepada panglima perangnya bagaimana tentera Islam boleh menang...maka jawab panglimanya;

"Kita berhadapan dengan sekumpulan tentera yang sebelah malamnya mereka bersolat tahajud sehingga pagi, mereka berpuasa disiang hari dan apabila mereka berperang mereka ibarat singa yang kelaparan"....Allahuakbar!!!

Puan Hajjah Halimah juga menyentuh bagaimana jatuhnya Palestin ketangan tentera-tentera Salib dan ditawan kembali selepas itu oleh tentera-tentera Islam diketuai oleh Sallahudin Al-Ayubi yang menghabiskan hidupnya selama 40 tahun untuk membebaskan bumi anbiya itu. Beliau juga sempat menziarahi salah satu kubu tinggalan Salahuddin Al Ayubi dimana menurut Sheikh yang membawa mereka kesana telah berlaku banjir pada tahun 1974 dimana air-air yang banyak telah menghakis tanah-tanah dibawah kubu tersebut dan apa yang didapati terdapat tubuh-tubuh manusia yang masih segar, dengan pakaian-pakaian yang masih elok dibadan-badan mayat tersebut dan dipercayai mereka adalah mayat para tentera Salahuddin AlAyubi yang mati syahid dan benarlah firman Allah swt dalam Surah Al-Imran ayat 169 yang maksudnya;

"Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
Dahulunya Palestin adalah negara Syam yang mana Rasulullah dan bapa saudaranya selalu berulang alik untuk berniaga tetapi setelah kedatangan British telah membahagikan kepada negara Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan.

Ceramah beliau menyentuh bagaimana kesengsaraan orang-orang Palestin yang dikongkong setiap hari dan dibina pula tembok-tembok pemisah untuk menyusahkan serta menindas mereka. Setiap 1 km tembok pemisah ini bernilai USD 1 juta dan sepanjang tembok pemisah ini diletakkan pos-pos kawalan yang jaraknya 400 meter. Sekolah anak Palestin ini hanyalah 50 meter waktu dahulu...tetapi hari ini mereka terpaksa berjalan sejauh 400 meter untuk masuk ke pos-pos tersebut untuk kesekolah dan kebiasaannnya mereka sengaja menutup awal pos-pos ini agar apabila balik sekolah nanti anak-anak ini tidak dapat kembali kerumah mereka dan tidurlah mereka di atas pasir.

Beliau juga menceritakan bagaimana profail pengebom-pengebom berani mati yang terdapat di bumi Palestin. Sebenarnya beribu-ribu memohon tetapi hanya mereka yang betul-betul warak, beriman dan bertaqwa, sering bertahajud malam, hafiz Al Quran dibenarkan oleh majlis tertinggi mereka (dahulunya Allahyarham Sheikh Ahmad Yassin). Mereka terdiri dari pemuda pemudi belasan tahun dan awal 20an yang rata-rata adalah pakar komputer dan mendapat pendidikan yang tinggi. Diceritakan oleh beliau bagaimana seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak yang menjadi pengebom berani mati dan bom-bom ini dibeli oleh beliau hasil simpanan beliau bertahun-tahun. Diceritakan bagaimana beliau memandikan anak bongsunya Muhamad Farhan, mengikatkan lilit kain dikepala anaknya yang tertulis Allah dan RasulNya, bersama-sama solat hajat dan sebelum anaknya pergi membisikkan janganlah engkau pulang kerumah dalam keadaan masih hidup. Dan pada keesokkan harinya terdengarlah berita 7 orang askar Israel terbunuh diatas tindakan pemuda pengebom berani mati dikubu Israel. Terdapat juga seorang isteri yang memohon kepada suaminya untuk mati syahid kerana beliau bercita-cita semasa kecil lagi. Suaminya pergi menghantar isterinya melakukan tugas tersebut dan setelah isterinya meletupkan dirinya, suaminya pulang kerumah. Allah menjaga maruah orang-orang yang mati syahid ini dengan diperlihatkan gambar-gambar mereka walaupun kepala wanita itu putus tetapi tudung/hijabnya masih elok menutupi auratnya...Mashallah!!!

Menurut Dr Yusuf Al Qardwi serta ulamak-ulamak ditanah Arab, hanya kematian pengebom-pengebom berani mati di Palestin ini dikira mati syahid kerana mereka dikongkong, ditekan dan tiada pertolongan terhadap mereka.

Kesimpulannnya dapat saya amati berilah bantuan kepada mereka dalam apa jua bentuk pun samada wang ringgit, sokongan dan juga dari segi memboikot barangan mereka seperti Mc Donald, KFC dan sebagainya. Sekurang-kurangnya jadilah kita umpama burung yang membantu memadamkan api apabila Nabi Ibrahim dibakar oleh Firaun dengan membawa air dalam paruhnya yang kecil dan janganlah menjadi cicak yang berusaha menghembus dan menyemarakkan lagi api dipembakaran Nabi Ibrahim as. Wallahualam

Berbanyak terimakasih kepad Puan Hajjah Hashimah Salleh.

Jazakallah Khairan Khatira

Hj Rose Ady Hj Ramli
16 Mei 2010
Bandar Baru bangi.

Wednesday, May 12, 2010

Restoren Saba, Cyberjaya

Banyak yang mencadangkan untuk merasakan nasi arab di Restoren Saba di Cyberjaya.
Oleh itu pada 24 April yang lepas, kami sekeluarga pun bersiap dan pergi ke restoren tersebut. Alhamdulillah.... tak sesat pun dan dari jauh ternampaklah restoren tersebut. Saya buat homework sikit sebelum pergi ke restoren ini dengan membaca komen-komen mereka yang telah sampai direstoren ini.

Sesampai, kami mengambil pesanan. Malam tu semua order daging kambing dan nasinya memang banyak walaupun "Regular". Daging kambingnya lembut dan sedap tapi apa yang menghairankan tiadanya kuah dalam hidangan tersebut. Kuah lah yang membezakan kesedapan nasi arab ini dengan masakan kita.

Alhamdulillah rezeki pada malam itu dengan menu nasi arab dan dianggarkan seorang dalam harga RM 20 - RM 25.

Hj RoseAdy Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu...Hajjah Rohani Bt Sharif

Photo ibu, Hjh Rohani Sharif dan allahyarham ayah Hj Ramli Hj Ahmad
Pada kuliah maghrib 08/05/2010 bertempat disurau AnNur, Ustaz Radzi Ismail dalam kuliahnya ada menceritakan kisah bagaimana Nabi Muhammad SAW memberikan layanan istimewa kepada ibu susuannya iatu Halimatun Saadiah. Moga ia menjadi ikhtibar kepada kita semua.

Suatu ketika Nabi Muhamamad SAW telah mengerjakan umrah bersama2 sahabat2. Sedang beliau mendirikan khemah utk berehat disatu kawasan di Jakranah (salah satu tempat miqat sekiranya kita mengerjakan umrah) beliau melihat nun jauh disana seorang wanita tua sedang menunggang unta. Maka apabila Rasulullah melihatnya beliau terus berlari mendapatkannya dan sebelum sempat wanita tua itu meletakkan kakinya ketanah dari unta itu, Rasulullah saw menyambutnya lalu mendukung wanita tua tersebut.

Beliau membawa wanita tua itu sambil mendukungnya dan dibawa kedalam khemah beliau. Rasulullah memberikannya minum, mengusap mukanya serta menciumnya dan memberikan layanan yang amat baik kepada wanita tua tadi lalu perbuatan tersebut membuatkan sahabat-sahabat tertanya-tanya siapakah gerangan wanita tua tersebut.

Lalu Rasulullah saw menjawab, wanita tua itu adalah ibu susuannya Halimatun Saadiah.

Beliau berkata lagi sekiranya ditakdirkan ibunya Aminah masih hidup akan aku layan ibuku lebih dasyat lagi daripada apa yang engkau telah lihat.

Begitulah perilaku Rasulullah saw walaupun darjatnya amat tinggi disisi Allah swt dan yang sesempurna manusia yang Allah swt lahirkan apabila berdepan dengan ibu susuannya atau ibunya sekiranya ibunya masih hidup beliau akan memberikan layanan yang terbaik terhadap ibunya.

Daripada sirah ini maka tepatlah bahawa Allah dan Rasulnya menyuruh kita berbuat baik dengan kedua ibubapa kita.

SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU KU YANG TERSAYANG…HAJJAH ROHANI MOHD SHARIF…

Semoga hidup mu sentiasa sihat, diberkati Allah, mendapat rahmat Allah, dimurahkan rezeki serta senantiasa bertaqwa kepada Allah swt serta mencintai RasulNya Nabi Muhamad SAW. Amin.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru bangi
09/05/2010

MEM Bowling Tournament 2010

Pada 09/05/2010, sepertimana aktivit tahun pertandingan Bowling 2010 telah diadakan di Pusat Bowling Ole2 di Seksyen 18, Shah Alam.
Staf MEM memperlihatkan skil masing2 dari jam 10.30 pagi sehinggalah tamat pada jam lebihkurang 1.30 petang dan tak sempat pulak saya men'update'kan kumpulan mana yang menjuarai pertandingan tersebut.
Teringat saya lelaki individu dalam jatuhan pin terbanyak jatuh kepada Mr Yano diikuti dengan Mr Akiyama dan ketiga saudara Zaki. Zaki telah menerima hadiah tersebut memandangkan Mr Yano menghadiahkannya kepada "local staff" dan bahagian wanitanya adalah Helda.
Tahniah kepada semua kerana dapat menghabiskan 3 game.
Kumpulan saya "Sweet Rose" terdiri dari Faridah, Mardiana, Suzila tempat yag keberapa tak ingat tapi ada saya addkan score kami di photo.
Terimakasih yang tak terhingga kepada penganjur yang terdiri dari Welfare Committee.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
10/05/2010

Wednesday, May 5, 2010

Sakitnya......batu karang

Hari ni jam, 05/05/2010, 4.00 pagi mata telah terbuka, pinggang terasa sakit
Sakit yang saya telah maklum apa sebabnya...macam biasa si "Batu Karang" mulai memulakan perjalanannya dalam pundi-pundi kencing saya yang pada kali ini kesakitannya lebihkurang ditahap 70%.
Cuba juga bergerak-gerak dengan harapannya sakitnya hilang...tapi semakin sakit. macam biasa pergi ke klinik Zalfah untuk mendapatkan suntikan tahan sakit. Cuti sakit juga diberikan
Ada reda sedikit sakitnya tapi lebihkurang jam 10.00 pagi sakitnya mula kembali membuatkan saya rasa amat tidak selesa.
Terasa nak buang air sekali sekala dan saya mengulangi ke tandas agak-agak saya lebih dari 5 kali. Apabila kencing warna air kencing berubah kemerahan bermakna ada darah didalam air kencing disebabkan oleh "batu ajaib" itu
Dalam masa ini kadang-kadang saya duduk, kadang-kadang berdiri, berjalan, mencangkung, melompat tetapi semuanya serba tak kena. Inilah penangan kena penyakit ini.
Walaupun pembedahan "endoscopi" pernah dilakukan pada tahun 2008 sebelum mengerjakan Haji tapi ia tetap berulang.
Ia hanya lega pada jam 1.30 tengahari ni.
Ya Allah...ujian dariMu.
Hj Rose Ady bin Hj Ramli
05/05/2010
Bandar Baru Bangi