Monday, June 28, 2010

PERJALANAN BALIK DARI UiTM SEGAMAT – 26/06/2010


Lebih kurang jam 12.30 petang, kami meninggalkan UiTM Segamat dan kami mengambil laluan ke Tangkak, Tol Tangkak dan terus ke Tol Bangi.

Perjalanan kali ini dalam laluan ladang kelapa sawit dan sampai ke Bandar Tangkak.
Dari kolej Syamimi ke Tangkak lebihkurang 44 km sahaja. Perjalanan tersebut tidak dapat speeding memandangkan jalan yang sempit dan banyak kenderaan yang bawa slow.

Kami singgah disebuah gerai makan untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan untuk ke Tol Tangkak. Pada anggran saya Bandar Tangkak ke tol hanya beberapa kilometer sahaja.

Setelah melalui tol Tangkak...terus saja ke Bangi tetapi macam biasa...dikawasan Pedas, mata mula buat hal...ngantoook...perjalanan diteruskan dan berhenti sebentar di perhentian lepas tol Seremban untuk membasuh muka dan perjalanan diteruskan dan selamat sampai di depan rumah tepat jam 3.30 petang dan meter perjalanan tertera angka 179.1 km dan semasa perjalanan pergi semalam, jauhnya 175 km sahaja...Syukur Alhamdulillah, Allah selamatkan perjalanan kami sekeluarga dan semua urusan.

Kesimpulannya.....sekiranya ke UiTM Segamat ,insyallah kami akan mengikuti lebuhraya PLUS dari Tol Bangi ke Tol Tangkak kerana perjalanan ini lebih selamat dan cepat.

HARI PENDAFTARAN SYAMIMI DI UiTM, SEGAMAT, JOHOR – 26/06/2010







Semua telah bangun awal dan lebihkurang jam 7.10 pagi, kami sekeluarga telah berangkat menuju ke UiTM dan dalam perjalanan, kami singgah di gerai makan berdekatan dengan laluan keretapi.

Rupanya ramai penginap hotel yang breakfast disini. Setelah breakfast yang ringkas kerana saya tahu anak2 saya hanya akan makan breakfast betul2 dalam jam 10.00 pagi, kami menuju ke UiTM dan kami lihat banyak kenderaan menuju ke sana..maklumlah untuk menghantar pelajar2 baru.

Dalam perjalanan ada juga Syamimi berkata...”Tempat ni memang betul dalam hutan”. ”Eloklah tu sebab boleh belajar ditempat yang tenang” jawab saya.

Setibanya di pintu masuk kenderaan dibahagikan kepada 2 lorong...dan sesampai di Balai Pengawal, petugas bertanyakan pelajar lelaki atau wanita lalu beliau memberikan slip kediaman kolej dan Syamimi akan ke Kolej Kediaman Sang Buana.
Kita boleh dapati ramai ahli2 keluarga bersama-sama menghantar anak-anak mereka untuk mendaftar.

Dikolej tersebut, pendaftaran untuk kediaman bermula dan ia mengambil masa yang amat singkat. Tahniah kepada petugas2 yang berkhidmat pada pagi itu dan Syamaimi telah ditempatkan di Bilik 321C....aduuus..tingkat 3. Mengah juga saya membawa beg besar yang saya jangkakan beratnya lebihkurang 3 kilo.

Setelah selesai menempatkan barang2 dan beliau berkenalan dengan room mate nya yang juga dari Selangor...dari Desa Pinggiran Putra, kami pulang kembali ke hotel tetapi kami sempat untuk melihat kampus...luas dan saya kira menarik.

Kami check out dari hotel jam lebihkurang 11.45 tengahari dan terus menghantar Syamimi ke kolejnya.

Semasa meninggalkan beliau....saya bergurau dengannya, ”Tak nangis ke...?” tiba2 Syamimi menitikkkan airmatanya begitu juga ibunya....tak sangka gurauan saya menyebabkabkan beliau sebak. Memang saya akui kita 5 beranak tak pernak berpisah tetapi pada hari ini bermulah satu episod yang baru bagi keluarga kami.

Walau bagaimanapun..tahniah Syamimi, terasa macam tidak percaya masa berlalu begitu pantas dimana 18 tahun lalu Syamimi dilahirkan dan sekarang beliau akan berjauhan dengan keluarga.....tetapi tak apa asal beliau mahu belajar....ada yang lebih jauh, keluar negara????

Kami sekeluarga mendoakan Syamimi agar tekun belajar dan belajar dengan cemerlang, rajin solat dan mengingatNya, sihat sentiasa, dapat ilmu yang bermenafaat dan bersyukurlah kerana semua ini adalah anugaerah dari Allah swt dan RasulNya.

PERJALANAN KE SEGAMAT JOHOR – 25/06/2010














Pada 25/06/2010, Jumaat, kami sekeluarga memulakan perjalanan dari rumah lebihkurang jam 9.15 pagi tetapi terpaksa kembali kerumah kerana terlupa bawa ubat saya. Dalam 9.30 pagi kami berangkat ke Segamat.

Perjalanan melalui lebuhraya dari Tol Bangi dan masuk ke Tol Simpang Ampat kerana hendak cuba perjalanan melalui Tampin, Gemencheh, Gemas dan terus ke Segamat. Mula saja perjalanan melalui jalan biasa, mula pula jumpa kereta yang dalam kategori ”lembab”. Dalam hati saya, ”Ini yang boring ni...” tapi kerana ramai yang menasihatkan untuk mengikut perjalanan melalui Tampin kerana lebih dekat, saya try juga le untuk tidak mengeciwakan mereka yang memberikan nasihat.

Sampai di Gemencheh, perut mula buat hal...apa lagi kita breakfast disebuah restoran yang sedap juga nasi lemaknya.

Meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke Segamat dan setelah sampai saya sekeluarga terus melihat kampus UiTM dahulu. Perjalanan menuju ke UiTM tersebut kami melihat kehijauan yang amat banyak kerana dikelilingi oleh ladang sawit.

Setelah sampai kami pun terus menuju ke Bandar Segamat dan menuju ke Hotel VIP dan kami sampai lebih kurang jam 12.45 tengahari. Saya kira perjalanannya mengambil masa selama 2.5 jam sahaja.

Bandar Segamat, bandar yang agak kecil dan kami ronda-ronda untuk makan tengahari lebihkurang jam 3.00 petang dan shopping di bandar Segamat.

Sebelah malamnya keluar makan dan sesampainya di Hotel ada pula skrin besar di Coffe House dan apa lagi kami dapat menonton World Cup diantara Brazil dan Portugal.

Monday, June 21, 2010

MAJLIS-MAJLIS PERKAHWINAN

Telah diatur-atur didalam minda, hari Sabtu ini kami telah dijemput oleh 3 sahabat yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.

Selepas kembali dari rumah allahyarham Hj Sahibon, kami sekeluarga bersiap-siap pula untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan.

Majlis yang pertama, hanya kiranya dibelakang dapur sahaja, iaitu saudara Marzuki. Pertama mengenalinya semasa hadir dimajlis ini. Beliau baru saja menjalani pembedahan “by-pass” jantungnya. Semoga selamat beliau selepas pembedahan ini.

Setelah selesai lebihkurang 20 minit, saya sekeluarga ke Seremban dan selalunya sekarang ni balik keSeremban hanya melalui lebuhraya LEKAS yang jangkamasa dari rumah ke rumah emak lebihkurang 40 minit sahaja.

Perjalanan terus sahaja ke majlis yang kedua, iaitu rumah Nozie di Kg Jiboi Seremban. Nozie merupakan kakak kepada adik ipar saya, Kamarul. Nozie pernah bersekolah sama dengan saya di Sekolah King George V Seremban malahan kami sama kelas di tingkatan 4 dan 5 sekitar tahun 1978 dan 1979.

Dimajlis tersebut kami sekeluarga bertemu juga dengan emak, Eda dan keluarganya serta Azla yang nampaknya orang paling rajin duduk mengawal lauk pauk. Mmmmm susah nak jumpa dia sesibuk tu.

Bertemu juga Pak Cik Zakaria (Old Boys Georgian amat mengenali beliau) yang rumahnya dihadapan khemah majlis perkahwinan tersebut dan kami sekeluarga sempat singgah kerumah beliau berbual-bual bersama isteri beliau.

Setelah itu dalam perjalanan balik singgah sebentar dirumah emak di Taman Paroi Jaya, untuk solat zuhur. Setelah solat kami menuju perjalanan ke Bandar Baru Bangi semula.

Disebelah malam dalam jam 6.50 petang saya dan isteri bersiap-siap bertolak ke Nilai Convention Centre, Nilai untuk menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak lelaki jiran saya iatu saudara Tuan Syed Ibrahim yang rumahnya amat dekat sekali dengan rumah kami.

Pertama kali menghadiri majlis perkahwinan rakan berketurunan “mamak” ni dapat saya lihat keakraban perhubungan mereka dalam satu komuniti yang besar. Menu yang simple iaitu kuah kari, kuah dal, papedum, ayam masak merah dan gulai kambing yang mestinya meruntun selera saya. Alhamdulillah….Sedap!!!

Dalam jam 9.30 malam , kami perlahan-lahan meninggalkan majlis tersebut yang mana terdapat lagi pelbagai acara yang diadakan.

Alhamdulillah…hari Sabtu yang penuh dengan majlis perkahwinan. Semoga yang berkahwin dapat hidup kekal sehingga keakhir hayat dan melayari bahtera perkahwinan dengan penuh sabar, mendapat petunjuk dan hidayahNya

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
13 Jun 2010

Friday, June 18, 2010

SAHABAT YANG MENDAHULUI KAMI….Hj Sahibon

Hari ini , 12 Jun 2010, seawal jam 7.20 telah sampai ke Tan Chong Service center di Balakong. Ingatkan saya orang yang pertama untuk service tapi rupanya dah ada pula 4 ke 5 orang telah menunggu. Picit nombor dapat no 3…ok lah tu.

Sementara menunggu macam biasalah pekena roti sardin kat kedai mamak kat sebelah tu.

Sambil membelek-belek handphone, ada rupanya “missed call” dari jiran Radzi dan saya pun telefon beliau. Kenapalah saya tidak menjawabnya pada petang semalam…kerana berita kematian sahabat saya Hj Sahibon yang rumahnya dibelakang rumah Radzi. Hanya ucapan “Innalillahiwainnalillahirojiuon”.

Isterinya sama mengerjakan Haji bersama saya dan isteri pada tahun 2008.

Selepas sahaja servis kereta dan sampai kerumah lebihkurang jam 10.00 pagi, saya dan isteri bergegas ke rumah Allahyarham Hj Sahibon.

Menurut isteri beliau, allahyarham meninggal dunia semalam, 11 Jun 2010 di Hospital Serdang selepas solat Jumaat dan jenazahnya dibawa pulang kerumahnya pada sebelah petang dimandi serta dikapankan dirumah beliau.

Beliau berumur 64 tahun.

Jenazah beliau sempurna dikebumikan pada malam itu juga oleh ahli-ahli kariah diperumahan kami yang diketuai oleh Ustaz Anas.

Berfikir saya bahawa rezeki saya tidak dapat menziarah jenazahnya walaupun rumah saya dengan rumah beliau hanya 40 meter dari rumah saya dan sekurang-kurangnya boleh bersama-sama mengambil bahagian memandi jenazahnya atau apa-apa yang patut tetapi disebabkan rumah beliau dilorong yang lain maka saya tidak tahu mengenainya. Maghribnya pula saya solat di Surau AnNur dan diikuti kuliah maghrib dan solat Isyak.

Moga Allah mencucuri ruhnya dan ditempatkan beliau dikalangan orang-orang yang solleh dan beriman.

Al-Fatihah

12 Jun 2010
Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Friday, June 11, 2010

Kisah Salman Al-Farisi

Assalamualaikum wbt.

Saya selalu mengikuti nukilan Ustaz Rashidy Jamil didalam blognya “Sufifaqir”. Begitupun kuliah-kuliah maghrib beliau di Surau AnNur juga tidak ketinggalan saya ikuti.
Namun begitu saya ingin berkongsi kisah Salman Al-Farisi yang saya ambil dari hasil nukilan beliau blog beliau “Sufifaqir”

Posted by Rashidy Jamil at 6/06/2010 08:12:00 AM

Hanya Tongkat, cawan dan serban

Menitis air jernih dari kelopak mata Salman Al-Farisi, sahabat besar Nabi kita yang suci. Menghadapi Sakaratul maut yang menjemput. Menangis dalam tenang. Sedang mereka yang sekelilingnya menangis dalam kehairanan.

Bukankah Salman seorang yang Zuhud?
Pencinta akhirat?
Taqarrub pada Allah.?
Lalu, apakah yang menyebabkan matamu menitiskan air jernih Ya Salman?
Dunia?
Atau bekalan perjalanan ke negeri Akirat yang abadi yang masih belum mencukupi?Atau jawatan Gabenor Kufah yang masih merantai hati?
Atau, atau, atau, atau..atau itu dan ini..?

Tidak! Jawab Salman.Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku yang menyebut :

Maksudnya :

Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang-orang yang bermusafir.
(Selepas mengucapkan sabda Rasulullah saw yang mulia ini, Salman menyambung kembali ucapannya ) :

"Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini beserta isinya!"

Bertanya penduduk Kufah padanya setelah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali :
1-Sebatang Tongkat untuk berjalan.
2-Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.
3-Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan keperluan harian.

Tanya mereka : "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun darimu kecuali keperluanmu terhadap 3 benda ini sahaja.

"Sambil memandang, Salman menjawab : " Itulah yang aku fikirkan! Bagaimana akan aku jawab pada Allah terhadap 3 benda yang aku miliki ini.!"

Subhanallah!

Benar katamu Ya Salman.
Ucapan yang diiringi bukti kebenaran!
Sedang kami ini..memiliki dunia dan isinya walaupun akan ditinggalkan……….

Jazakallah khairan khatira untuk Ustaz Rashidy diatas secebis nukilan beliau ini

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
11 Jun 2010

Saturday, June 5, 2010

Motivasi - Kisah Asiah...isteri Firaun

Alhamdulillah, ditakdirkan oleh Allah swt, saya hadir dan bertemu dengan Ust Dr Mustafa Omar dalam kuliah pagi tadi, 5 Jun 2010 di Surau AnNur. Kuliah kali ini berkisar mengenai isteri Firaun yang bernama Asiah bt Muzahir yang beriman kepada Allah swt.
Ada 2 khilaf mengenai bagaimana Asiah beriman kepada Allah swt. Khilah yang pertama menceritakan adalah semasa berlakunya pertarungan Nabi Musa dengan ahli2 sihir Firaun. Setelah ahli2 sihir Firaun mengeluarkan ular-ular maka tongkat Nabi Musa dengan mukjizat Allah swt bertukar pula tongkat tersebut menjadi ular yang besar lalu memakan ular2 ahli2 sihir Firaun tersebut. Apabila Asiah mendengar Nabi Musa menang dalam pertarungan tersebut maka beliau pun beriman kepada Allah swt
Khilaf kedua pula diceritakan semasa berlaku peristiwa Mashitah hamba kepada Firaun yang sedang ia menyikat rambut anak Firaun lalu jatuh sikat tersebut. Anak Firaun terdengar perkataan "Allah" yang diucapkan oleh Mashitah lalu dimaklumkan kepada Firaun. Firaun mengarahkan Mashitah dibunuh bersama2 anaknya dan semasa anaknya hendak dibunuh maka berkatalah ruh anaknya kepada Mashitah "Ya ibuku..bersabarlah". Perkataan ruh anak Mashitah itu didengari oleh Asiah maka ia pun beriman kepada Allah swt.
Maka apabila Asiah beriman kepada Allah lalu diketahui oleh Firaun, beliau mempunyai 2 pilihan samada meninggalkan agama Allah atau hidup bersama Firaun dalam kekayaannya.
Asiah memiliki tahap keimanan yang tinggi maka hukuman bunuhlah yang dipilihnya. Asiah dibawa oleh tentera-tentera Firaun disebuah gunung lalu diikatlah Asiah disatu tempat dan diikat kedua tangan dan kakinya pada 4 penjuru. Sementara itu Firaun mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat batu yang besar yang tujuannya untuk dihempapkan kebadan Asiah.
Semasa tangan dan kaki Asiah terikat dan dipakukan pada 4 penjuru. Asiah memandang atas kelangit lalu beliau berdoa kepada Allah dan cerita ini dikisahkan dalam Surah At Tahrim , ayat 11. Terjemahan doa beliau adalah seperti berikut;
"Wahai Tuhan...bangunkan untukku disisiMu sebuah rumah didalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim"
Maka Allah maha Rab lalu Allah membukakan hijabnya dan diqashafkan lalu Asiah dapat melihat rumahnya disyurga pada saat sebelum ia dibunuh. Maka Asiah pun tertawa lalu Firaun seraya berkata, "Tengoklah..tidakkah aneh isteriku?"
Ketika inilah Allah menarik ruh Asiah dari badannya. Apabila batu dihempapkan kepada Asiah hanya jasadnya saja berada disitu tetapi ruhnya telahpun diangkat oleh Allah swt.
Semoga dengan sedikit ilmu yang saya perolehi ini, dapat saya kongsi bersama mereka yang membaca blog saya ini untuk dijadikan motivasi dalam memperkasakan keimanan kita kepada Allah swt.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
5 Jun 2010

Friday, June 4, 2010

Kisah Kejahatan Yahudi di dalam Al Quran

Malam ini, 4 Jun 2010, kuliah maghrib di surau AnNur bersama Ustaz Yusainie Yahya dalam pengajian Kitab 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah saw.
Kitab baru saja bermula pengajiannya dan malam ini kuliah pada mukasurat 8, 9 dan 10 menceritakan keistimewaan Nabi Muhamad saw ketika dilahirkan dan zaman kanak-kanaknya.
Tetapi apa yang ingin saya kongsi bersama adalah petikan dari kuliah tersebut dimana Ustaz Yusainie ada menceritakan dan menyebutkan 12 kejahatan Yahudi laknatullah yang diceritakan didalam AlQuran.
Kejahatan-kejahatan mereka adalah seperti berikut;
1. Menuduh Nabi Musa mengidap penyakit kusta semata-mata kerana Nabi Musa enggan mandi (berbogel) bersama-sama mereka - Surah AlAhzab, ayat 69
2. Enggan melaksanakan taurat - Surah Al-Baqarah , ayat 93
3. Tidak mahu beriman kepada Allah swt sehingga mereka mahu melihat Allah swt secara langsung - Surah Al-Baqarah, ayat 55 dan Surah Nisa, ayat 153
4. Mengubah perintah Allah
5. Menuduh Nabi Musa memperolok-olokkan mereka semasa saat Allah menyuruh menyembelih sapi betina unutk menentukan siapa yang membunuh. - Surah Al-Baqarah, ayat 67
6. Menulis kitab dengan tangan mereka lalu dinyatakan kitab itu datangnya dari Allah swt - Surah Al-Baqarah, ayat 79
7. Memutar belit menyatakan untuk meyakinkan yang wahyu yang dibaca adalah yang asli - Surah Al-Imran, ayat 78
8. Mengubah firman Allah swt - Surah Al-Baqarah, ayat 75
9. Menyembah patung sapi - Surah Al-Baqarah, ayat 51
10. Menyatakan tangan Allah swt terbelenggu dan Allah bersifat kedekut dengan mereka. - Surah Al-Maidah, ayat 64
11. Menuduh Allah swt miskin - Surah Al-Imran, ayat 181
12. Menyuruh Allah swt dan Nabi Musa berperang bagi pihak mereka.
Kuliah berakhir jam 9.10 malam dan diikuti dengan solat Isyak berjemaah.
Semoga nukilan ini dapat memberikan ilmu serta dapat mempertingkatkan iman dan taqwa kita kepadaNya.
Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
4 Jun 2010

Thursday, June 3, 2010

Subhanallah....



Bahan ini saya perolehi dari blog Ustaz Hj Abd Halim Abdullah yang mana saya kenali beliau semasa urusan umrah saya sekeluarga pada tahun 2005 serta urusan Haji saya bersama isteri pada tahun 2008 yang lalu.
Ikutilah mengenai kisah ini supaya dapat meningkatkan amal dan ketaqwaan kita terhadapNya

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidakditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
dipetik dari
Dari
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
Jun 3, 2010