Monday, October 25, 2010

Tercipta UntukKu



Buat isteri tersayang Hajjah Salmi bt Baharudin. Semoga Allah selalu memberkati kita, anak-anak dan keluarga, mendapat kasih sayang Allah dan sentiasa dilindungi oleh rahmatNya dunia dan akhirat. Dan mengikatkan lagi kasih sayang kita berdua bersama anak-anak dan berjumpa kita di syurga Allah nanti....insyallah

Thursday, October 21, 2010

Selamat Hari Lahir Radzman















 
19/10/10 bersamaan hari Selasa yang lalu adalah hari lahir Radzman yang ke 10. Semoga Radzman membesardengan berlandaskan syariat Islam. Ayah, ibu, abang dan Kak Long serta ahli-ahli keluarga yang lain mengharapkan Radzman beroleh kejayaan dunia dan akhirat dan mendapat rahmat Allah swt. 

Semoga tempatmu disyurga Allah nanti bersama ayah, ibu, abang, Kak Long, semua ahli keluarga dan umat Nabi Muhamad saw amnya...InsyAllah...Amin!!!

Dari nukilan ayahmu,
Hj Rose Ady Hj Ramli,
Bandar Baru Bangi

Tuesday, October 19, 2010

Perolehan Sebenar Hari Raya Bagi Mereka Yang Beriman

Assalamualaikum wbt
Bismillahhirohmannirrohim

Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt. Semoga kita semua berada di landasan yang betul dan selalu mengerjakan amal-amal kebaikan agar kita mendapat kasih sayangNya, dilimpahkan rahmat serta diberkati dan diterima segala amal ibadah yang kita lakukan.

Selawat serta salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhamad saw serta seluruh kaum kerabatnya kerana dengannya kita memperolehi nikmat Islam dan iman.

Satu lagi cebisan ilmu yang saya perolehi dari Ustaz Solihudin Amran semasa kuliah maghrib di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi pada 10 Oktober 2010 yang suka saya kongsi bersama sahabat-sahabat.

Tajuk kuliah pada malam tersebut adalah “Apakah Maksud Sebenar Hari Raya Bagi Orang-orang Yang Beriman”.
Didalam kuliah tersebut Ustaz Solihudin membicarakan mengenai sikap masyarakat kita yang terlalu taksub mengenai Hari Raya selepas berpuasa dibulan Ramadhan dan yang sedihnya selepas Ramadhan amalan-amalan seperti membaca alQuran, solat berjemaah, berpuasa sunat, berqiamulai, bertahajud, bersedekah dan sebahagian lainnya menurun indeksnya dan tidak diteruskan secara istiqamah.
Ramadhan mengajar manusia dan bulan latihan bagi manusia mentaati suruhan Allah swt malah terdapat didalamnya satu malam yang dinamakan Malam Lailatul Qad iaitu pahala beribadah selama 1,000 bulan.

Maha Suci Allah.

Allahuakbar.

Menurut Ustaz Solihudin terdapat 6 perkara yang menjadikan seseorang muslim itu memperolehi mendapat maksud sebenar Hari Raya itu.

1. Apabila seseorang Muslim itu pada sepanjang harinya dia tidak melakukan dosa dan maksiat. Hendaklah kita selalu dalam keadaan menyesal dalam dosa yang telah kita buat dan beberapa pesan dan seorang ulamak terkenal untuk manusia itu berubah hendaklah dia menyesali segala perbuatan dosanya dan mula atau suka menjinak-jinakkan dirinya ke majlis-majlis ilmu

2. Bila ia meninggal dunia, beliau meninggal dalam keadaan yang baik dengan mana ia mengekalkan atau beristiqamah dalam kebaikan.

3. Apabila di alam kubur ia terlepas dari azabnya diatas amalan yang telah dilakukannya didunia.

4. Apabila dia berjaya melepasi titian siratulmustaqim

5. Apabila dia memperolehi syurga Allah swt seperti yang dijanjikan

6. Apabila hari berkumpulnya seluruh ahli syurga, para Nabi, para mujahid dan dapat melihat wajah Allah swt di akhirat nanti

Justeru itu, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amalan, ibadah, mempertingkatkan iman dan terus menerus beristiqamah dalam apa jua kebaikan, tidak juga lupa kita membantu ahli-ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai dalam menjalani hidup ini dilandasan yang disuruh oleh Pencipta kita.

Semoga kita semua akan mendapat petunjuk dan hidayah dan memperolehi syurganya dikemudian hari nanti.

Wasallam

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi







Tuesday, October 5, 2010

Fadilat Solat Berjemaah Di Masjid

Assalamualaikum wbt,
Sahabat2 yang dimuliakn oleh Allah swt.

Dengan ilmu yang dangkal ini, saya ingin kongsikan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman mengenai fadilat solat berjemaah di masjid dan peranan Malaikat mengenai solat berjemaah

Penghuraian Hadis ini adalah dari perbincangan Kitab Iman yang diulas oleh beliau pada kuliah subuh 03/10/2010 di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi.


Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhamad saw pernah bersabda;

“Solat seorang lelaki berjemaah pahalanya lebih daripada solat seorang diri dirumahnya atau tempat kerjanya dua puloh darjah lebih. Yang demikian itu adalah kerana apabila seseorang itu berwuduk dan menyempurnakan wuduknya dan pergi ke masjid yang tiada tujuan melainkan untuk mendirikan solat, ia melangkah suatu langkah maka diangkatkan sebabnya satu darjat dan dihapuskan darinya satu dosa hingga ia masuk ke masjid, ia dianggap dalam solat. Dan malaikat berdoa kepada orang itu selama mana ia berada ditempat solatnya , Ya Tuhanku kasihanilah (rahmatilah) dia, Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah maafkanlah kepadanya. Didoakan selama mana ia tidak menyakiti orang lain dan selama tidak berhadas ditempat itu”

Sebagaimana yang diulas oleh Ustaz Tarmizi, lelaki dalam maksud hadis ini termasuk wanita.

Setelah seseorang itu mengambil wuduk dan keluar dari rumahnya maka setiap langkahnya itu Allah mengangkatnya satu darjat dan dihapuskan satu dosa kecil atau dosa besar yang dia telah bertaubat kerananya.

Dan apabila ia berada didalam masjid sambil menunggu masuknya solat, dia dianggap berada dalam solatnya disisi Allah swt.

Dan selama mana ia berada didalam masjid itu dengan syarat ia tidak menganggu jemaah-jemaah yang lain seperti bercakap-cakap kosong, ketawa dan sebagainya yang sedang bersolat atau beramal ibadat dan tidak pula ia berhadas maka malaikat-malaikat mendoakannya untuk diberikan rahmat Allah, pengampunan Allah dan dimaafkan dari segala kesalahannya.

Subhanallah…amat besar fadilatnya bagi mereka yang memahami dan mahu mamahami dan mempraktikkan dengan penuh istiqamah.

Marilah kita sama-sama mempraktikkannya dengan penuh keikhlasan tanpa ada sebarang perasaan riak atau sebagainya yang terselit di sudut hati kita.

Insyallah Allah akan menerima amal ibadah kita supaya dapat kita berada dikalangan orang-orang yang dirahmati Allah swt didunia dan akhirat.

Wasallam

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
26 Syawal 1431 Hijra
05 Oktober 2010

Monday, October 4, 2010

Ganjaran-ganjaran Majlis Ilmu

Assalamulaikum wbt.

Alhamdulillah serta syukur kepada Allah swt kerana disaat ini kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus menghirup dan menikmati udara dan pelbagai nikmat iman dan dunia.

Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhamad saw, insan yang sebaik-baiknya dimuka bumi ini yang telah diilhamkan oleh Allah swt untuk dijadikan panduan kepada umat manusia khusunya umat Nabi Muhamad saw.

Pada subuh 03/10/10 yang lalu, saya telah ditakdirkan Allah swt sempat hadir dimajlis Ilmu, kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman di Surau An Nur Bandar Baru Bangi. Perbincangan kuliah adalah berkisar mengenai Kitab Iman. Tajuk kuliah pada subuh ini adalah Penyertaan Malaikat Dalam Majlis-majlis Zikir (Ilmu)

Apabila mendengar kuliah tersebut maka fahamlah saya mengapa kebanyakan masyarakat amat gemar menghadirikan diri mereka dimajlis-majlis ilmu tersebut disebabkan tingginya amalan tersebut disisi Allah swt.

Rasulullah saw bersabda mengenai majlis-majlis zikir dengan maksudnya;

“Sesungguhnya bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran dijalanraya mencari orang yang berzikir mengingati Allah. Apabila mereka bertemu sesuatu kaum yang berzikir, kepada Allah mereka menyeru : Marilah memenuhi hajat kamu. Para Malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit dunia. Kemudian Allah menanya malaikat pada hal Allah maha mengetahui ,

Apakah hamba2 ku berkata?
Jawab Malaikat : Mereka mengucap Tasbih, Tahmid dan Takbir
Tuhan bertanya : Adakah mereka melihat aku?
Jawab Malaikat : Demi Allah, mereka tidak melihat kamu
Tuhan bertanya : Bagaimanakah keadaan mereka apabila mereka melihat aku?
Jawab Malaikat : Kalau mereka melihat engkau tentulah mereka bertambah

banyak beribadah dan bersungguh2 memujiMu.
Tuhan bertanya : Adakah mereka meminta dariku?
Jawab Malaikat : Mereka meminta syurga
Tuhan bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurga?
Jawab Malaikat : Tidak, demi Allah mereka tidak pernah melihatnya
Tuhan bertanya : Bagaimana jika melihat syurga?
Jawab Malaikat : Jika mereka melihat syurga tentulah mereka bertambah tamak

dan memintanya dengan penuh kegemaran
Tuhan bertanya : Daripada apakah mereka meminta perlindungan?
Jawab Malaikat : Dari api neraka
Tuhan bertanya : Adakah mereka pernah melihat api neraka?
Jawab Malaikat: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihat api neraka
Tuhan bertanya : Bagaimana kalau mereka melihat api neraka
Jawab Malaikat : Jika mereka nampak neraka nescaya mereka bertambah

melarikan diri dan bertambah takut kepadanya.
Tuhan berfirman : Aku bersaksi dihadapan kamu, aku telah mengampunkan dosa

mereka

Salah seorang Malaikat berkata, ”Diantara mereka ada seorang yang bukan daripada
golongan mereka, ia datang kerana sesuatu hajat”

Jawab Tuhan : Mereka semua adalah sekumpulan, tidak celaka orang2 yang

bersama mereka "

Sebagai kesimpulannya mereka yang hadir kemajis Ilmu ini (kerana maksud berzikir mengingati Allah adalah termasuklah majlis2 ilmu) akan memperolehi 5 kebaikan disisi Allah swt iaitu;

1. Majlis ilmu adalah majlis yang sangat tinggi nilainya disisi Allah swt.
2. Allah swt melorongkan permohonannya untuk masuk kesyurga
3. Allah menghindarikan mereka daripada api neraka
4. Allah mengampuni dosa-dosa mereka
5. Walaupun ada yang singgah sebentar untuk solat ke masjid/surau lalu mereka mendengar
sedikit majlis tersebut, mereka juga mendapat kebaikan 4 perkara diatas.

(Nukilan diatas adalah pengumpulan fakta kuliah subuh dari Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada
03/10/2010 diSurau An Nur, Bandar Baru Bangi)

Allahhu Akbar, Maha Suci Allah...maka berbahagialah mereka yang suka menghadirkan diri kepada majlis-majlis ilmu ini.

Insyallah dari nukilan diatas akan terbitlah dalam hati kita untuk terus mengunjungi rumah-rumah Allah swt untuk memperolehi ganjaran-ganjaran yang Allah swt janjikan.


Wasallam



Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
24 Syawal 1431 Hijra