Thursday, February 24, 2011

PENGAJARAN DARI MUSIBAH INI

Pagi 24 Februari 2011 yang tenang tetapi Allah menguji saya dengan sekelumit musibah pada pagi ini, terlanggar motosikal…apabila pergi kepadanya saya dapati terdapat luka sikit dikaki penunggangnya dan motosikalnya ada terdapat kerosakan... Memang salah saya kerana tidak melihat beliau dihadapan di ”round about” tersebut.

Bersimpati dengan melihat beliau terjatuh (berkali-kali saya mohon kemaafan kepadanya kerana saya tidak perasan akan beliau tadi), luka serta terdapat kerosakan pada motosikalnya, saya hulurkan nota RM 100 kepadanya dan beliau meolak pemberian saya dan beliau kata,

”Banyak tu encik”

...lalu saya hulurkan pula RM 50 lalu beliau menolak jua dan berlakulah tolak menolak memberi dan tidak mahu menerima. Akhirnya saya letakkan nota RM 50 itu dalam bakul motornya lalu beliau menerimanya...alhamdulillah... Dalam keadaan memberi dan menolak itu sempat beliau bertanya saya,

”Kereta encik OK ke?” lalu saya katakan

”Sikit aje..pecah lampu signal” saya balas.

Dalam perjalanan saya ketempat kerja itu, hati tertanya-tanya masih terdapat manusia yang hidup dengan berpaksikan kepada redha Allah swt...pada pandangan saya berkemungkinan beliau bekerja sebagai kerani atau pembantu di pejabat sahaja tetapi mempunyai hati yang mulia dan saya percaya bukan dari kalangan yang meminta-minta.

Saya masih teringat pengajian kuliah subuh pada Ahad lepas bersama Ustaz Dr Abdullah Yasin dalam kuliah tafsirnya, maka saya rasa inilah dikalangan mereka yang tidak meminta-minta seperti pada Surah al-Maarij, ayat 25.

Subhanallah jujurnya dia....Ya Allah, selamatkan orang ini dan berkatilah rezekinya bersama keluarganya dan moga dia mendapat rahmatMu dunia dan akhirat....Ameen..

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
21 Rabiulawal 1432

Wednesday, February 23, 2011

My beloved wife 48th birthday

Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan alhamdulillah syukur saya kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan isteri Puan Hajjah Salmi Baharudin.

11 Februari 2011, genaplah usianya 48 tahun dan bersamanya kami dikurniakn oleh Allah swt 3 orang cahaya yang kami sayangi.

Di hari kelahirannya tiada kalungan emas atau permata atau hadiah yang istimewa melainkan doa yang penuh ikhlas dari suamimu yang sentiasa menyayangimu, agar dipanjangkan umur, hidup diredhai Allah swt, diberkati olehNya sentiasa, moga mendapat kasih dan sayangNya didunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik untuk dapat menjalani suruhanNya serta mendapat rahmatNya dunia dan akhirat.

Semoga kita dan anak-anak berjumpa lagi disyurga Allah swt.
Ameen.....


HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
20 Rabiulawal 1432








Cara Menghindari Diri Dari Perlakuan Yang Jelik

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyanyang... 
   
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan petunjuk dan inayahNya, dapat lagi kita bersemuka dalam e-mail ini lagi, berbicara mengenai Islam dan kemanisan Iman dan Taqwa.

Marilah kita berselawat dan mengucapkan salam kepada junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad saw yang telah banyak membimbing kita kearah kebenaran serta bersyukurlah lah kita sebanyak-banyaknya kerana kita dilahirkan dalam Islam dan tanpa Islam maka malanglah kita menjadi penghuni sementara bumi dan alam dunia ini.

Sayangnya kita kepada Rasulullah saw mestilah berpaksi kepada menurut ajarannya dan menghindari melakukan perkara yang dilarang olehnya. Dan janganlah kita menjadi orang yang hanya menyatakan sayang kepadanya secara lisan tetapi pada hakikat dan perbuatan kita memperlihatkan sifat-sifat kufur yang amat-amat dibenci oleh Allah dan RasulNya

Seperti biasa saya ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat sekelian hasil dari catatan dan rakaman saya semasa kuliah subuh di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi bersama Yang Dimuliakan Ustaz Dr Abdullah Yassin pada 20/02/2011. Kuliah-kuliah beliau juga boleh sahabat2 lihat dalam “Youtube”  sekiranya sahabat2 berkelapangan.

Kuliah subuh pagi tersebut memperbincangkan mengenai tafsiran al-Quran, Surah al-Maarij, ayat 19 – 35, iaitu surah yang memperlihatkan bagaimana menghindarkan diri dari sifat semulajadi manusia yang jelik terutama sifat keluh kesah, kedekut dan lalai dalam mengingati Allah swt.

Terjemahan ayat-ayat tersebut adalah seperti dibawah ini ;

[19]
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
[20]
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
[21]
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
[22]
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
[23]
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
[24]
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
[25]
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
[26]
Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
[27]
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
[28]
Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
[29]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[30]
Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
[31]
Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[32]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[33]
Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
[34]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[35]
Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan

Ayat yang pertama menyatakan bahawa manusia itu diuji oleh Allah swt, mereka akan dengan berasa berkeluh kesah, bersifat kedekut serta lari dari menunaikan tanggungjawabnya apabila dianugerahkan Allah swt kesenangan.

Untuk menghindari sifat-sifat ini Allah menyatakan dalam ayatnya;

  1. Seseorang itu mestilah senantiasa melakukan solat dan solat itu penuh kekal dan dia beristiqamah dengannya.
  2. Yakinilah terdapat dalam harta dan wang ringgit kita untuk orang-orang yang telah Allah letakkan haknya iaitu orang-orang miskin yang meminta-minta bantuan serta orang-orang yang miskin serta redha tetapi mereka tidak meminta-minta walhal mereka berhak mendapat apa yang Allah telah tentukan
  3. Menyakini terdapat dan akan datangnya hari pembalasan  serta azab dari Allah swt.
  4. Juga orang-orang yang memelihara kehormatannya (menghindari dirinya dari melakukan zina dll)
  5. Mereka adalah yang mengamalkan ketepatan janji serta menjaga amanah yang diberikan kepadanya.
  6. Mereka mempunyai sifat memberikan keterangan yang benar apabila menjadi saksi
  7. Serta orang yang menjaga solatnya sentiasa
Insyallah semoga dengan ruang ilmu yang amat terbatas ini, Allah swt akan mengurniakan kita pemahaman serta menganugerahkan kita rahmatnya didunia dan akhirat kerana tanpa rahmatnya maka siapalah kita dibumi ini.

Wasallam 

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
20 Rabiulawal 1432

...dari lensa saya...( 5 )











....dari lensa saya....( 4 )









...dari lensa saya ...(3)

Wednesday, February 16, 2011

Mutiara Kata - Syed Qutb

Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran, aku reda. Jika aku dipenjara kerana batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan.” .... kata-kata Syed Qutb

Syair Oleh Syed Qutb

Syair Oleh As Ayahid Syed Qutb sebelum ia digantung sampai mati

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku
Taman-taman indah di syurga bangga menerimaku
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan bahagialah hidupku di
sana.

Puaka kegelapan pasti ia kan hancur
Fajarkan menyinsing
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di
sana cahaya fajar memancar.

1966 – As Syahid Syed Qutb

Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim

Isnin 13 Jumadil Awal 1386