Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadan 1432 hijrah


Ahlan wa sahlan Ya Ramadan...


Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1432 Hijrah.
Semoga dengan kehadirannya, kita mempertingkatkan ibadah serta mendapat keberkatannya.


daripada kami,
HJ ROSE ADY BIN HJ RAMLI
HJH SALMI BAHARUDIN
SYAMIMI ROSE ADY
RADZLAN ROSE ADY
RADZMAN ROSE ADY,  

bandar baru bangi,       
31/07/2011 ~ 29 Syaaban 1432

Perkahwinan Anak Hj Samsuri Esa Dan Hjh Maimon - Pertemuan Jemaah Haji Mitra Kembara 2008

Perkahwinan anak Hj Samsuri dan Hjh Maimon pada 30/07/2011 di Taman Desa Ixora, Seremban menemukan jemaah2 Haji 2008 Mitra Kembara kelolaan Ustaz Abdl Halim Abdullah

Ainul Mardhiah....

SEMPENA KEDATANGAN RAMADAN 1432 Hijrah

Assalamualaikum wbt
Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt

 1. Pertama-tamanya marilah kita memuji Allah swt yang  Maha Besar yang  
     tiada kurang sifat baginya. Perbanyakkanlah selawat dan salam kepada
     junjungan kita Nabi Muhammad saw yang disifatkan oleh Allah swt
     merupakan sebaik2 utusan Allah, diturunkan kepada baginda serta sebaik2
     syariat dan ajaran.

2. Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah
     swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana frman Allah swt iaitu
     nikmat Iman dan Islam

3. Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia
    dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali
    Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada
    diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.

4. Pertamanya kita panjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi diatas rezekinya
     yang tidak pernah putus-putus kepada kita.

5. Alhamdulillah saya telah ditakdirkan olehNya berada di satu majlis ilmu
    pada 27/07/2011 di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi bersama Ustaz    
    Razalie Zahari dalam kuliah maghrib. Kuliah maghrib membincangkan
    mengenai Persediaan Menghadapi Ramadan 1432 H

Walaubagaimanapun apa yang ingin saya kongsikan adalah menegenai satu kisah didalam kuliah tersebut mengenai seseorang yang bernama Ainul Mardhiah.

Siapakah gerangannya Ainul Mardhiah ini ?

Kisah ini berkisar dizaman Rasulullah saw dimana pada suatu pagi dibulan puasa ketika Nabi saw sedang memberikan targhib kepada sahabat-sahabat untuk menaikan semangat mereka untuk berjihad kejalan Allah swt.

Baginda berkata sesiapa yang keluar berjihad dijalan Allah swt dan dalamnya itu beliau mati syahid, maka beliau akan dianugerahkan oleh Allah swt seorang bidadari yang paling cantik yang terdapat didalam syurga yang namanya Ainul Mardhiah.

Mendengar kata-kata semangat yang disampaikan oleh Nabi saw, seorang dari kalangan para sahabat yang sangat muda usianya teringin sangat untuk melihat bagaimanakah cantiknya bidadari yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw itu.

Namun disudut hatinya terasa malu untuk menanyakan kepada Rasulullah saw serta malunya beliau kepada sahabat-sahabat yang lain. Walaubagaimanapun beliau tetap memberikan nama untuk keluar berjihad bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain.


Maka pada hari tersebut sebelum masuknya fardu zuhur, beliau dan sahabat-sahabat yanga lain tidur seketika (sunnah untuk tidur seketika sebelum zuhur)


Lalu beliau pun tidurlah...dan dalam tidurnya beliau telah bermimpi berada didalam satu kawasan yang amat cantik dan indah. Ketika itu beliau telah terserempak dengan seorang lelaki yang bersih dan amat cantik parasnya, lalu beliau bertanyakan kepada lelaki tersebut, dimanakah dia berada sekarang ini. Lelaki itu menjawab, beliau sedang berada dalam syurga Allah swt.

Apabila beliau mengetahui bahawa itu syurga, beliau terus bertanyakan untuk bersua dengan Ainul Mardhiah.

Lalu lelaki tadi menunjukkan laluan untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah dan berjalanlah beliau kearah tersebut.

Setibanya disatu kawasan, dibawah pepohon, beliau bertemu seorang wanita yang sangat cantik yang tidak pernah beliau lihat didunia, maka bertanyalah beliau kepada wanita tersebut, adakah beliau ini Ainul Mardhiah.

Lalu wanita itu berkata yang beliau bukan Ainul Mardhiah tetapi beliau adalah pembantunya. Beliau berkata lagi yang dicarinya berada didalam mahligai yang indah itu.

Berjalanlah lagi beliau kearah istana itu maka masuklah ia dalam istana tersebut.

Seketika kemudian berjumpa lagi seorang wanita yang amat cantik, berlipat kali ganda cantiknya dari wanita pertama yang beliau jumpai tadi diluar istana.

Beliau bertanya lagi, adakah beliau ini Ainul Mardhiah, lalu dijawab oleh wanita tadi, bukan tetapi wanita yang beliau cari itu ada di atas singgahsana mahligai didalam istana ini lalu ditunjukkannya jalan kemahligai itu.

Lalu beliau menaiki anak-anak tangga yang bertatahkan permata tersebut dan kecantikkan dan keindahannya amatlah mengkagumkan. Seketika kemudian bertemulah beliau dengan seorang yang wanita berganda-ganda cantiknya dari wanita pertama dan kedua yang beliau jumpa sebentar tadi.

Wanita itu memperkenalkan dirinya, “Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku”

Beliau pun ingin mendekati wanita itu seraya diucapkan oleh Ainul Mardhiah, “Nanti!...kamu belum syahid lagi”

Tersentak lelaki itu lalu ia pun terjaga dari tidurnya. Beliau pun menceritakan kisah mimpinya itu kepada salah seorang sahabatnya dan beliau meminta janganlah sahabatnya itu menceritakan kepada Rasulullah saw melainkan sekiranya beliau mati syahid.

Maka pada sebelah petangnya sahabat-sahabat pergi berperang dan dalam peperangan tersebut pemuda tadi telah gugur syahid.

Petang itu juga setelah selesai perang, sahabat-sahabat kembali ke masjid untuk berbuka puasa. Semasa menanti berbukanya puasa itu, maka sahabat pemuda itu menceritakan kisah sahabatnya tadi. Lalu Nabi saw pun berkata,

“Benar…benar…” sepanjang penceritaan sahabat tadi. Sambung Nabi lagi,

”Sekarang ini beliau sedang menunggu berbuka puasa disyurga” ujar beliau.

Begitulah kisah sahabat Nabi saw yang berkehendakkan keredhaan Allah swt.

Satu pesanan kepada para isteri,

Janganlah sesekali menderhaka terhadap suami, (lebih-lebih lagi suami yang dikalangan orang yang beriman) sebab setiap kali isteri menyinggung perasaan suami, seorang demi seorang bidadari disyurga akan berkata, ”Wahai lelaki beriman, kami akan sentiasa menanti kehadiranmu”

Semoga kita mendapat menafaat dari nukilan yang ringkas ini.

Wallahualam

Wasallam

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
26 Syaaban 1432 Hijrah