Tuesday, August 9, 2011

KEBESARAN ALLAH swt


KEBESARAN ALLAH swt

Assalamualaikum wbt
Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt

 1. Pertama-tamanya marilah kita memuji Allah swt yang  Maha Besar yang  
     tiada kurang sifat baginya. Perbanyakkanlah selawat dan salam kepada
     junjungan kita Nabi Muhammad saw yang disifatkan oleh Allah swt
     merupakan sebaik2 utusan Allah, diturunkan kepada baginda serta sebaik2
     syariat dan ajaran.

2. Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah
     swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana frman Allah swt iaitu
     nikmat Iman dan Islam

3. Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia
    dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali
    Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada
    diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.

4. Pertamanya kita panjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi diatas rezekinya
     yang tidak pernah putus-putus kepada kita.


Saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai kuliah subuh di Surau AnNur, 06/08/2011, Bandar Baru Bangi bersama Ustaz Jamnul Azhar.

Sahabat-sahabat boleh melayari youtube dan bolehlah menonton beberapa kuliah beliau di beberapa surau dan masjid di negara kita. Beliau merupakan seorang doktor perubatan yang sangat aktif dalam parti politik dan pertubuhan sukarela terutamanya dalam misi bantuan ke Gaza, Palestine.

Malah pemergiannya ke Gaza membuatkan beliau mengenali dengan rapat personaliti angkasawan negara iaitu Sheikh Muzafar sehinggakan untuk mendapatkan nama anaknya yang baru dilahirkan oleh isteri beliau juga, beliau bertanyakan pendapat dari  Ustaz Dr Jamnul Azhar.

Kuliah subuh beliau adalah berkenaan dengan tajuk “Kedatangan Dajjal” tetapi beliau telah menyelitkan satu cerita yang ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat agar dengan cerita ini akan bertambahnya tingkat iman kita kepada sang penciptanya iaitu Allah swt

Justeru itu, disebabkan beliau rapat dengan Sheikh Muzafar maka pada suatu ketikanya beliau telah bertanyakan satu soalan peribadi kepada angkasawan kita itu yang tidak dimaklumkan kepada orangramai (tidak pasti persoalan ini telah dimaklumkan kepada umum).

Soalan Ustaz Jamnul adalah, ada ataupun tidak terdapatnya perkara-perkara yang pelik atau menakjubkan apabila beliau dalam perjalanan keangkasa lepas.

Angkasawan kita itu telah menyatakan 2 perkara yang beliau berasa amat hairan tetapi ini semua adalah menunjukkan kepada kita kekuasaan Allah swt dan ia berikan petunjuk ini kepada orang yang mulia seperti Sheikh Muzafar.

Perkara yang pertama adalah apabila hari terakhir beliau didalam kapal angkasa  beliau telah mendengar suara azan malah azan tersebut didengari juga oleh angkasawan-angkasawan yang lain yang berada didalam kapal angkasa itu yang bersama-sama beliau ketika itu. Apa yang menariknya adalah suara azan itu seakan-akan sama dengan azan yang berkumandang di Masjid alNabawi di Madinah….

SubhanAllah….

Dan perkara kedua yang menjadikan Allah itu maha kuasa adalah mengenai struktur angkasa lepas dimana sekiranya mana-mana kapal angkasa ingin keluar dari ruang angkasa bumi dan menuju kepada ruang angkasa yang tidak mempunyai graviti, (tidak berapa faham mengenai fakta sains ini) roket atau kapal angkasa itu boleh keluar dari mana-mana tempat dari muka bumi ini. Contohnya kapal atau roket angkasa boleh keluar dari ruang udara Asia, Eropah atau mana-mana ruang angkasa untuk menuju ke ruang udara yang tiada bergraviti.

Walaubagaimanapun untuk masuk semula keruang udara bumi ini hanya ada satu lorong ruang udara sahaja yang boleh dimasuki dan lebarnya ruang itu adalah 2 km yang mana ia akan hanya boleh masuk keruang udara yang menuju terus diatas masjid AlAqsa di Palestine….

SubhanAllah….

Sekiranya pada masa yang ditetapkan kapal angkasa itu tidak memasuki ruang selebar 2 km itu pada masa yang sesuai, ia akan mengambil masa 12 jam lagi untuk dapat peluang tersebut. Dan sekiranya ia ingin memasuki dari ruang angkasa yang lain, selain dari yang menuju terus ke Masjid Al Aqsa, pasti ia tidak akan dapat masuk keruang bumi ini.

Inilah apa yang diperkatakan oleh Ustaz Jamnul Azhar mengenai perkara-perkara pelik yang disampaikan kepada beliau oleh angkasawan Negara itu kepadanya.

Wallahualam

Semoga dengan nukilan diatas membolehkan kita meningkatkan iman dan taqwa kita terhadapNya.

Amin

HJ ROSE ADY HJ RAMLI
BANDAR BARU BANGI
8 Syawal 1432 H