Friday, March 23, 2012

PEMBERIAN DAN PENOLAKAN ALLAH swt



Alhamdulillah....

Allah yang Maha Besar, Zat yang Maha sempurna yang tiada kurang baginya.
Selawat serta salam sebanyak-banyaknya kepada Rasulullah saw, sebaik-baik ciptaan
Allah, semulia-mulia utusan Allah didalam siri perutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu.

Diturunkan kepada Baginda sebaik-baik syariat dan ajaran serta sebaik-baik nikmat Iman dan Islam.

Perbanyakkanlah selawat serta salam keatas Baginda Rasulullah saw terutamanya pada Jumaat yang maha berkat ini. Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana firman Allah swt iaitu nikmat Iman dan Islam.

Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.

Sahabat-sahabat semua….

Suka saya berkongsi satu nukilan dari Kitab "Al-Hikam - Pendekatan Pengabdian Terhadap Khaliq" tulisan Syaikh Ibnu Atho’illah dalam hikmahnya yang ke 93 dalam tajuk – Pemberian Dan Penolakan Allah, katanya;

"Ada kalanya Allah memberi kepadamu kekayaan (kesenangan) dunia, tetapi tidak memberimu taufiq dan HidayatNya, dan ada kalanya Allah menolak (tidak memberi) dari kesenangan dunia dan kemewahanNya, tetapi memberi kamu taufiq dan hidayatNya"

Pengertian yang amat mendalam bagi mereka yang mahu memikirkan.

Diharap nukilan diatas dapat mempertingkatkan rasa taqwa dan iman kita kepada yang Maha Rabb serta menuruti apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya

Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk dan hidayatNya dalam kita menjalani kehidupan harian kita.

Wallahualam

Wasallam

HJ ROSE ADY BIN HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
30 Rabiulakhir 1430
23 Mac 2012

Thursday, March 22, 2012

Nostalgia 1 - Kenangan masa dulu-dulu.....

Nostalgia 1

Kenangan masa dulu-dulu…

Pagi itu aku menaiki basikal lama dan dikayuh oleh bapa saudaraku, Baharin Shariff.

Tujuan dan haluannya adalah hari pertama persekolahanku pada bulan Januari tahun 1969. Ini adalah kira-kira 43 tahun yang lalu.

Masihku ingat jarak diantara rumah datok (orang kampong menamakan rumah datok sebagai “Bawah Tampang”) ke sekolah adalah sejauh lebih kurang 1.5 atau 2 km.

Masih ingat sekolahku adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Linsum, Rantau, Negeri Sembilan

Sambil aku membonceng dibelakang “carrier” basikal itu, bapa saudaraku bertanya;
“Adi…kalau dalam kelas nanti, kalau nak buang air, macam mana nak cakap kat Cik gu”….aah soalan yang tidak dapat aku jawab.

“Nanti cakap macam ni kalau nak keluar kelas” jelas Pak Ndakku;

“Teacher…teacher…may I go out?”… cuba cakap andak nak dengar. Aku pun cuba cakap ayat tersebut berulang kali;

“Teacher…teacher…may I go out?”…itulah ucapan Bahasa Inggeris yang diajar oleh Pak Ndakku sepanjang perjalanan sebelum sampai kesekolah dan aku tidak ingat berapa puloh kali ucapan itu aku ucapkan kepada Pak Ndakku…

“Teacher…teacher…may I go out”…..

nostalgianya….

Bandar Baru Bangi
22 Mac 2012
29 Rabiulakhir 1433




Saturday, March 17, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ali Badri

Sekitar majlis perkahwinan anak Ali Badri, sahabat yang tidak pernah berjumpa kembali sejak tahun 1979. Syukur Allah swt telah dapat menemukan kami kembali dan juga sahabat2 lama yang sama2 belajar di sekolah Menengah King George V Seremban tahun 1975 ~ 1981. Banyak kenangan manis terutama apabila kami juga sama tinggal di Asrama. Photo ini diambil pada bulan Jan/Feb 2012 yang lalu.
Bersama saudara Ali Badri
Zainudin Manaf dan Munirhakim Majid
Ruziah Ramli and ...... oops lupa
Md Zain n wife and my wife...
Dr Noriman Sulaiman..eye specialist kat KPJ Seremban
Zisham....he knew my birthdate..amazing...tks fren
Yazarinan n wife
Ahmad Mahir aka Rock Steady....joking my fren..jgn marah ye..

Group photo (L 2 R) Dr Noriman, Ali Badri, Ruslan Rusli, myself and Zain

SEPETANG DI TASEK TITIWANGSA, KL

Lama rasanya tak ke Taman Tasek Tiwangsa KL. Mengambil peluang untuk berjumpa dengan saudara Edi yang menjual Sugar Glider...tujuannya untuk mengambil stock makanan Sugar Glider kami, maka kami bersiar-siar di sekitar Tasik tersebut dan beberapa keping photo diambil untuk kenang kenangan......

Radzman dan Syamimi





Sebenarnya mamat ni nak menunjukkan beg dia yang tak seberapa hebat tu...ha..ha..ha..



The 3 siblings...May Allah bless you all...luv u guys.... : )





Terskodeng sepasang pengantin..ni yg perempuan


Minah ni tak habeh2 ambik gamba...gamba sapolah diskodengnya tu...






My lovely family...luv u guys...Semoga dalam rahmat dan selalu mendapat hidayahNya.





Doa Yang Perlu Dibaca Apabila Kita Dipuji

Ingin berkongsi intipati dikuliah subuh 17/04 bersama Us Dr Shafie Amin diSurau AnNur. 
Nabi saw menyarankan kita membaca salah satu doa apabila kita dipuji;
Doa 1:
"Wahai Tuhanku, jangan siksa aku atas apa yg mereka katakan"
Doa 2:
"Wahai Tuhan, ampunlah aku atas apa yg ia tidak tahu"
Doa 3:
"Wahai Tuhan, jadikan aku lebih baik dari apa yg mereka sangka"
Semoga bermenafaat kpd sahabat2.


HJ ROSE ADY HJ RAMLI,
BANDAR BARU BANGI

Majlis Pertunangan Zalikha Dan Farid





























Majlis pertunangan anak kepada Mak Saudara isteri saya di Ampang, Kuala Lumpur pada 18/02/2012.