Sunday, June 24, 2012

10 Faktor Terhalangnya Manusia Dari Allah swt

Ingin berkongsi kuliah subuh pagi tadi, 24/06/2012 bersama Sheikh Ali Saleh Sheikh Jabir di Surau Al Madani, BBBangi yang bertajuk "10 Faktor Terhalangnya Manusia Dari Allah swt";

1. Aqidah dan kepercayaan yang rosak
2. Syirik terhadap Allah swt
3. Tutur kata yang bidaah
4. Amal perbuatan yang bidaah
5. Dosa2 besar yang tersembunyi didiri manusia (Dosa batin)
6. Melakukan dosa2 besar dan nyata
7. Melakukan dosa2 kecil secara berterusan
8. Berlebih-lebihan dalam perkara yang mubah (harus)
9. Merasa sombong dengan keilmuan yang ada padanya.
10.Berlengah-lengahan dan lalai dalam amal dan banyak berangan-angan.

Semoga dengan ini dapat mengingatkan diri saya serta sahabat2 yang dirahmati Allah swt agar menghindarkan diri dari melakukan perkara2 yang mengundang jauhnya Allah dari kita...



Wallahualam


Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Kuliah Maghrib Bersama Sheikh Ali Saleh Sheikh Jabir, 23/06/2012







Imam Syafie pernah berkata.."..aku cinta orang soleh dan aku bukan orang soleh, mudah2an aku akan dapat syafaatnya, dan aku benci orang yang berdosa dan bermaksiat walaupun aku seorang yang berdosa dan berbuat maksiat..." sungguh dalam maksud yang tersirat bagi mereka yang memahami.... Sheikh Ali Salleh Sheiukh Jabir





Allah swt pernah berfirman... "Ingatlah kepadaKu, maka Aku akan ingat kepadamu"..... Sheikh Ali Salleh Sheikh Jabir




Majlis yang dihadiri juga oleh para malaikat yang sentiasa berdoa kepada Allah terhadap mereka yang hadir dirumahNya ..."Ya Allah...ampunilah dosa sipolan, berikanlah rahmat kepadanya" insyallah...Ameen




".....barangsiapa yang bergantung kepada Allah, tidak akan kecewa hatinya..." Sheikh Ali Salleh Sheikh Jabir











Alhamdulillah... kuliah maghrib malam ini, 23/06/2012 di Surau AnNur bersama Sheikh Mohamad Ali Jabir berkisar mengenai tajuk seperti dibawah;

10 Faktor Yang Mendekatkan Manusia Untuk Dicintai Oleh Allah swt
1.  Selalu membaca al-Quran dan memahami maksudnya
2. Mendekatkan diri dengan Allah dengan melakukan perkara yang sunat selepas melakukan perkara yang    
          wajib
      3.  Berterusan dengan zikirullah
      4.  Mengutamakan perkara yang dicintai oleh Allah daripada perkara yang dicintai oleh manusia (nafsu)
      5.  Selalu membaca dan memahami Asmaul Husna
      6.  Selalu mengamati kebaikan ihsan dan nikmat2 yang Allah swt berikan seperti sihat dsbnya
      7.  Selalu melahirkan kecintaan dan takutkan hati apabila didepan Allah swt
      8. Selalu mengasingkan diri dan bersendirian dengan Allah sambil memperlihatkan kehinaan seperti selalu       
          bermunajat, solat malam dsbnya
      9. Banyakkan bergaul dengan orang2 yang mencintai Allah (orang salleh, ulamak) iaitu orang yang disebut2  
          namanya dilangit dan dikalangan para malaikat
     10.Jauhi segala perkara-perkara yang menjadi penyebab yang menjauhkan diri kita dari Allah swt

S    Sambungannya iaitu 10 perkara yang menjauhkan diri dengan Allah swt akan disambung pada Kuliah Subuh esok, 24/06/2012 di Surau al-Madani, Bandar Baru Bangi.

      Semoga perkongsian ini menyebabkan saya serta sahabat2 dekat denganNya.. Insyallah.. Ameen


Sunday, June 17, 2012

Pakaian Wanita Muslimah

Assalamualaikum wbt.


Pakaian Wanita Muslimah

Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang disebalik pakaian itu, khususnya pada tempat2 sulit yang menimbulkan fitnah diri kepada lelaki asing, seperti buah dada, peha, punggung dan lainnya. Abu Hurairah RA berkata , Rasulullah saw bersabda:



“Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah lihat mereka, iatu satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya(iaitu penguasa yang kejam) dan wanita2 yang berpakaian dengan pakainan yang separuh bogel yang menarik perhatian orang yang melakukan maksiat itu disamping dia sendiri melakukan maksiat. Kepalanya lonjong seperti bonggol unta, mereka tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian” “ Riwayat Muslim”



Dikatakan kepadanya seumpama berpakaian bogel kerana pakaian yang dipakainya tidak berfungsi untuk menutup tubuhnya kerana terlalu nipis dan jarang sehingga pakaian itumenampakkan bentuk tubuh yang terselindung disebalik pakaian itu, sebagaimana pakaian wanita pada masakini.



Bonggol unta itu adalah tulang tinggi ditengkuknya yang diserupakan kepala wanita dengan bonggol itu, kerana ditinggikan rambutnya keatas kepala. Seolah2 Nabi saw melihat dibelakang perkara ghaib apa yang akan berlaku pada zaman ini, dimana dikhususkan ditempat2 istimewa yang dikenali sebagai salon rambut, dimana kaum wanita datang untuk mendandan rambut dan mencantikkannya dan yang mendandan rambut mereka itu pula ialah kaum lelaki dan meminta upah yang tinggi untuk kerja yang dilakukan



Apa yang menghairankan dari hadith ini ialah, ia telah mengikat antara politik dengan isu kekurangan moral. Pada masa kini mereka yang terlibat dalam politik sentiasa mempengaruhi rakyat dengan skandal nafsu berahi yang membangkitkan syahwat serta memperniagakan moral diri dengan habuan dunia yang melalaikan manusia dari permasalahan umum.



(mukasurat 210 – 211 dari Kitab “Halal Dan Haram Dalam Islam”, karangan Dr Yusuf al-Qaradawi, terjemahan Ustaz Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri)

Monday, June 11, 2012

Piala Tan Sri Isa Samad di Casa Rachardo Port Dickson 19-20 May 2012

Kelab Remaja Harimau Klang (RHK) telah menyertai Pertandingan Bolasepak Piala TanSri Isa Samad di Casa Rachardo Port Dickson pada 19-20 Mei 2012. Tahniah kerana menjadi juara kumpulan dan menewaskan CIMB 1-0 diperingkat Kumpulan. Walaubagaimanapun CIMB telah menjadi juara keseluruhan mengalahkan KL Youth Club, manakala RHK mendapat tempat ke 4. Tahniah kepada semua para pemain, coach Rusman serta ibubapa penyokong Kelab Remaja harimau Klang.







Radzlan baru lepas accident and doctor's appointment pagi tadi....nangis dia semasa doctor betulkan tulang hidung tu...


Subhanallah...

Allah creation on a morning Saturday at Bt 8, Telok Kemang Port Dickson






Sunrise at Port Dickson....Allahuakbar..






RHK Under 10 "A"

RHK Under 10 "B"


Radzman in action....

Yusri Aiman dalam kesakitan....












Hardcore fan of Radzman...


Dengar sini...saya hendak kamu semua.......

The coaches...

Pose istimewa dari Radzman...


Subhanallah....






Coach Rusman...a bit worried



Hardcore fan of RHK....
















Radzman menerima hadiah dari YB TanSri Isa Samad...



Aslam...



A memorable photo after the closing ceremony with their prizes.. Congrat RHK!!!!