Saturday, November 24, 2012

SEDUTAN DARI KULIAH SUBUH OLEH USTAZ TARMIZI ABD RAHMAN (Surau AnNur,BBBangi, 24/11/2012)



Al Miqdad bin Al Aswad meriwayatkan Rasulullah saw bersabda;
“Pada hari kiamat matahari akan  menghampiri manusia  hingga jadilah ia  hampir dengan manusia  hanya sekadar satu mil. Maka jadilah manusia dalam keadaan berpeluh mengikut kadar amalan masing2. Ada diantara mereka peluh sampai kedua buku lalinya, ada diantara mereka peluh  kepada lututnya, ada diantara mereka peluh sampai kepinggangnya dan ada diantara mereka peluh mengelilingi tengkuknya dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya kepada mulutnya”

Dalam hal demikian ada manusia  yang berada dibawah naungan Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah saw;
“Tujoh golongan manusia, Allah akan naungi mereka dibawahnya, naungannya pada hari kiamat yang dihari itu tidak ada sebarang  naungan kecuali naungan Allah (mereka itu adalah);
1.   Imam (ketua pemerintah) yang adil
2.      2.  Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah
3.      3.   Lelaki yang hatinya terikat kepada masjid
4.      4.  Dua lelaki yang berkasih kerana Allah: Mereka berhimpun kerana Allah dan bercerai kerana Allah
5.    5 .Lelaki yang diminta  (melakukan perbuatan zina) oleh perempuan yang berpangkat  dan cantik, lalu ia  
b      berkata Sesungguhnya aku takut kepada Allah”
6.    6. Lelaki yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekah itu hingga tangan kanannya tidak tahu apa   
        yang dibelanya oleh tangan kirinya
7.     7.  Dan lelaki yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan seorang diri hingga mengalir airmata

Diakhir kuliah ustaz bertanya kepada para jemaah, bagaimana dengan kita, diantara 7 golongan manusia itu, adakah kita diantara golongan yang mendapat naungan tersebut?
Semoga bermenafaat kepada sahabat2 sekelian

Hj Rose Ady Hj Ramli

ST12-cinta tak harus memiliki/lirik.wmv

Thursday, November 22, 2012

Majllis Perkahwinan "cucu" di Taman Pinggiran Senawang









Alhamdulillah..sempat menghadiri majlis perkahwinan "cucu", Izat, anak kepada Roslani Omar di Taman Pinggiran Senawang, Seremban pada Ahad, 18/11/2012. Moga perkahwinan ini diberkati serta dilimpahi rahmat, kasih sayang dan memperolehi anak2 yang solleh dan sollehah..

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Saturday, November 17, 2012

Sedutan Dari Kuliah Subuh - 17/11/2012 - Us Dr Shafie Mohd Amin


Berkenaan ayat-ayat yang menggambarkan sifat manusia yang berjanji, mengingkari janjinya, melupakan Allah swt setelah mereka menikmati nikmat Allah serta tidak mensyukuri akan nikmat yang mereka terima

Surah Al-Fatihah
Ayat  5 – Hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada  Engkau kami mohon pertolongan

(Manusia  setiap hari berjanji dan menyatakan penyembahan serta mohonkan bantuan dari Allah swt tetapi setiap kali berada diluar dari solat akan sentiasa mengharapkan bantuan manusia tanpa teringatkan Allahlah yang akan membantu mereka)

Surah Al-Alaq
Ayat 6 – Sesekali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas
Ayat  7 - apabila melihat dirinya serba cukup

(Manusia seringkali lupa mengingati Allah apabila terasa dirinya serba cukup dengan kesihatan yang baik, kemewahan yang dinikmati dan cukup dari segala-galanya.)

Surah Al-Isra’
Ayat 67 – Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang (biasa) kamu seru, kecuiali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling  dariNya. Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur)

(Allah selalu mengumpamakan apabila manusia ditimpa musibah dilautan kerana lautan adalah sebaik2 contoh, maka tiadalah pengharapan serta doa mereka, hanya memohon dari Allah swt apabila mereka terkapar-kapar, dan tidaklah mereka akan memohon kepada sipolan atau sipolan dan sebagainya. Walau bagaimanapun apabila mereka terselamat dan berada dalam keadaan yang sihat, selamat, cukup segala-galanya, mereka akan sentiasa lupa dan tidak bersyukur kepadaNya)

Wallahualam.
Semoga bermenafaat kepada sahabat2

Hj RoseAdy Hj Ramli
Bandar baru bangi

Tuesday, November 13, 2012

Lau Kana Bainana


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Saturday, November 10, 2012

Ulang Tahun Perkahwinan Ke22 - 10/11/12














Alhamdulillah.. saya panjatkan rasa syukur kepadamu kerana sampainya perkahwinan kami sehingga kehari ini. Moga Allah menerima amal ibadah kami, melimpahkan rahmatNya, menerima keampunan kami, menerima taubat kami dan sentiasa menunjukkan kami kejalan-jalan kesyurgamu. Semoga JannahMu akan kami huni diakhirat nanti.

Hari UlangTahun Perkahwinan kami, isteri Hj Salmi Baharudin serta anak-anak.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Bersama Syeikh Raed Solah...










Alhamdulillah... seronoknya kerana Allah telah menemukan saya dengan seorang Pejuang Islam masakini, Syeikh Raed Solah di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi.

Syeikh Raed Solah adalah orang yang pertama menjumpai terowong bawah tanah di Masjid Al Aqsa, pernah keluar masuk penjara dan selalunya menjadi orang buruan rejim laknatulllah Yahudi.

"Aku berjanji setia dalam diriku setelah aku berjanji setia kepada Allah untuk menyedekahkan umurku, waktuku, dan semua yang aku miliki untuk Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa"
- Syeikh Raed Solah

Moga Allah membantu mu wahai Syeikh Raed Solah...

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Nikmat Allah swt...kemana kita gunakan


Alhamdulillah..subuh tadi, 10/11/12 bersama Ustaz Dr Hasnan Kasnan di Surau As Sobah, BBBangi menafsirkan Surah 102, Surah Takatsur dan terjemahan ayat tersebut seperti dibawah;

(1)    Bermegah-megahan telah melalaikan kamu
(2)    Sampai kamu masuk ke dalam kubur
(3)    Sekali-kali tidak! Kamu akan tahu akibat perbuatan kamu itu
(4)    Kemudian sekali-kali tidak ! Kelak kamu akan mengetahui
(5)    Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti
(6)    Nescaya kamu akan benar2 melihat neraka jahim
(7)    Kemudian kamu akan benar2 melihatnya dengan mata kepala sendiri
(8)    Kemudian kamu akan benar ditanya pada hari itu tentang kenikmatan  (yang megah  didunia itu)

Saya mengingatkan diri saya dan keluarga serta sahabat2 sekelian, ingatlah diakhirat nanti, Allah akan bertanya apa yang kita buat dengan setiap nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. 

Tersedar diri ini banyaknya nikmat yang akan disoal olehNya yang tidak dapat dijawab oleh kita. Banyaknya nikmat yang kita nikmati yang tidak disalurkan kejalanNya

Thursday, November 8, 2012

Radzman 12th Birthday - 19/10/2012

















Alhamdulillah... Radzman telah menjangkau umur yang ke 12 tahun. Moga selalu berada dibawah naungan kasih dan sayangNya serta beroleh rahmatNya dunia dan akhirat...

Lots of Luv

from
Ayah, Ibu, Kak Long and abang

Bandar Baru Bangi
Selangor