Monday, December 23, 2013

Sepetang di Dataran Merdeka KL - 22/12/2013

Alhamdulillah... petang Ahad, 22/12/2013 memandu keluar ke Kuala Lumpur bersama famili tanpa tujuan, tanpa matlamat, hanya sekadar mengisi masa petang bersama sekeluarga. Allah gerakkan hati untuk ke Dataran Merdeka. Lalu singgah sebentar dan berposing-posing di tempat bersejarah tersebut.












Sunday, December 22, 2013

Nukilan Kata-kata....

Dunia itu singkat.....
Alam barzakh itu panjang.....
Akhirat itu kekal.....

Bicara Alam Akhirat


Alhamdulillah, subuh tadi, 21 Disember 2013, Allah telah menggerakkan hati saya untuk hadir di satu majlis ilmu di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Kuliah subuh tersebut disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar dari Cheras dan kuliah beliau adalah berkisar dengan Kitab Bicara Alam Akhirat. 

Topik yang menarik dan kuliah kali ini menceritakan mengenai mimpi Rasulullah saw bersama 2 orang yang asing baginya. Kisah bermula begini....

Di satu hari setelah selesai Nabi saw mengimamkan solat beliau seperti biasa menghadapkan wajahnya kepada sahabat-sahabat lalu bertanya, 

"Siapa di antara kamu yang ada bermimpi malam tadi?" lalu dijawab oleh sahabat-sahabat, 

"Tidak" 

Lalu Rasulullah saw berkata, 

"Tetapi malam tadi aku bermimpi. Aku didatangi oleh dua orang lelaki. Keduanya telah membawaku berjalan ke satu tempat dan setelah jauh berjalan aku melihat dua orang lelaki. Seorang daripadanya sedang duduk dan seorang darinya sedang berdiri. Lelaki yang berdiri itu memegang besi lalu mencucukkan besi yang tajam itu kedalam rang lelaki yang duduk itu sehingga tembus keluar tengkuknya. Perbuatan ini dilakukan berkali-kali dan selepas rahangnya terbuka akan disatukan kembali dan selepas baik ditusukkan kembali"

Lalu Rasulullah saw bertanya kepada kedua orang yang membawanya ke situ, "Siapakah orang ini?"

Kedua lelaki itupun menjawab, "Mari kita teruskan perjalanan"


Lalu kami meneruskan langkah perjalanan sehingga bertemu pula kami dengan dua orang lelaki lagi, seorang terlentang dan seorang berdiri memegang batu yang keras dan ia menghempaskan batu tadi kepada kepala orang yang terlentang tersebut sehingga lumat kepala orang yang terkena hempasan batu tadi. Lalu kepala itu kembali pulih dan hempasan batu dilakukan lagi berterusan.

Lalu Rasulullah saw bertanya lagi, "Siapakah lelaki ini?", maka dijawab oleh kedua lelaki yang membawanya tadi' "Kita teruskan perjalanan"

Kami meneruskan perjalanan dan berjumpa pula dengan satu seakan-akan tempayan yang besar di mana lubang yang di atasnya sempit dan di dalamnya terdapat lelaki dan wanita yang bertelanjang. Di bawah tempayan yang besar itu tadi terdapat api yang marak membakar tempayan tadi. Jika nyala api itu marak mereka naik sampai hampir keluar dan apabila maraknya reda mereka kembali ke bawah.

Rasulullah saw bertanya lagi, "Siapakah mereka?" Lalu dijawab oleh kedua orang membawanya, "Kita teruskan perjalanan"

Kami meneruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan sungai yang airnya terdiri dari darah. Di dalamnya ada lelaki berdiri dan ditengah sungai ada lelaki membawa batu. Ia menghadap pada lelaki yang ada di dalam sungai. Jika lelaki yang ada di dalam sungai hendak keluar ia melemparnya dengan batu pada mulutnya hingga kembali ke dalam sungai seperti sedia kala.

Rasulullah saw bertanya, ‘Siapakah ini?’
Kedua lelaki itu berkata, ‘Kita teruskan perjalanan’

Kami meneruskan hingga sampai di sebatang pokok yang besar. 

Di bawahnya ada orang tua dan anak-anak kecil. Tiba-tiba ada lelaki dekat dengan pohon itu membawa api dan menyalakannya. 

Kedua lelaki tu membawaku naik pohon yang lagi tinggi dan memasukkan aku pada sebuah tempat yang tidak pernah ku lihat sama sekali ada yang lebih baik darinya. 

Di dalamnya ada orang tua dan anak-anak kecil. Kedua lelaki itu membawaku naik dan memasukkan aku pada tempat yang lebih baik dan lebih utama dari tempat yang sebelumnya.

Lalu Rasulullah saw berkata, ‘Kedua kamu telah membawaku berkeliling malam ini. Kabarkanlah padaku apa yang telah aku lihat!’
Keduanya menjawab dan memperkenalkan diri mereka sebagai malaikat Jibrail dan malaikat Mikail, ‘Baik!’

‘Yang kau lihat dihancurkan rahangnya adalah seorang pendusta, pemfitnah. Ia berbicara dengan kedustaan. Kedustaan itu terus dibebankan padanya sampai setinggi ufuk. Ia akan di siksa demikian sampai hari kiamat.

Sedangkan orang yang diremuk kepalanya adalah orang yang di ajarkan Allah Al-Qur’an. Ia tidur tidak membacanya pada waktu malam dan tidak mengamalkannya pada waktu siang. Ia disiksa demikian sampai hari kiamat.

Adapun yang kau lihat dalam tempayan yang besar itu, mereka adalah para pezina. 

Manakala yang engkau lihat di sungai adalah pemakan riba.

Adapun orang tua yang ada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim dan anak-anak kecil di sekitarnya adalah anak-anak manusia yang matinya dahulu semasa mereka kecil. 

Orang menyalakan api adalah Malaikat penjaga neraka. 

Tempat yang pertama yang dibawa tadi adalah tempat orang-orang beriman umumnya. 

Adapun tempat yang sedikit tinggi dari yang sebelumnya adalah tempat para syuhada.

"Sekarang angkatlah kepalamu!’

Rasulullah saw lalu mengangkat kepalanya. Tiba-tiba beliau melihat istana seperti awan.   

Keduanya berkata, ‘Itu adalah tempatmu.’

Lalu Rasulullah saw menjawab, ‘Perkenankan aku memasukki tempatku!’ lalu Jibril berkata, ‘Kau masih memilikki sisa umur yang belum kau lalui dengan sempurna. Jika kau telah melewatinya dengan sempurna maka kau akan memasukki tempat tersebut"

Begitulah kisahnya di alam barzakh seperti dinukilkan oleh Ustaz Khairul Anuar semasa kuliah subuh tadi.

Wallahualam


Bandar Baru Bangi, 21 Disember 2013