Sunday, March 16, 2014

Keadaan Manusia Di Mahsyar


1. Kafir
- Diberikan kehinaan, ketakutan, menyesal, dibelengu, saling menyalahi antara satu dgn lain, amalan baik tidak
  dapat membantu ketana aqidah yg sesat. 


2. Ahli Maksiat dalam kalangan ahli tauhid.
- dibelit oleh ular diseterika dengan kepingan2 yg menyala, dipijak digigit oleh binatang (tidak mengeluarkan
   zakat)

- kerdil sehingga dipijak2 (takkabur)
- Allah tidak pandang, berkata2, tiada kata2 pujian, jauh dari rahmat Allah (ulamak bisu, labuhkan pakaian
  kerana sombong, betsumpah palsu, angkuh, derhaka kpd ibubapa, perempuan menyerupai lelaki, dayus, 

  orang tua yg berzina, pemerintah yg berbohong, orang miskin yang sombong, pengungkit)

3. Golongan Bertaqwa/Awliya'

- Tiada ketakutan & kesedihan
- Muka berseri-seri
- Diletakkan di bawah bayangan Arasy (7 golongan - Pemimpin yg adil, pemuda bertaqwa, pengimarah masjid, 

  berkasih kerana Allah, dapat menahan godaan kerana takutkan Allah, memberi sedekah tanpa heboh, menangis 
  kerana Allah) 

Moga Allah beri kita hidayah dan sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya. Ameen

Masjid AlHasanah, BBBangi, Selangor.

15 Mac 2014

Menunda Amal Kebaikan Kerana Menantikan Kesempatan

Al-Sabuni menukilkan daripada Tafsir al-Khazin yang bermaksud:
"Kamu melebihkan kehidupan dunia yang binasa ini daripada akhirat yang kekal sehingga kamu sibuk dengannya dan lupa kepada akhirat, walhal akhirat jauh lebih baik daripada dunia dan kekal. Sesuatu yang kekal lebih baik daripada yang binasa. Bagaimana mungkin orang berakal memilih yang binasa daripada yang kekal? Bagaimana mereka prihatin dengan negeri yang penuh tipu daya dan meninggalkan keprihatinan untuk negeri yang kekal abadi?"

.... antara nukilan dalam Kitab Syarah AlHikam dalam tajuk ke 18 - Menunda Amal Kebaikan Kerana Menantikan Kesempatan, yang diulas oleh Ustaz Rashidy Jamil di kuliah maghrib di Surau An Nur, 15/03/14.


Dinner di Alamanda Putrajaya - 14/03/14


Hari Lahir Syamimi pada 06/03/2014 tidak dapat disambut bersama kerana beliau berada di Segamat. Alhamdulillah. dinner bersempena Hari Lahirnya disambut pada 14/03/14 di Alamanda Putrajaya.