Monday, October 20, 2014

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU (Us. Mohd. Nor Hamzah)


INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Us. Mohd. Nor Hamzah, Surau AlIkhlas, BBBangi, Bulan Muharam dan Manafaatnya) 

BULAN MUHARAM DAN MENAFAATNYA 

  1. Asas bulan Muharam ini adalah untuk berubah dan berhijrah kearah amalan dan kebaikan dan mendekatkan diri dengan Allah swt dan menghidupkan bulan Muharam.
  2. Merebut kelebihan amalan-amalan sunat dengan tidak meninggalkan asas kefarduan dalam agama.
  3. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharam
  4. Sebaik-baik amalan selepas bulan Ramadhan adalah bulan MuharamBermula dari 1 Muharam sehingga akhir Muharam ada kelebihannya
  5. Para ulamak mengingatkan kita untuk berwaspada sebab jangan menjadikan bulan Muharam bulan kegembiraan dan terjerumus ke lembah amalan bidaah.
  6. Inilah kesempurnaan dalam Islam, hidup ini jangan berbuat zalim, dalam kehidupan ada musuh Islam.
Wallahualam.

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU - Us. Ahmad Dasuki Abd Rani (12/10/2014)







INTIPATI. DARI MAJLIS ILMU
(Us. Ahmad Dasuki Abd Rani, Surau AnNur, BBBangi, 12/10/2014, Kitab Jalan Menuju Akhirat) 

Bab: Keyakinan 

  1. Hidup ini bukan hanya di dunia tetapi di akhirat. 
  2. Kamu akan rasa tenang akan janji-janji Allah dan tidak takut meninggalkan dunia.
  3. Orang yang tidak yakin tidak akan melakukan ibadah, hadir majlis ilmu, melakukan ibadah qurban, puasa sunat, tahajud dsbnya.
  4. Tiga darjat ahli keyakinan di kalangan orang-orang beriman. Hidup orang-orang beriman akan diuji oleh Allah swt :-
  • Darjat Ashabul Yamin. Percaya dan pasti adanya Allah dan hari pembalasan tetapi ada juga datang keraguan.
  • Darjat para Muqarabbi. Seseorang yang tidak merasa akan keuntungan dunia tetapi iman semakin bertambah akan alam akhirat. Mereka nampak alam akhirat contoh menderma, mereka nampak disebalik nilai ganjarannya melalui ibadah menderma, membaca AlQuran dan nilai ganjaran bacaannya (kisah Sheikh Ahmadyyasin)dsbnya.
  • Darjat para Nabi, sahabat-sahabat, para sodhikin yang telah merasa lazatnya ibadah. Mereka berlumba untuk mendapat kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Pandangan qasyaf di kalangan mereka. (Kisah orang buta Abdullah bin Mahtum)

Bab: Perihal Niat

  1. Selepas yakin, perlu ada niat contoh untuk berbuat kebaikan, niat untuk mati syahid dsbnya.
  2. Banyakkan niat untuk berbuat kebaikan kerana ia adalah pahala.
  3. Perbaikilah dan ikhlaskan niat kerana Allah swt kita setiap saat.
  4. Hadis Rasulullah saw "Tiap tiap amalan dimulai dengan niat." (Kisah hijrah Nabi ke. Madinah dan salah seorang yang berhijrah kerana mengikuti tunangnya dan bukan kerana Allah swt)
Wallahualam

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU - Us Dato Dr Nik Zawawi Nik Salleh



INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Us Dato Nik Zawawi Nik Salleh, Surau AnNur, BBBangi, 12/10/2014, Kitab Ringkasan Tazkirah AlQurtubi) 

Bab: Manusia akan dibangkitkan sesuai dengan keadaannya ketika mati.

  1. Hadis diriwayatkan oleh Muslim dari Rasulullah saw;"Akan dibangkitkan oleh Allah akan hambaNya sebagaimana ia meninggal dunia "
  2. Maka hendaklah kita sering berdoa agar mati dalam keadaan yang baik. "Matikanlah aku dalam keadaan "husnul qatimah" dalam keadaan penuh dengan kebaikan"
  3. Rasulullah menyebut peristiwa seorang mati (patah tengkuknya) dalam menyempurnakan ibadah haji lalu mati dalam pakaian ihram, Nabi bersabda kebumikan simati dalam pakaian ihramnya.
  4. Kalau simati menjiwai apa yang dilakukan semasa meninggal semasa melakukan ibadah haji dia bangkit di Padang Mahsyar dlm keadaan bertalbiah.
  5. Apabila kita meninggal, malaikat tidak kenal siapa kita samada kita pemimpin, orang biasa dsbnya.
Wallahualam

11/10/2014 - Precint 11, Putrajaya...














Alhamdulillah... sempat bersama family menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt ... 11/10/2014

Hot from the Chicken - Kerabu Mangga and Kari Kambing...








Hot from the kitchen...
1. Kerabu mangga
2. Kari kambing
Tak tau lah matching ke tidak. Just do it...

My first attempt ...... Mee Hailam

Hot from the kitchen for lunch... Mee Hailam..



Dinner di Kg Baru, KL... family outing 24/05/14.




Kuliah Bersama Us Khushairi Hamdan


"Moga kita selalu berada di dalam kelompok mereka yang sedikit iaitu orang yang sentiasa bersyukur, orang yang sentiasa beramal soleh, orang yang sentiasa berzikir, orang yang sentiasa menghadiri majlis -majlis ilmu, orang yang sentiasa bersedekah, orang yang sentiasa menyampaikan kebaikan... "

Mutiara Tasawuf 2 - Bab : Firasat




Mutiara Tasawuf 2 dengan tajuk "Firasat " - Kuliah oleh Ust Rashidy Jamil

Sabda Rasulullah saw bersabda: "Takutlah kamu kepada Firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia memandang dengan nur Allah "

Definasi Firasat :

"Satu anugerah dari Allah swt kepada orang-orang Mukmin sebagai satu kemuliaan 
padanya "

Syeikh Muhamad AlWasithi berkata :

"Firasat ialah nur yang memancar kedalam hati, buah makrifat yg membawa rahsia rahsia kedalam hati, dari sesuatu yg ghaib kpd yg ghaib sehingga dia mampu melihat sesuatu menurut apa yg dikehendaki Allah dan mampu berbicara dgn hati makhluk "

Bersama Sheikh Ali Jaber di Surau An Nur, Bandar Baru Bangi - 21/09/2014



Photo kenangan bersama Sheikh Ali Jaber di. Surau AnNur, Bandar Baru Bangi. Moga Allah beri kesihatan dan keberkatan ilmu yg disampaikan oleh beliau. 
Aameen.

Roti Canai D Bukit.....only di Bandar Baru Bangi


Sepetang di Dataran Merdeka 13/09/2014






Remembering ayah......


Alfatihah...
Remembering allahyarham ayah, Hj Ramli Hj Ahmad, allahyarham Bang Long Zain Hashim, allahyarham Bang Long Roslee Jalil. Moga Allah berikan keampunan dan mencucuri rahmat dan menempatkan ketiga tiganya di kalangan mereka yg soleh. Jadikanlah kubur kubur mereka sebagai taman taman syurga.

Untuk Pak Busu Abd Kuddus Ahmad, moga Allah berikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. 

Aameen ...

Lawatan ke Loji Sg Linggi bersama Pengurus SHE




Hari Sukan Sekolah Radzman 16/08/2014



Majlis Jamuan Hari Raya Eid Fitri 1435H SAINS di Klana Resort, Seremban, 06/08/14