Wednesday, May 13, 2015

Wedding Reception... Seremban

Alhamdulillah... 
Wedding reception anak YB Dato Mat Ali bin Hassan , S/usaha K'jaan N Sembilan, di Seremban, 05/04/2015..

Bola di Stadium Shah Alam

Tetiba je nak tengok game bola... dah lama benar tak masuk stadium... 29 Mac 2015



Wedding Reception... Taman Tasik Jaya

Wedding reception di Taman Tasik Jaya, Seremban.... 28/03/2015


Radzman and Radzlan with Andak Baharin


Ayer 8...

Family dinner outing at Ayer 8....
7 Mac 2015

Syamimi and Radzman...

Radzlan...

Mmmm..
 

Pertemuan sahabat-sahabat persekolahan - GEORGIAN

Menghadiri Majlis Perkahwinan anak sahabat Bakri Manaf di Shah Alam. Bertemu sahabat-sahabat persekolahan semasa di Sek Men KGV, Seremban.



7 Mac 2015


Tuesday, May 12, 2015

Pesanan buat sang puteri....

Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Lahir kepada anakanda Syamimi. 

Moga dengan pertambahan umur ini akan mematangkanmu dalam hidup. Ingatlah bahawa kita hidup ini bukan hanya di dunia tetapi yang kekalnya di akhirat. Ambillah dunia ini seadanya ibarat musafir yang lalu dan penuhilah kehidupan mu berlandaskan iman dan Islam dan perbanyakkanlah ingatanmu kepada Allah dan Rasul Nya kerana ia akan menjadi sempadan kepada yang haq dan batil. 

Moga Allah redha akan kehidupanmu dan moga apa yang anakanda idami dalam hidup ini akan tercapai. Ameen

6 Mac 2015 



This was copied from your FB...

Happy Birthday To Me !!! Alhamdulillah..hari ni dah masuk umur 23.. Lahir hari Jumaat, 1 Ramadhan dan hari ni pun hari Jumaat..terima kasih ibu yg melahirkan dan ayah yg mmbesarkan.. cptnya masa berlalu. dah takde dah zaman2 potong kek mcm dulu. Semoga Allah memberkati kehidupan seharianku dan keluarga, dunia dan akhirat.. 
 
6 Mac 2015

Mutiara Kata... Hasan Basri... Ibnu Ma'sud


Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat....
Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........
Saudara2ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
karena syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
karena syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kayapun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.

Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Saudara2ku: smile emoticon
"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn kawan2, anak2 & keluarga..semoga Allah memberkati & meredhoi kita. Aamiin..

Feb 27 2015

Lima Perkara Sebelum Lima Perkara

Looking out from my room... 
Masih teringatkan sabda Rasulullah saw, Ingat lima perkara sebelum lima perkara, 

"Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datangnya LIMA PERKARA. 

Pertama: masa sihat sebelum sakit. 
Kedua: masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).: 
masa lapang sebelum tiba masa sibuk. 
Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan 
kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Feb 24 2015


Loket Emas...kenangan

Down memory lane.... Nostalgianya loket emas ni yang saya terima semasa Perhimpunan Bulanan 
(tahun 1998 - 5 tahun Perkhidmatan) semasa berkhidmat di Hitachi Consumer Products (M) Sdn Bhd satu ketika dulu ...


20 Februari 2015

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU...Ustaz Dr Abd Basit

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr Abd Basit, Surau AlIkhlas BBBangi, 15/02 /2015)

TAJUK: JANGAN MENYAKITI WALI -WALI ALLAH.
...
1. Biar kita selalu berada ditempat yang Allah suka kita pergi, dan janganlah kita selalu berada ditempat yang Allah tidak suka kita berada contoh masjid /surau, majlis-majlis zikir.
2. Dalam penghidupan kita di dunia janganlah kita menyakiti para wali-wali Allah iaitu mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
3. Menurut Imam Nawawi, akan ada sentiasa orang yang akan menegakkan kebenaran. Tidak hanya pada satu-satu bidang tetapi dalam bidang seseorang itu berkebolehan.
4. Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari)

4. Ciri ciri wali Allah adalah :-
a. Sentiasa beramal dan mengerjakan perkara/amalan fardu.
b. Sentiasa mengerjakan amalan sunat, solat sunat untuk menampung solat fardu c. Banyak membaca AlQuran
d. Banyak berzikir.

5. Siapakah yang dikatakan golongan yang bermusuh dengan orang islam
menderhaka kepada Allah,
a. Golongan yang menderhaka kepada Allah.

b. Golongan yang mengamalkan riba.

6. Allah tawarkan bagaimana kita dekat diri dgn Allah :-
a. Buat perkara wajib
b. Lakukan perkara disuruh oleh Allah
c. Jaga amalan fardu dan buat yang sunat untuk menampung solat-solat wajib.
d. Lakukan lah Solat Sunat Rawatib, solat Sunat Dhuha, solat sunat qiamulai, solat sunat witir, solat sunat selepas naik matahari iaitu selepas syuruk (10 minit paling minima).
Rasulullah saw bersabda ;
"Sesiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjemaah lalu ia duduk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna,.. (HR At-Tirmizi)

Wallahualam.

15 Februari 2015

Kehilanganmu ditangisi....

Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh TG menuju penciptanya tepat jam 9.40 malam Jumaat yang agung.
Hilangnya seorang ulamak agong dan pasti para pencinta agama ini akan merinduinya. 


Daripada Abdullah bin Amr bin Ash, beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut ilmu dengan cara sekaligus dari manusia. Akan tetapi Allah SWT mencabut ilmu dengan cara mencabut (mematikan) ulama. Sehingga kalau sudah tidak ada lagi orang yang berilmu agama, orang akan mengangkat orang bodoh sebagai pemimpin mereka. Pemimpin itu ditanya (tentang hukum-hukum agama) dan mereka pun mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.

[HR Muslim]
 

Semoga beliau berbahagia di sisi Penciptanya... Ameen

12 Februari 2015

Saba membesar di apartment kami...

Alhamdulillah.... masuk tahun ketiga Magdi, isterinya, Ayah dan anak perempuan mereka yang comel, Saba, warga Palestin menyewa di apartment isteriku...

11 Februari 2015


Nukilan Hari Lahirmu

Assalamualaikum wbt
Selamat Hari Lahir Hjh Salmi Baharudin.
Moga dengan pertambahan usiamu, maka bertambahlah kasih dan sayangmu kepada Allah swt dan kekasihNya, Rasulullah saw, kepada bondamu serta suamimu beserta anak-anakmu, anakanda Syamimi, Radzlan dan Radzman dan mereka yang berada dalam doamu
Berdoa lah untuk kebaikan sepertimana kata kata dari Syeikh Ibnu Atho'illah Iskandari dalam al Hikamnya ;
"Sebaik-baik permintaan yang seharusnya kamu pohon dari Allah ialah kemampuan untuk melaksanakan apa apa yang Allah perintahkan kepadamu"

11 Februari 2015

Mutiara Kata

"Sesiapa yang memuji mu maka ketahuilah segala pujian itu berlaku adalah kerana pandainya Allah swt menyembunyikan keburukan mu.

Maka kembalikanlah pujian itu pada Zat yang telah menutup aibmu bukannya kepada orang yang memujimu. "

(ungkapan Syeikh Ibnu Atho'illah)