Saturday, April 9, 2016

1 MCC Week 2, UPM Serdang, 09/04/2016

Pose tersendiri before the match


KBJB bersama coaches

1st Eleven before the match








Tuesday, April 5, 2016


INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Rahim Rafie, Masjid AlHasanah BBBangi, 12/02/2016, Kitab Terjemahan AlHikam karya Syaikh Ibnu Atho'illah)
Bab: Nur Hikmah Para Ulama Di Lidah Mereka
Hikmah Ke 202
"Tidak layak bagi seseorang salik (yang baru merangkak dalam jihad melawan hawa nafsu) membuka atau menerangkan apa yang telah ia dapat daripada kurnia Tuhan, sebab yang demikian ini akan mengurangi pengaruhnya ke dalam hati nya sendiri, dan merosak (menghalang-halangi) kesungguhan nya terhadap Tuhan"
Keterangan :
1. Rahsia-rahsia yang diberikan oleh Tuhan kepada seseorang salik harus disimpan baik-baik, dan jangan didedahkan kepada sesama manusia, kecuali kepada yang dapat memimpinnya.
2. Dan bila selalu didedahkan bererti pandangannya belum bulat kepada Allah, tetapi masih selalu mengharap apa apa kepada sesama makhluk.
Bab: Adab Untuk Menerima Pemberian Orang
Hikmah Ke 203
"Jangan menghulurkan tangan untuk menerima pemberian makhluk, kecuali bila merasa bahawa yang memberi itu sebenar-benarnya Tuhanmu, maka bila engkau telah sedemikian, maka terimalah dari mereka yang sesuai, dengan ilmu pengetahuanmu"
Keterangan :
1. Sebab bila engkau masih merasa ada sesuatu selain Allah yang dapat membantu kepadamu, maka tauhidmu belum benar menerima pengertian keEsaan Allah dalam kalimat: Laa ilaaha illallah dan Laa haula walaquwwata illa billahi.
2. Allah menjadikan dan memberi rezeki, yang menghidupkan dan mematikan, ini semua hak kekuasaan Allah semata-mata, sehingga kalau ada pemberian itu dari tangan siapa saja datangnya, harus tidak boleh lupa bahawa itu langsung dari yang menyuruh salah satu hamba pesuruhNya, menyampaikan kepada kamu.
3. Umar al Khatab ra berkata: Rasulullah saw selalu memberi kepada saya, maka saya berkata: Berikan lah kepada orang yang lebih berhajat dari saya. Rasulullah saw berkata: Terimalah dan pergunakan atau sedekahkan, dan tiap harta yang datang kepadamu dengan tidak engkau harapkan atau engkau minta, maka terimalah, dan yang tidak jangan engkau harap-harapkan"
4. Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang menolak rezeki yang diberi oleh Allah tanpa minta minta, maka sesungguhnya ia telah menolak pemberian Allah "




BIRTHDAY DINNER

Dinner with the birthday lady and the family...





11 FEB 2016

Selamat Hari Lahir buat isteriku Hjh Salmi bt Baharudin.
Moga diberikan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan dengan pertambahan umur ini akan meningkatkan lagi ibadah, amalan dan ibadahmu kepada Allah swt.
Moga Allah juga memandangmu dengan kasih dan sayangNya serta beroleh rahmat dan redhaNya dunia dan akhirat. 
Ambillah dunia sekadar adanya kerana pesan Rasulullah saw ;
"Hiduplah di dunia ini bagai musafir yang lalu"
Mari kita berazam untuk memperbanyakkan amalan, ibadah dan sujud kepadaNya dengan penuh keikhlasan, moga ia menjadi hujah kita di hadapanNya nanti.
Aamiin dan selamat menyambut hari kelahiranmu.

IMAN DAN KEHIDUPAN


INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Mohamad Sabir bin Jamaludin, Surau Ar-Raudah BBBangi, 09/02/2016, Kitab Iman Dan Kehidupan karya Dr Yusuf Al Qaradawi )
BAB: KEIMANAN
1. Iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari hari.
2. Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan lidahnya, bahawa dia orang beriman (mukmin) kerana ramai orang munafiq yang mengaku beriman seperti ayat Allah swt ;
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ ﴿٨﴾
"Dan di antara manusia ada yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan hari akhir," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman."
(Q.S.2:8)
يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿٩﴾
"Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sadari."
(Q.S.2:9)
3. Iman bukan pula semata-mata mengerjakan amal dan syi'ar yang biasa dikerjakan oleh orang-orang beriman, kerana ramai pula penipu penipu besar yang pada zahirnya mengerjakan perbuatan baik dan peribadatan sedang hati mereka kosong dari rasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah ;
إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓا۟ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُوا۟ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿١٤٢﴾
"Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk salat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud ria (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali."
(Q.S.4:142)
4. Bukan pula iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana ramai juga orang yang mengetahui hakikat iman itu, padahal mereka tidak beriman ;
وَجَحَدُوا۟ بِهَا وَٱسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا ۚ فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُفْسِدِينَ ﴿١٤﴾
"Dan mereka menyangkal (membantah) keterangan-keterangan agama Allah kerana dengki dan sombong, padahal hati mereka sendiri menyakininya...."
(Q.S.27:14)
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يَعْرِفُونَهُۥ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَآءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ ٱلْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿١٤٦﴾
".....Sesungguhnya sebagian mereka pasti menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui(nya)."
(Q.S.2:146)
....disambung di kuliah akan datang, InsyaAllah.

KESEDERHANAAN DALAM ISLAM

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Muhammad Sabir Jamaludin , Surau AnNur BBBangi, 07/02/2016, Kitab Kesederhanaan Dalam Islam karya Dr Yusuf Al Qaradawi)
1. Wasathiyah (Kesederhanaan) juga sama maksudnya dengan sifat al-Tawazun "atau seimbang dan sifat 'i'tidal"(pertengahan)
2. Maksud Kesederhanaan yang dimaksudkan ialah antara dua perkara yang bertentangan ini memberi hak kepada setiap pihak dengan sebenar-benarnya, penuh adil dan secukupnya. Ini dimaksudkan dengan 'al Qisth' (adil) sepertimana dalam Surah Al Isra':35
وَأَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ إِذَا كِلْتُمْ وَزِنُوا۟ بِٱلْقِسْطَاسِ ٱلْمُسْتَقِيمِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٣٥﴾
"Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan timbangan yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
(Q.S.17:35)
3. Maksud al-Qisthas al-Mutaqim ialah adil dan saksama sepertimana dalam firman Allah, Surah Al-Syu'ara :182;
وَزِنُوا۟ بِٱلْقِسْطَاسِ ٱلْمُسْتَقِيمِ ﴿١٨٢﴾
"Dan timbanglah dengan timbangan yang benar."
(Q.S.26:182)
Maknanya tidak mengurangi ataupun melebihkan sesuatu sukatan itu dengan sebenarnya seperti firmanNya, Surah Al Rahman, ayat 7-9;
وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ ﴿٧﴾
"Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan,"
(Q.S.55:7)
أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ ﴿٨﴾
"agar kamu jangan merusak keseimbangan itu, "
(Q.S.55:8)
وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ ﴿٩﴾
"dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu. "
(Q.S.55:9)
4. Kesederhanaan yang menjadikan setiap pertimbangan itu benar dan tepat tanpa melebihkan satu pihak atau menguranginya.
MANUSIA TIDAK MAMPU MENCIPTA SISTEM YANG SEDERHANA
1. Kekuatan minda manusia yang terbatas menyebabkan mereka tidak mampu mencipta sistem yang sederhana tanpa panduan dari Allah swt. Manusia didorong oleh hawa nafsu, kecenderungan terhadap kepentingan diri, keluarga, keturunan, bangsa dsbnya.
2. Kecenderungan ini seringkali mempengaruhi mereka secara sedar atau tidak.
3. Namun Allah lah yang telah meletakkan sesuatu secara tepat, baik dari fizikal ataupun sebaliknya sepertimana kita melihat keseimbangan yang benar-benar tepat berlaku kepada makhluk ciptaanNya, juga ajaran yang diturunkan.
4. Kesederhanaan dan keseimbangan juga jelas terlihat dari aspek ajaran agamanya dalam bentuk petunjuk yang menjadi sistem dalam kehidupan sejagat.
....bersambung di kuliah akan datang.