Thursday, April 25, 2019

KEMBARA KE NEGARA MATAHARI TERBIT (31/03~06/04/2019)

Alhamdulillah...

Bermula dari bulan Oktober lagi telah saya merancang untuk bercuti bersama keluarga ke negara matahari terbit iaitu di Osaka
Pengalaman dua kali ke Tokyo, Yokohama, Mizuzawa semasa bertugas di Hitachi dulu pada tahun 1994 dan tahun 1997 telah menguatkan semangat membawa pula keluarga kesana.

Tiket kapalterbang Air Asia telah ditempah pada bulan November 2018 begitu juga tempat tinggal. Tempat tinggal  telah saya tempah melalui Airbnb di Shin-Imamiya.
Untuk kemudahan "transportation" saya membeli tiket Osaka Amazing Pass (OAP) dan Kansai Area Pass (KAP) di HIS Malaysia di Bukit Bintang. Keistimewaan menempah QAP, kita boleh menaiki train (kebanyakannya metro subway) tanpa had dan  FOC atau discounted rate pass untuk masuk ke  50 tempat menarik disekitar Osaka. Manakala KAP, untuk menaiki train terutamanya JR Line di sekitar Osaka, Kyoto dan Kobe.

Saya insuran perubatan, (AXA) insuran luggage (Air Asia) semasa berada di sana, dibimbangi dalam kita bercuti, musibah muncul. Tidakpun mahal harganya tetapi insuran perubatan coveragenya sehingga RM300,000 memandangkan kos perubatan di Jepun teramatlah mahal.

DAY 1 (31/03/2019 - Ahad)

Pesawat berlepas jam 2.00 petang dari KLIA2 dan mendarat di Kansai International airport (KIX)  lebihkurang jam 10.00 malam. Saya maklumkan kepada keluarga, kita tidak akan check ini mana-mana hotel kerana check-in di tempat penginapan itu hanya pada 01/04/2019 jam 3.00 petang.

So...faham-faham je lah... tidur di KIX. Tidur di airport ini tiadalah asing kerana KIX memang menyediakan kemudahan untuk orang bermalam. Disediakan tempat mandi, surau, tempat charge handphone, restoran halal dan "convenience store" seperti Lawson, Familymart yang terdapat di Tingkat 2. So, kami tidur di tempat rehat bersebelahan Lawson dan Koban (Balai Polis)

DAY 2 (01/04/2019) - Isnin)
Solat subuh kami di Surau yang disediakan dan breakfast hanya kami beli 5 bungkus Onigiri (sebungkus Y117).. cukup kenyang apabila bermusafir. Seingat saya semasa saya ke Tokyo pada tahun 1994 dulu, Onigiri nilah penyelamat saya apabila ke mana-mana. Nasi kepal yang diletakan sedikit garam dan dibalut dengan sea weeds tetapi kali ini terdapat pelbagai perasa... ada Tuna, Chicken dan lain-lain. Perlu berhati-hati, ambillah yang perasa Tuna tu kerana ia hanya ikan.

Tiket KAP perlu ditukar di KIX. Setelah membeli tiket, kami menaiki train ke Shi Imamiya, perjalanan lebihkurang 30 minit. Saya menghubungi host Airbnb untuk meletakkan luggage, tetapi alhamdulillah, menurutnya apartment telah dikemaskan dan boleh terus masuk tidak sepertimana yang ditetapkan jam 3.00 petang untuk check-in. So kami check-in seawal 11.30 pagi.

Alamat apartment, kunci dan sebagainya telah dimaklumkan kepada saya setelah saya jelaskan pembayaran semasa menempah apartment dulu. Password dan lokasi kunci dimaklumkan dan saya hanya perlu menurut arahan yang beliau  diberikan.   Mudah.

Bercakap mengenai apartment pula...WOW... semua disediakan sehinggakan tiada yang tertinggal. Pad ladies pun disediakan... Terlalu bersih untuk digambarkan...
Setelah berehat, kami menuju ke destinasi yang pertama iaitu Shinseikai, hanya 10 minit perjalanan dimana terdapatnya Tower, Tsukenkaku Tower yang juga menjadi tumpuan pelancong dan seterusnya mencari makan tengahari, alhamdulillah jumpa sebuah restoran Turki...apa lagi kebab le 

DAY 3 (02/04/2019 - Selasa)
Hari ini kami menggunakan QAP untuk dua hari. Destinasi kedua ke Kurumon Market, ke *Osaka Castle (FOC menggunakan QAP dan tak perlu beratur), HP 5 Ferris Wheels (QAP) dan Osaka Muzeum of Housing and Living (QAP). Makan malamnya kami berada disebuah Halal Restoran disekitar Namba. Enjoy tapi keletihan dan sampai semula ke aprtment jam 10.00 malam. Sebelum sampai ke artment singgah di Lawson berdekatan untuk beli nasi, pisang untuk breakfast esok.

*Untuk pengetahuan, di Osaka Castle ni banyak terdapat pohon Sakura yang menjadi kegilaan pelancung untuk menatapinya termasuk penduduk Jepun sendiri

DAY 4 (03/04/2019 - Rabu)
Menggunakan pas QAP untuk destinasi ke Port of Osaka, plan tidak untuk ke Aquarium tetapi menaiki Tempozan Giant Wheels (QAP) dan menaiki cruise The Santa Maria Cruise (QAP) yang melayari Osaka Bay. Disini terdapat sebuah kedai cenderahati yang amat murah untuk dibawa balik untuk kenag kenangan. kalau di tempat lain contoh harga Y300 tetapi sini Y100 atau pun ditempat lain Y900, disini hanya Y600. Berbaloi sangat-sangat.
Baliknya kami ke Dotonbori...ha..ha.. nak tengok the landmark of Osaka iaitu The Glico Man dan menikmati suasana malam di Dotonbori. Dinner, kami makan di Tsuri No Dori sebuah lagi restoran halal di Osaka.. tetapi harganya mmm sesekali, makan 5 orang anak beranak Y12,000 ~ RM440.00
Sampai semula ke apartment jam 10.00 malam... tidak lupa beli nasi di Lawson untuk dimakan bersama Pak Brahim (kari ayam, kari kambing dll) untuk breakfast esok

DAY 5 (04/04/2019 - Khamis)
Menggunakan pula pass KAP kerana QAP hanya boleh pakai 2 hari. Destinasi ke Kyoto.. Di Kyoto terpesona dengan Arashiyama.. Bamboo Grove, Totsegu Bridge, pohon-pohon Sakura dengan pemandangan sungai yang sungguh cantik.. terpegun. Kami makan tengahari di sana disebuah restoran halal.. Kenyang dan seronok. Baliknya kami ke Gion District... menyelusuri kawasan Geisha..

DAY 6 (05/04/2019 - Jumaat)
Paginya kami check out dari Airbnb dan check-in ke Hotel Annex 2 Sunplaza lebihkurang 5 minit perjalanan dari apartment yang terdahulu. Terpaksa check in Hotel sebab... ada flight reschedule oleh Air Asia selepas lebih kurang sebulan kami book flight ticket. Nasib baik ada hotel berdekatan yang kosong. Selepas check in, menggunakan lagi KAP untuk transportaion kami ke Nara...nak tengok rusa dan plannya nak solat Jumaat di masjid Kobe. Tetapi hanya sempat ke Nara sahaja...

Day 7 (06/04/2019 - Sabtu)

Check out jam 10.00 pagi dan terus ke Kansai International Airport (KIX) dengan tambang Y950. Sempat makan Udon terakhir di KIX di Udon Restaurant...

Flight kami bertolak jam 10.30 malam dan tiba di KLIA2 lebihkurang 4.30 pagi

Kesimpulan Menarik;
1. Budaya Jepun yang menghormati privacy orang lain
2. Budaya Jepun suka membantu apabila kita bertanya sesuatu
3. Kebersihan di tahap terlalu bersih termasuk tandas-tandas awam (kecuali tempat perlancungan)
4. Ketepatan masa...train schedule
5. Teknologi terkini....kemudahan tandas, 
6. Rasa selamat
7. Kemudahan awam dimana contoh vending machine minuman
Sehingga bertemu lagi di destinasi akan datang sekiranya direzekikan olehNya




Dalam train nak ke Namba... Kurumon Market

Kurumon Market... macam macam ada..









Dua jejaka terakhir Melayu di Kurumon Market..


Kurumon Market



Sempat posing lepas makan ramen ...


Tsukenkaku Tower dari tingkat 7 apartment kami



Subway atau dipanggil Metro di Jepun

 


View Tsukenkaku Tower dari apartment kami...


Dinner di restoran Ramen Honulu... jauh juga jalankaki nak dapatkan restoran ni...miungkin dalam 1 km kut rasanya dari stesyen keretapi..


My ramen... oishii


Di Shinsekai...10 minit jalan kaki dari aprtment kami






Tsukenkaku Tower... dibelakang kami dan terletak di Shinsekai



Apartment kami di Tingkat 7

Tempat masak

Tempat Landing...



Di KLIA2 sebelum berlepas

Tandas di kebanyakkan tandas awam...Ini di KIX

Onigiri ni hanya Y116..lebihkurang RM4.20

Tempat tidur kami di KIX...


Suruh anak-anak belajar macam mana nak beli tiket train... Dari KIX ke Shin Imamiya naik Nankai Line yang berhenti henti ni hanya Y920 (RM40)  berbanding yang express Y1,430 (RM53) ...


Dalam train nak ke tempat penginapan...


Kurumon Market
Osaka Castle...nun jauh di belakang...kena jalan kaki
Berhampiran Osaka Castle ....belakang
Di kawasan Osaka Castle
Bunga Sakura


Osaka Castle Park ni banyak pohon Sakura
















Family photo..







Naik Ferris Wheels di Namba...




Makan Malam di Tsuri No Dori..sesekali boleh lah makan kat sini...Y12,000 







Bergambar di landmark Osaka "The Glico Man"

Tempozan Ferris Wheels..







Pemandangan di Osaka Bay dan Osaka Port...







Bangunan warna merah tu adalah Akuarium dan kapal kecil tu The Santa Maria cruise yang kami naik...

SubhanAllah....cantik







Atas kapal The Santa Maria... cruise di Osaka bay ...









Apalah yang diteropong tu.. gelagat dua anak bujang kami

Anak dara ni memang selalu posing...


Kedai souvenir ni  murah dekat Tempozan Wheel...
Museum of Housing and Living... 


Replica rumah kehidupan orang orang Jepun dahulu...







Aksi The Glico Man dari BBBangi







Licin Mee Soba semangkuk...

Orang tua pun tk sedar diri ...

Antara tangga yang sayup mata memandang...








Dah sampai Arashiyama ... train station


Berjalan kaki menuju Bamboo Grove ni penat jugak...jauh





Sakura lagi...


Pose di Arashiyama...



Tempat ni SubhanAllah...cantik




Pose keluarga, dibelakang kelihatan Togetsu Bridge


Apa pulak anak dara tu buat...




Tour Leader...






Membelakangkan Togetsu Bridge


Lunch...oishii







Gion District...nak tengok Geisha...















Nak ke Nara pulak


Nara


Nara...


Nara











Lalan dengan rusa...







































Last lunch dengan Udon di KIX...


Sayonara Osaka...