Monday, September 7, 2009

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Mekah (3)


















AKTIVITI2 SEMASA DIMEKAH

Aktiviti ketika berada di Kota Suci Mekah tidak lain dari mengerjakan solat di Masjidil Haram. Setiap waktu saya dan isteri akan ke masjid berjalan kaki dari Hotel Ufuk Al Fateh 2 ke masjid. Kebiasaannya selepas solat subuh, kembali ke hotel dan bersarapan. Selepas itu berehat hinggalah kewaktu solat dzuhur. Selesai solat dzuhur kembali semula ke hotel untuk makan tengahari. Kadang2 tercuit hati melihat siapakah antara jemaah yg sampai dulu di dewan makan selepas solat. Hmmm...mesti orang yg sama.
Perjalanan selepas solat dzuhur dari masjid ke hotel (200 meter) kadangkala mengambil masa yg lama terutamanya selepas solat Jumaat kerana semakin hari semakin ramai jemaah yg tiba dari seluruh pelusuk dunia. Bayangkanlah 4 juta jemaah berada di Kota Suci itu.
Keadaan amat berasak-asak hinggakan saya tidak terbayang akan berlaku jutaan manusia berasak-asak untuk menuju destinasi masing2. Ada satu ketika selepas solat Jumaat, saya terasa nyawa akan melayang memandangkan dihimpit oleh jemaah2 dari arah kiri dan kanan dan beberapa kali saya berpusing 360 darjah disebabkan asakan-asakan tersebut. Alhamdulillah ini adalah dugaan dan cabaran menunaikan Haji. Melewati lorong di Misfalah berdekatan dengan Hotel Hilton beberapa organisasi akan memberikan makanan percuma selepas solat subuh dan ratusan jemaah yg beratur untuk mendapatkan makanan.

Pada kebiasaannnya, saya dan isteri akan berikhtikaf di masjid dari asar hinggalah Isyak tetapi menjadi masalah kerana beberapa kali saya ingin membuang air kecil yg menyebabkan saya terpaksa berhimpit2 keluar untuk ke tandas dan semasa ingin masuk kembali kemasjid terpaksa saja solat di dataran luar memandangkan dalam masjid telah dipenuhi lautan manusia.

Setiap Jumaat, saya akan pergi ke masjid lebihkurang jam 9.45 pagi memandangkan sekiranya lambat, kita akan bersolat (rezeki masing2) diatas jalanraya dimana ini saya rasai semasa lambat pergi kemasjid di satu hari Jumaat. Ketika itu saya ke Masjid lebihkurang jm 11.30 pagi dan saya terpaksa membentangkan sejadah ditengah2 lautan manusia diatas jalanraya Jalan Ibrahim Khalili.

Terbayang sehingga kehari ini, jemaah2 yg datangnya dari benua Afrika atau yg berkulit hitam suka duduk diluar masjid, ditangga2, menghalang laluan dan selalunya adab mereka yg kasar akan membakar kesabaran jemaah2 yg lain dalam mengerjakan ibadah dan saya berasa kurang senang apabila mereka akan meletakkan selipar tanpa karung plastik ditempat2 yg kita akan sujud. Subhnalah...hanya kesabaran yg menjadi benteng kita.

Jemaah2 haji yg paling ramai datangnya dari Indonesia...satu sifat yg tidak saya sukai didalam masjid ialah mereka akan bersama-sama lelaki dan wanita (mungkin isteri) solat bersama2 sebelah menyebelah didalam saf2 lelaki yg menguji kesabaran jemaah2 lain yg inginkan kaum wanita solat dibelakang jemaah lelaki iaitu ditempat yg disediakan. Maka bertempiklah penguasa2 Masjidil Haram dan askar2 berbaju hijau menghalau mereka.
Allah swt itu Maha Kaya, dimana satu ketika memang didalam hati saya berdetik yg saya selalu marahkan jemaah2 yg berkulit hitam yg selalu kasar peradapan mereka tetapi pada suatu hari saya tengah tercari2 utk solat maghrib atau Isyak (tak pasti)dihadapan Kaabah, saya hampir putus asa kerana tiada ruang untuk menyelitkan diri ditengah2 jutaan manusia. Namun Allah swt hendak menyangkal detik marah saya kepada insan2 berkulit hitam ini. Apa yg berlaku adalah dalam tercari2 ruang untuk solat, saya dilambai oleh seorang jemaah berkulit hitam agar solat disedikit ruang disebelahnya. Maha Suci Allah, dipertunjukkanNya adalah tidak adil kita menyatakan setiap jemaah berkulit hitam itu tidak beradab. Saya termenung seketika...salah apa yg saya fikirkan selama ini maka Allah tunjukkan kesilapan yg ada difikirn saya itu.

Oleh kerana hari wukuf hanya beberapa hari saja, Ustaz Halim menasihatkan para jemaah agar tidak mengerjakan umrah untuk menjaga kesihatan agar dapat memberikan penumpuan terhadap rukun Haji.

Pada sebelah malamnya pula aktiviti jemaah Mitra Kembara dipenuhi dengan kuliah yg disampaikan sendiri oleh Ustaz Halim dengan diiringi sebelumnya bacaan Al Matsurat.
Alhamdulillah aktiviti jemaah yg mengikuti syarikat Mitra Kembara yg dpimpin oleh Ustaz Halim penuh dan disini saya ingin mengulangi apa yg saya nyatakan pada awalnya iaitu persiapan spiritual iaitu suka menghadiri majlis2 ilmu itu penting. Sekiranya hati kita masih lagi belum dapat hadir dimajlis2 sebegini, kita akan berasa susah dan janggal untuk menghadirkan diri kita dimajlis2 ini di Tanah Suci. Malangnya kita akan menghabiskan masa kita duduk saja dibilik atau pergi shopping bersama rakan2 yg lain.

Di Hotel ini kita bersama2 dengan jemaah2 dari Pakistan (UK) yg sama2 menginap disini.


Selang beberapa hari mendatangi masjid, ujian Allah datang lagi kerana batuk mulai hadir, demam menjelma kerana habuk dan kadang2 terlalu lama duduk bersila menyebabkan urat2 mulai tegang. Saya tidak ke Masjid beberapa hari. Walaubagaimanapun hanya Allah tempat memohon pertolongan dan saya pergi berjumpa doktor di Hotel dimana petugas TH bertugas. Hotel dimana petugas TH berada hanya 30 meter dari hotel kami dan disitulah ada petugas TH yg menyediakan perkhidmatan perubatan dan pengeluaran wang TH. Ia terletak di Jalan Ibrahim Khalili.

Di bilik saya menginap terdapatnya rakan sebilik Dr Hj Rosmaini, Hj Fuad (Allahyarham), Hj Hashim dan Hj Nisa. Alhamdulillah mereka adalah dari kalangan orang2 yg baik2 belaka terutamanya Hj Fuad yg sering membantu jemaah lain yg hilang dll. Beliau juga seorang photographer yg baik. Didalam bilik selalunya tidur kami diganggu oleh bunyi batuk saya dan dentuman batuk beliau. Allah menyayangi beliau apabila beliau meninggal dunia seminggu sekembalinya dari menunaikan Haji. Moga Allah menempatkan beliau dikalangan mereka yang beriman. Amin.

Malam2 di Mekah jemaah2 tidak akan lekang dari haluar telinga kita dengan bunyi hon-hon kenderaan yg tidak tahu bila padamnya kerana masyarakat Arab suka membunyikan hon kenderaan mereka.

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Mekah (2)

Bergambar membelakangkan Hotel Ufuk Fateh 2
Lorong ke dari Hotel ke Masjid














PERJALANAN DARI KLIA KE JEDDAH

Semasa pesawat akan melintasi satu kawasan iaitu tempat miqat (Qanulmanazil), jemaah dikejutkan oleh Ustaz Halim untuk berniat samada berniat Umrah atau Haji. Bagi saya dan isteri serta beberapa orang yg melakukan Haji Ifrad, kami berniat Haji. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7 jam.

Ketibaan pesawat KT 71 di Jeddah pada Asar dan setibanya, semua jemaah sekali lagi terpaksa mencari bagasi masing2 dan beratur dibahagian Imigresen Arab Saudi. Semasa beratur inilah bermulanya cabaran menunaikan Haji, kali ini banyak kaunter yg dibuka yg membuatkan penantian disini tidak lama. Satu persatu jemaah terpaksa melalui pintu Imigresen ini. Setelah selesai, jemaah ditempatkan disatu kawasan menunggu di dalam kawasan airport tapi dibahagian luar sementara menunggu bas tiba untuk mebawa jemaah ke Mekah.
Setelah bas tiba bermulalah perjalanan ke Mekah yg lebihkurang jauhnya 95km dari airport. Perjalanan diketuai oleh ketua rombongan yg dipimpin oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah dari syarikat Mitra Kembara dan pembantunya saudara Z. Perjalanan biasa yg mengambil masa lebih kurang 1.5 jam telah mengambil masa yg agak lama kerana banyaknya jumlah kenderaan yg menuju ke Kota Suci Mekah dan beberapa kali bas yg kami naiki terpaksa pergi kekawasan yg bas diperiksa oleh pihak berwajib dan kesempatan ini diambil oleh pihak berwajib untuk menyampaikan sedekah mereka yg berbentuk makanan, buah tamar, nasi dan lauk yg memenuhi beg dan bas kita.

Alhamdulillah jemaah sampai di Kota Suci Mekah diwaktu malam dan bas dipandu di tempat penginapan jemaah Mitra Kembara di Hotel Ufuk Al Fateh 2 iaitu lebihkurang 200 meter jaraknya dari Masjidil Haram. Amat berbeza pemandangan di Kota Suci Mekah yg pernah saya kunjungi pada tahun 2005 dan 2003.

Setelah menurunkan barangan bagasi dan dibahagi2kan bilik masing2, jemaah menghadirkan diri untuk makan malam di dewan makan yg disediakan.

Beberapa ketika setelah semuanya telah bersedia dan berehat, kesemua jemaah dibawa dan diberikan panduan oleh Ustaz Halim untuk pergi ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf selamat datang dan Umrah bagi mereka yg mengerjakan Haji Tamatuk. Saya masih ingat lagi, jemaah dibawa masuk melalui Pintu 88 oleh Ustaz Halim. Kamera atau tel bimbit berkamera boleh dibawa masuk tetapi mestilah disurukkan didalam beg galas.

Setelah mengerjakan saie dan bergunting maka mana2 jemaah yg mengerjakan Haji Tamatuk maka mereka telah bebas dari larangan2. Walaubagaimanapun saya dan isteri dan beberapa jemaah yg lain masih mengenakan ihram sepanjang masa.

Dalam perjalanan balik ke Hotel, pengalaman jemaah2 dimana selipar yg diletakkan ditempatnya ada yg tidak dijumpai dan terpaksalah beberapa orng jemaah berjalan kaki balik ke hotel. Inilah dugaan yg pertama sesampainya di tanah suci Mekah

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Kelana Jaya /KLIA/Pesawat KT71- 1

Gambar didalam pesawat
Bergambar kenangan di KLIA


Rombongan bas sampai ke KLIA





Syamimi, Radzlan dan Radzman

Salmi bersama Kamil,GG, Pak Lias dan Induk









PERSIAPAN SEBELUM BERANGKAT KE MEKAH

Walaupun sebelum ini saya dan isteri telah mengerjakan Umrah iaitu pada tahun 2003 dan 2005 tetapi persiapan menunaikan fardu ke 5 ini amat berlainan sama sekali kerana ia memerlukan lebih pengorbanan dari segi masa, wang ringgit, amalan serta yang lain2nya. Pada tanggapan saya sebelum mengerjakan Haji, seseorang itu mestilah bersedia dari segi fizikal dan spritual kerana tanpa kelengkapan tersebut haji yg bakal kita tempuhi itu bakal kita akan rasakan kekurangannya. Persediaan dari segi spiritualnya pada pendapat saya diantaranya adalah dapat melengkapkan solat 5 waktu serta solat2 sunatnya, jiwa yg suka menghampirkan diri dengan masjid/surau, sudah dapat membiaakan diri menghadiri majlis2 ilmu, suka mengerjakan solat berjamaah, suka mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, suka menderma samada wang ringgit atau fizikal, mempunyai sifat sabar yang tinggi, telah mula berjinak2 membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran, memperbanyakkan solat taubat dan tahajud serta banyak lagi amalan yg tak terhitung oleh pandangan saya yg mana saya memiliki ilmu agama yg sedikit ini. Ini adalah kerana semasa mengerjakan Haji inilah medan dimana segala amalan-amalan spritual ini dapat mengambil tempatnya untuk dijadikan perhiasan iman dan taqwa agar pemergian ke tanah suci ini akan mendapat atau menuju kearah Haji yang mabrur. Insyallah. Ingatlah bahawa "Haji yang mabrur itu tiada ganjarannya melainkan syurga".

Pada tanggal 24/11/2008 saya dan isteri memulakan perjalanan ke Kelana Jaya dengan dihantar oleh adik ipar, Latif dan isteri bersama2 anak2 saya begitu juga dengan adik ipar , Mustafa Kamil. Walaupun pada mulanya saya tidak mahu ramai2 ke Kelana Jaya tetapi saya akur akan kehendak emak serta anak2 yg ingin melihat persekitaran Kelana Jaya semasa Haji pada tahun ini walaupun telah selalu kami pergi ke Kelana dengan tujuan yang sama.

Hati mula berdebar2 di Kelana Jaya dan bermula dari selepas subuh bermulalah perjalanan ini untuk mengerjakan Haji. Setelah selesai urusan di kaunter untuk mengmbil beg dsbnya, saya dan isteri berjabat salam kepada yg tinggal kerana pemergian kali ini mengambil masa lebih kurang 44 hari. Sebak juga untuk meninggalkan anak2, Syamimi, Radzlan dan Radzman. Walaubagaimanapun hanya Allah tempat memohon perlindungan dan sudah pasti Dia akan melindungi anak2 dan mereka yang ditinggalkan

Di Kelana Jaya, kami dibawa di satu dewan besar dimana semua jemaah KT 71 ditempatkan disitu. Didewan itu pihak Tabung Haji (TH) memberikan taklimat terakhir mereka mengenai penerbangan kali ini. Selepas taklimat, para jemaah mengambil kesempatan untuk menukar wang atau mengeluarkan wang dikaunter yg disediakan di dewan tersebut. Perut juga terasa lapar dan saya dan isteri mengambil kesempatan untuk sarapan pagi di cafe berdekatan dewan tersebut.

Kedengaran pengumuman dibuat oleh pihak TH untuk jemaah bersedia untuk perjalanan ke KLIA. Semua jemaah berbaris lalu menaiki bas2 yg disediakan untuk ke KLIA. Tidak pernah saya impikan bahawa rombongan yg terdiri dari beberapa buah bas didahului oleh polis trafik akan mengarah menghentikan semua kenderaaan dilaluan untuk ke KLIA. Perjalanan yg didahului oleh polis trafik ini mengambil masa hanya sekejap untuk sampai ke KLIA.

Di KLIA, semua jemaah sudahpun berkumpul dan bersedia untuk menaiki pesawat KT 71 yg akan membawa kita ke Jeddah. Saya dan isteri sempat bergambar di KLIA dan didalam pesawat.

Pengalaman Sebelum Haji 2008 / 1429 Hijrah

Kenangan ayah bersama Radzman semasa terlantar sakit di Hospital Besar Seremban


Gambar kenangan ayah dan emak semasa menghadiri perkahwinan anak Andak di Seremban








KURSUS HAJI 2008/1429 HIJRAH

Kursus pengajian bakal-bakal jemaaah Haji telah saya lalui bersama2 isteri di Masjid UKM disetiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu petang. Berdebar2 hati kerana ada jemaah yang telah mendapat tawaran yang mereka bakal menjadi tetamu Allah pada tahun ini, 2008/1429 Hijrah namun bagi saya dan isteri ia masih menjadi tanda tanya.

Selang beberapa waktu saya dan isteri dipanggil juga menghadiri kursus di ILIM, Bangi dan seterusnya Kursus Perdana Haji di Masjid Shah Alam. Dalam masa yg sama kami juga diminta menghadiri pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan kerajaan di Bandar Baru Bangi.

Pada masa yang sama beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri iaitu semasa bulan Ramadhan, penyakit batu karang saya berulang kembali dan pada malam Sabtu itu saya terpaksa dihantar oleh isteri ke KPJ Kajang untuk medapatkan rawatan. Ekoran dari itu saya berpendapat bahawa lebih baik menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu karang dengan segera lebih2 lagi sekiranya dapat mengerjakan Haji pada tahun ini. Masih segar ingatan saya, semasa saya berada di hospital, ayah juga dimasukkan dihospital Seremban kerana sakit.

Adik2 dan emak terpaksa bergilir2 menjaga ayah di hospital. Setelah beberapa hari tinggal dihospital dan alhamdulillah pembedahan mengeluarkan batu karang juga telah berjaya dilakukan oleh Dr Redzuan, saya ada menerima surat dari TH yg dimaklumkan oleh Syamimi. Semasa isteri datang untuk mengambil saya untuk "discharge" dari hospital, satu lagi insiden malang berlaku dimana dihadapan hospital KPJ Kajang, isteri saya telah melanggar seorang penunggang motosikal yang menyebabkan kereta Nissan yg dipandunya kemik bahagian depannya. Macam2 ujian Allah swt dan terpaksa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

Beberapa hari selepas keluar dari hospital, hari sabtu malam Ahad, saya akan mengambil giliran menjaga ayah disebelah malam di Hospital Seremban. Semasa bersamanya ada saya nyatakan bahawa saya dapat mengerjakan haji pada tahun ini. Pada raut wajahnya ayah gembira dan mengucapkan "Alhamdulillah".

Routine sebegini selalu dilakukan sehinggalah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Seremban pada 6 Oktober 2008. "Innalillahi wainnalillihirojiun".
Ayah ketika itu bersia 72 tahun. Moga Allah melimpahkan rahmatNya dan berada bersama2 orang yang beriman, Amin.

Apa yang tergambar dibenak fikiran saya adalah segala ujian yg saya alami seperti sakit, kemalangan, kematian ini adalah ujian dari Allah swt dan insyallah ada hikmah disebaliknya yang kita boleh jadikan ikhtibar hidup.

Kata orang dalam setiap kepahitan itu akan ada kemanisan. Salah satu kemanisan yg saya dan isteri alami adalah dijemput oleh Allah pada umur 46 tahun untuk menjadi tetamuNya pada musim Haji 2008 ini. Syukur Alhamdulillah

Wednesday, July 29, 2009

Ceramah Perdana











CERAMAH PERDANA SURAU AN NUR BERSAMA TGNA

My wife and I, attended the ceramah by TG Nik Aziz and TG Ustaz Harun Din in Surau AnNur in Bandar Baru Bangi on June 8, 2009. I managed to kiss the hand of both of the speakers. TG Ustaz Dato Dr Harun Din spoke about how the Surau AnNur was built by the contribution of the public and not a single cents from the authority.


TG Nik Aziz spoke about the "sedekah" and it is basically our "share" in the afterworld although now we are proud to have all the luxuries and pampered by all the "pangkat" etc that we have. Money is no longer important when we leave this world. Allah only sees the ibadah and good things that we do or contributr to human and Allah and the loves one, our Prophet Muhamad SAW.

The Old Georgian Boys




The 3 ex Georgians met again after 30 years


GEORGIAN !!!
I attended a seminar on "Crime Prevention" in Blue Wave Hotel Shah Alam from 23-2 June 2009. Surprizingly, by the help of Allah swt, I met my old school friens after 32 year i.e Hj Azizan (my senior) and Rais (my junior).

3 of us came from the same school, hostel, King George v School Seremban. Thank Allah it was an enjoyable moment. Hj Azizan is the Human Resource Manager in Nippon Paint and Raais also is working in one of the Japanese company in Shah Alam.

MEM's Family Day 2009



MEM FAMILY DAY 2009 - DESA WATER PARK !!!!!

On 25/07/2009, Saturday, our family went to the Desa Water Park for the MEM's Family Day 2009. It started at around 9.50 am and ended at around 2.00 pm.

It was an enjoyable event for us because we get together with all MEM staff and their families. Cheerful faces describe their feeling from the bottom of their heart.

Radzlan was not here during the event due to his commitments on his"Kompang" group where they performed at one of the wedding function at Putrajaya.

My wife, Hjh Salmi, my daugher, Syamimi and son Radzman really enjoyed the moment.

Desa Water Park
July 25, 2009