Monday, February 10, 2014

Bersama Sheikh Fadhil Al Jailani.....


Alhamdulillah...

 selepas forum yang bertajuk "Tasawuf Sebagai Benteng Cabaran Masakini" di surau Al Ikhlas sebentar tadi, berpeluang bersalaman dengan ulama tersohor Turki, Sheikh Muhamad Fadhil Al Jailani, cucu ke 25 Sheikh Abd Qadir Al Jailani ...

Surau Al Ikhlas,
Bandar Baru Bangi

Saat-saat Kematian Al Amash...


Sedutan dari kuliah maghrib oleh Us Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, di surau An Nur, BBBangi:-

Kisah ulama tersohor Sulaiman bin Mihran atau gelarannya Al 'Amash di saat kematiannya di mana kaum keluarganya menangisi saat-saat akhir. Melihat situasi itu beliau memanggil anak-anak disampingnya seraya berkata,

"Wahai anak-anakku yang dikasihi. Jangan engkau menangis mahupun khuatir akan ayahandamu ini. Jangan terlalu berdukacita dan hentikanlah tangismu kerana ayahmu ini selama 60 tahun lamanya tidak pernah sekalipun tertinggal daripada mengangkat takbir bersama-sama imam untuk solat berjemaah di masjid"

Kesimpulannya, beliau tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, beliau sentiasa solat di masjid, beliau solat pada waktunya dan sentiasa solat di saf yang pertama.

Moga bermenafaat kepada saya dan sahabat-sahabat sekelian. Wallahualam

Perbanyakkanlah salam dan selawat kepada jumjungan kita Nabi Muhamad saw... Moga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak... Ameen


Bandar Baru Bangi...


Kitab Petunjuk Tarikat Ke Jalan Akhirat


Sedutan kuliah maghrib oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani di Surau An Nur, BBBangi, 09/02/2014
...Keyakinan itu akan menjadi kukuh dengan beberapa sebab:-

1. Memberikan hatinya dan telinganya untuk mendengar ayat-ayat AlQuran dan hadis-hadis Nabi saw
2. Hendaklah dia melihat dengan pandangan penuh insaf tentang kerajaan langit dan bumi
3. Hendaklah dia mengamalkan sesuai dengan apa yang sudah dipercayainya baik lahir mahupun batin

....dari Kitab Petunjuk Tariqat Ke Jalan Akhirat

Moga saya, keluarga dan sahabat-sahabat mendapat menafaat dari nukilan ini... Ameen


Bandar Baru Bangi
9 Februari 2014, 9 Rabiulakhir 1435H

Friday, January 31, 2014

Down Memory Lane ..... Hitachi Consumer Products (M) Sdn.Bhd and Chiba Training Centre AOTS training



ADAB-ADAB TERHADAP RASULULLAH SAW


ADAB-ADAB TERHADAP RASULULLAH saw

1. Sanjungilah Rasulullah saw setinggi-tingginya (Surah An Nur, 63)
2. Suara kita tidak boleh lebih tinggi dari suara Baginda terutamanya apabila 
    kita berada di masjid Nabawi (Surah Al Hujarat, 2)
3. Elakkan dari menyinggung Rasulullah saw (Surah Al Ahzab, 57)
4. Sayangi Rasulullah saw dengan sepenuh hati
5. Syafaat Rasulullah saw
6. Hidupkan sunnah Rasulullah saw
7. Sambung perjuangan Nabi saw
8. Banyakkan berselawat kepada Baginda

Intipati Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Raihan Abd Aziz di Surau Al Kauthar pada 29/01/14

27 Rabiulawal 1435H
Bandar Baru Bangi

Surah Al-'Anbyā (Nabi-nabi), ayat 32 -


Surah Al-'Anbyā (Nabi-nabi), ayat 32 - 

"Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya."

Bermulanya Kuliah Agama Bulanan ....


Alhamdulillah... 

bermulalah kuliah agama bulanan di SAINS dengan kuliah pertama bertajuk "Kecintaan kita kepada Rasulullah saw" bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Yusri Mazlan dari Pejabat Mufti N.Sembilan. Moga ini akan menjadi lembaran baru bagi kakitangan agar mencintai majlis2 ilmu.... Ameen

Bandar Baru Bangi,
28 Rabiulawal 1435H
30 Januari 2014