Friday, September 11, 2009

Sone's Farewell


SONE's FAREWELL

Farewell untuk boss saya, Mr Sone telah diadakan pada 14 Ogos 2009 bertempat di Hotel Holiday Inn, Glenmarie Shah Alam.

Mr Sone ni masih muda lagi dan terpaksa balik ke Jepun selepas berkhidmat di Malaysian Electronics Materials Sdn Bhd (MEM), syarikat tempat saya bekerja selama hanya 1.5 tahun sahaja.

Farewell kali ini telah dibuat oleh saudara Hafizul dari MIS.

Kepada Mr Sone, "Wish You All The Best"

Wednesday, September 9, 2009

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Rakan2 Bilik Di Madinah (10)













































































RAKAN2 SEBILIK DIMADINAH DAN PULANG KEMALAYSIA

Teringat lagi rakan2 sebilik di Madinah, yg masih saya ingat Dr Hj Zulkarnain, Hj Amran, Haji Isa, Haji (lupa namanya) dan bapa Dr Hj Zul, Haji Zainol.
Mereka mempunyai pelbagai ragam yg kadang kala tersenyum simpul bila dikenang2. Dr Hj Zul selalu kehilangan bapanya....Hj Isa selalunya tidak berbaju walaupun air-cond dah ditahap maksimum sejuk, selalu saja secara diam2 saya putarkan suis suhu aircond tu ditahap yg lebih panas.
Manakala Hj Amran suaminya Dr Norlela selalunya yg awal ke masjid dan awal ke Raudah lebih kurang jam 2.00 pagi dan diikuti oleh saya. Saya selalu ke raudah jam 2 atau 3.00 pagi kerana diwaktu itu tidak ramai orang di Raudah.

Haji yg namanya saya lupa pula selalu bergurau dengan Hj Isa...kadang2 terkenangkan cucu, katanya.
Kadang2 amat melucukan apabila dikenangkan suasana membeli belah disaat akhir yg mana masing2 membeli belah untuk dijadikan buah tangan apabila kembali ke Malaysia.
Saya tidak lupa membeli jus oren yg dipesan oleh anak2 kerana rasanya memang sedap.

Setelah lebihkurang 10 hari berada di Madinah, hati sayu bercampur gembira kerana jemaah semua akan meninggalkan Madinah untuk kembali ke Malaysia. Rombongan pertama telah berangkat lebih awal dan mereka dari Madinah terus ke KLIA.

Bagi rombongan saya, kami terpaksa ke Jeddah dan bermalam disana semalam dan selepas itu ke KLIA. saya masih ingat kali kedua isteri bermasam muka dengan saya kerana tidak membelikannya makanan kerana beliau lapar semasa perjalanan. Mungkin salah saya lagi kali ini.

Perjalanan dari Madinah ke Jeddah mengambil masa yg lama kerana memang diketahui pemandu bas yg selalunya berkhidmat semasa musim Haji bukanlah orang Arab tetapi mereka dari Yaman dan dari negara2 Arab yg lain...akhirnya bas kami sesat hampir satu jam.

Syukur Alhamdulillah sampai juga akhirnya di tempat penginapan di Jeddah. Isteri masih bermasam muka tetapi akhir kembali pulih keesokkan harinya.

Semasa di airport, semua jemaah dihadiahkan sebuah Al-Quran yg agak besar saiznya dan hari ini saya gunakan untuk belajar membaca Al-Quran (tajwid) bersama isteri.

Di KLIA, ramai yg datang menyambut termasuk ahli keluarga sebelah emak mertua, emak, atuk, Pak Ngah, GG dan adik ipar Birin juga anak2 Syamimi, Radzlan dan Radzman.

Begitulah pengalaman yg saya paparkan sebanyak 10 siri untuk kenangan, tatapan, pembelajaran dan ikhtibar kepada diri saya dan keluarga juga untuk bakal2 Haji.

Semoga sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan serta bekalan agar mendapat Haji yg mabrur. Insyallah..Amin ya rabal alamin.
Saya ada paparkan beberapa gambar kenangan sahabat2 bilik saya di Madinah.
Akhir kata saya ingin melahirkan rasa syukur saya dan isteri kepada Allah swt kerana kesempatan yg diberikanNya untuk menjemput saya dan isteri sebagai salah seorang dari tetamuNya pada tahun 2008. Semoga segala ibadah yg dikerjakan diterima olehMu, Ya Allah.
Kepada Mitra Kembara khususnya Ustaz Halim Abdullah dan saudara Z, hanya Allah saja dapat membalas budi, tunjuk ajar, ilmu serta masalah2 yg kami hadapi di Tanah Suci moga Allah berikan kekuatan, kesihatan yg baik dan kesabaran agar dapat membantu jemaah2 yg bakal hadir lagi di Tanah Suci Mekah.

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Madinah (9)



















































































































AKTIVITI2 DI MADINAH AL MUNAWARAH
Saya tak berapa ingat tarikh yg jemaah Mitra Kembara berangkat ke Madinah.
Walaubagaimanapun, saya masih ingat perjalanan dari Mekah ke Madinah bemula dari malam hari dan selamat tiba di Madinah Al Munawarah pada pagi sebelum waktu Subuh.

Kota Madinah teramat sedikit berbeza kerana mulai terasa kedinginan pagi dan hotel kami tersergam indah betul2 dibelakang kawasan Masjid Nabawi. Terdapat sedikit kesilapan teknikal kerana sepatutnya kami menginap di Hotel Movenpick. Rezeki masing2 dan hotel tempat kami menginap berada diatas kompleks beli belah Bin Dawood.

Sepanjang di Madinah, perkara yg mencuit hati kecil ini adalah setiap waktu terpaksa menaiki anak tangga ke tingkat 6, bilik kami dan menaiki 2 tingkat lagi ditingkat 8 untuk kedewan makan dan tempat kuliah agama. Ini memandangkan kerana semua lif dipenuhi oleh jemaah Indonesia yg sudah awal2 beratur.
Cuaca di Madinah adalah sejuk dimana saya terpaksa mengenakan 2 lapis baju apabila ada lawatan dan saya jangkakan suhunya adalah lebihkurang 14 - 16 darjah Celsius dan lebih sejuk lagi kadang2 apabila angin sepoi2 bertiup.

Di Madinah, akktiviti2 yg disediakan adalah untuk dapat bersolat berjemaah 40 waktu (Alhamdulillah terlaksana), setiap pagi ke Masjid Quba utk solat sunat 2 rakaat, kuliah2 oleh Ustaz Halim hampir setiap hari, siri2 lawatan ke Bukit Uhud, Masjid 7, tempat2 bersejarah, melawat masjid2 sekitar Madinah, perkuburan Baqi, kawasan perkelahan orang2 Arab, kawasan magnet, membeli belah di pasar kurma, melawat ladang kurma dan banyak lagi siri2 lawatan yg kadang2 saya tidak ikut serta.

Itulah kelebihan mengikuti rombongan Ustaz Halim

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Mekah (8)





















































































AKTIVITI DIMEKAH SELEPAS HAJI
Setelah melakukan ibadah melontar Jamrah Wusta, Ula dan Aqabah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan selesai bercukur, para jemaah kembali ke Mekah. Masih saya ingat semasa menaiki bas, saya tidak dapat menghubungi isteri saya dan saya telahpun menaiki bas. Ujian kali ini berlaku lagi kerana berlaku perselisihan faham diantara saya dan isteri yg menyatakan saya tidak mencari dan menyediakan ruang didalam bas tempatnya. Saya akur dan diam saja diatas kesalahan saya namun perjalanan kami selamat sampai di kota mekah dalam masa lebih kurang 1 jam sahaja yg mana kita menjangkakan 2 - 3 jam yg biasanya berlaku.
Syukur alhamdulillah tiba di hotel, saya lihat isteri, Hajjah Salmi bermata merah akibat mungkin menangis atas sebab kesalahan saya tadi. Walaubagaimanapun kami berbaik semula selepas itu.

Di Mekah, memandangkan jemaah terlalu ramai dan padat, saya masih belum mengerjakan tawaf Haji lebih2 lagi isteri saya yg uzur. Kalau tidak silap saya, pada hari ke2 atau ke3, saya kuatkan semangat untuk tawaf dan saya mengambil keputusan mengerjakan Tawaf Haji di Tingkat 1 bersama jemaah yg lain.

Selepas Asar, saya memulakan tawaf yg dibuat satu demi satu pusingan dan terpaksa berhenti untuk solat Maghrib dan Isyak. Sewaktu solat maghrib kerana memandangkan jemaah terlalu padat, saya hanya dapat solat dilautan manusia dengan hanya berdiri dan saya tidak dapat sujud dengan cara yg biasa memandangkan tiada ruang untuk membongkokkan badan ke lantai. Sujudlah saya dibelakang badan jemaah yg lain.

Setelah selesai solat Isyak saya meneruskan pusingan hinggalah pusingan yg ke7 dan diikuti dengan Saie.

Itulah pengalaman dan cabaran yg amat besar saya hadapi semasa mengerjakan Haji. Selang beberapa hari kemudian isteri saya pula mengerjakan Tawaf Haji beliau dan alhamdulillah berjalan lancar.

Selepas selamat bergelar Haji dan Hajjah, Ustaz Halim melakukan beberapa aktiviti seperti kuliah2 yg berterusan setiap malam, menyediakan bas utk mereka yg hendak melakulkan ibadah umrah, lawatan ke pasar kopiah, lawatan ke Kg Melayu di Mekah. Semasa lawatan ini saya tidak dapat lupakan ini merupakan kali kedua saya melawat kerumah "Pak Cik" (lupa namanya) dan jemaah2 mungkin tidak akan lupa kari kambing yg disediakan amat sedap dan menyelerakan.

Aktiviti umrah saya lakukan bersama isteri saya disebelah awal pagi bermula lebihkurang jam 4.00 pagi, berjalan kaki ke stesen bas, membeli tiket yang harganya 2 Rial pergi dan 2 Rial balik, solat dan berniat umrah di Masjid Tanaem, solat subuh di Masjidil Haram dan pada kebiasaannya selepas solat subuh lebihkurang jam 8.00 pagi selesailah umrah kami.

Dalam masa yg sama cenderahati2 juga tidak dilupakan untuk dihadiahkan kepada mereka yg ditinggalkan. Selalunya shopping di kaki2 lima disekitar Mekah dan di kawasan beli belah di Bin Dawood.

Sekiranya terasa ingin merasa makanan Malaysia, saya dan isteri akan ke Restoran D'Saji, berdekatan Masjidil Haram untuk menikmati nasi goreng, nasi lemak, roti canai atau makan2 Malaysia yg lain.

Disamping itu aktiviti lawatan yg lain adalah lawatan ke mendaki ke Gua Hira, mendaki ke Jabal Tsur (saya tidak pergi), melawat ke Muzium Mekah, lawatan ke Kilang Membuat Al-Quran, melawat ke Hudaibiyah, melawat ke ladang unta, menziarahi kubur isteri2 Nabi, Saidina Khadijah dan beberapa orang lagi dan melawat ke Jeddah.

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Mina Dan Melontar (7)























































KENANGAN MINA DAN IBADAH MELONTAR
Bumi Mina menantikan jemaah Mitra Kembara serami lebihkuran 130 orang. DiMina kami ditempatkan disatu khemah yg besar tetapi terpaksa berhimpit2 dan apabila tidur kepala bertemu kepala, bahu bertemu bahu dan dalam serba kekurangan walaupun itulah yg terbaik.

Di setiap maktab, tandas yg menempatkan jemaah ada lebihkurang 20 tandas untuk lelaki yg akan digunakan oleh lebihkurang 1,000 ke 2,000 orang jemaah. Beratur untuk menggunakan tandas pada lewat2 malam, pertengkaran mulut antara jemaah, yg tua tidak dapat menahan utk kencing kencing ditepi2 khemah, jemaah yg menunggu diluar tandas mengetuk2 pintu tandas dgn kuat adalah scenario biasa apabila tahap kesabaran tidak tergapai oleh individu2 diatas ujian Allah ini. maka cabaran2 ini akan dilalui oleh bakal2 Haji sekelian.

DiMina, jemaah akan melakukan ibadah Melontar Jamrah pada 10 hb, 11hb, 12hb dan 13hb mengikut tertib dan bergunting.

DiMina juga Ustaz Halim menyampaikan kuliahnya setiap lepas Maghrib dan menjalan Qiyamulai pada sebelah malamnya.

Akan tetapi di Mina saya diduga ole Allah swt apabila pada satu malam sedang saya tidur, tiba2 badan menjadi sejuk yg teramat sangat yg menyebabkan selimut hotel yg tebal yg menyelimuti badan saya tidak terasa akan kepanasannya. Jemaah yg lain sedang tidur tetapi gigi atas dan bawah saya mula bergetar dan berlaga kerana kesejukan tadi. Perlahan2 saya ambil ubat didalam beg dan memakannya namun ujian Allah amat kuat kerana ubat tersebut tidak meredakan kesejukan yg saya alami. Dalam berselimut itu saya berdoa kepada Allah, sembuhkan aku dari keadaan ini maka beberapa lama kemudian badan saya mulai normal dan dapat melelapkan mata tetapi badan berasa macam demam. Pada malamnya Ustaz Halim mengerjakan Qiyamulai yg tak dapat satya ikuti bersama beliau kerana demam tersebut.

Kepentingan dan sejarah Mina dan sejarah mengapa bercukur lebih baik diceritakan oleh Ustaz Halim dalam kuliahnya. Saya lampirkan kuliah beliau yg beliau tuliskan dalam blog beliau untuk bahan bacaan sahabat2 sekelian,

Mina meninggal seribu pengajaran
Posted on Disember 13, 2008 by Ustaz Halim
Kelmarin jemaah Haji di Mekah meninggalkan Mina setelah bermalam di sana selama 3 malam. Berada di bumi Mina selama beberapa hari tersebut mengingat bahkan membakar semangat juang seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Mina tempat berputiknya Islam di Madinah dan anak tangga pertama berlakunya Hijrah. Mina tempat pengorbanan dibuktikan oleh Nabi Ibrahim as dan keluarganya, serta Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Sekiranya 3 juta jemaah Haji seluruh dunia benar-benar mengamati bumi Mina sepanjang mereka bermalam di sana, sudah tentu Mina boleh membakar semangat juang mereka dan memberi kesan besar terhadap masyarakat disekeliling apabila mereka kembali kepada mereka. “Kenapa tidak keluar setiap golongan dari mereka satu kumpulan untuk mempelajari Agama, dan memberi amaran kepada masyarakat apabila mereka kembali kepada mereka” (At-Taubah).
1- Ketika Dakwah di Mekah membeku, Nabi saw cuba di Taif tetapi gagal dan Allah swt memberi semangat kepadanya diperistiwa Israk Mikraj, Mina menjadi pilihan Nabi saw untuk berdakwah. Ia tempat kabilah-kabilah berkumpul semasa Haji.
2- Nabi saw tidak berputus asa dan masuk ke setiap khemah, walaupun kesemua khemah menolak Islam yang Baginda saw bentangkan! Mereka berkata, “Kalaulah orang ni ditolak oleh kaumnya sendiri, tak kan kita pula nak menerima dia”! Sayang, penolakan mereka mengakibatkan kampung mereka dilupai umat Islam hari ini, berbeza dengan Madinah! Ketika Rasulullah saw berada dalam khemah mereka, mereka punya beberapa minit untuk membuat keputusan bersejarah yang besar. Mereka gagal membuat keputusan yang betul, keputusan yang mengangkat mertabat keturunan dan bandar mereka sendiri. Amat malang jika kita hari ini juga seperti sedemikian. Buatlah keputusan yang betul untuk bersama qafilah (rombongan) Dakwah Islam yang sahih, demi masadepan kita sendiri dan anak cucu cicit kita. Mereka yang menangguh untuk bersama, maka ketahuilah bahawa qafilah Dakwah akan meneruskan perjalanannya tanpa menunggu sesiapa.
3- Di sempadan Mina, setelah puas bertemu setiap kabilah di setiap khemah, apabila lalu di Aqabah, Nabi saw nampak 6 orang dari Yathrib (Madinah) sedang bercukur kepala. Baginda saw masih tidak berputus asa, pergi mendekati mereka dan mengemukakan Islam untuk dibawa ke kampung mereka. Rupanya mereka pernah mendengar akan datang Nabi Terakhir dari kaum Yahudi Yathrib, lalu mereka memeluk Islam. Di sini bermula putik Islam di Madinah! Moga Allah swt terus memberkati bumi Mina dan membakar semangat juang setiap mukmin yang bermalam di situ pada Hari-hari Tasyriq. Demikian juga pengajaran kepada para Duat sepanjang zaman, dimana pertolongan Allah sering datang dipenghujung usaha-usaha yang dibuat tanpa jemu dan putus asa. Lihat juga bagaimana Allah swt mendatangkan air Zamzam dipenghujung usaha Hajar mencarinya, Allah swt mendatangkan ribut kencang dipenghujung kesabaran dan usaha para Sahabar ra ketika Perang Khandaq.
4- Pada Musim Haji berikutnya, Mina menjadi tempat Bai’ah (Perjanjian) Aqabah I antara Rasulullah saw dengan 12 wakil umat Islam Madinah. Ia adalah perjanjian memperkasakan Tarbiyah Islamiyah sebagai asas gerakan dan Daulah Islam, menubuhkan Kementerian Pendidikan di Madinah dengan menteri pertamanya, Mus’ab bin Umair, dari Mekah, dihantar ke Madinah untuk terus hidup bersama mereka sehingga hari syahidnya di Perang Uhud.
5- Pada Musim Haji tahun selepas itu pula, Mina sekali lagi menjadi tempat Bai’ah Aqabah II diantara Rasulullah saw dengan 75 wakil umat Islam Madinah. Ia adalah perjanjian memperkasakan Jihad Islami, mengasaskan kedaulatan sebuah negara dan menubuhkan Kementerian Pertahanan di Madinah. Hanya dengan terjaminnya Kedaulatan di Madinah, baru Nabi saw bersedia berhijrah ke sana. Sebaik termeterinya Bai’ah Aqabah II, jemaah Haji bersurai dan pulang ke negeri masing-masing, Allah swt dan Rasulullah saw mewajibkan kaum muslimin di Mekah berhijrah ke Madinah, meninggalkan segala hartanah, aset, sanak saudara, kampung halaman dan kenangan turun temurun. Ianya adalah satu arahan yang besar untuk dilaksanakan. Tanpa Iman, keyakinan dan cita-cita tinggi untuk melihat Agama ini menang di dunia mengatasi Kuasa-kuasa Besar Dunia, sudah tentu tarikan harta dan nafsu dunia boleh mengatasi Perjuangan.
6- Di Bai’ah Aqabah II, para 75 Sahabat ra Madinah bersedia melawan Kuasa-kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jika mereka cuba menceroboh dan mencari Rasulullah saw. Mereka termasuk 2 Sahabat wanita, Nusaibah binti Kaab dan Asmak binti Amru! Bandingkan semangat kedua-dua wanita ini dengan mana-mana askar lelaki kita zaman kini jika diajak melawan Amerika!
7- Khuatir jika komisyen atau pulangan hasil dari perjanjian mereka dengan Rasulullah saw nanti tak seberapa, mereka bertanya tentang apakah balasan untuk mereka. Nabi saw menjawab, “Kamu mendapat Syurga”. Mendengar “Syurga”, mereka tidak berlengah, sebaliknya terus menghulur tangan untuk bersalam dan memeteri perjanjian dengan Nabi saw. Alangkah besarnya “Syurga” di hati mereka berbanding dengan komisyen dari dunia yang fana ini. Perjuangan Duat hari ini tidak akan kemana jika dunia dan perhiasannya masih bertahta, banyak atau sedikit, di hati dan jiwa mereka.
Dari Mina, berlaku Hijrah ke Madinah. Dari Madinah, tersebarnya cahaya Islam ke serata pelusuk Semenanjung Arab dan dunia. Jasa dan pengajaran Mina akan tetap teguh di dalam hati dan jiwa para Duat. Setiap butir pepasir dan batu di Mina akan terus menjadi saksi kisah-kisah lalu yang membakar semangat juang Duat hari ini. Moga bertemu lagi dengan Mina di tahun-tahun hadapan. Ameen.
Ustaz Halim
www.inijalanku.wordpress.com
Wasallam