Thursday, July 29, 2010

A CHINESE LADY REVERTED TO ISLAM

Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya tidak menulis dalam blog ini memandangkan kesibukan, masa yang terhad dan tiada kelapangan malah tiada artikel yang sesuai untuk dinukilkan sebagai secakir coretan diblog ini untuk dijadikan santapan iman dan taqwa.

Ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Abd Halim Abdullah didalam blognya mengenai seorang wanita Cina yang dibukakan pintu hatinya oleh Allah swt untuk memeluk agama Islam.

Bacalah secebis kisah benar ini dan ambillah ikhtibar darinya untk mempertingkatkan iman dan taqwa kita agar kita beroleh kasih sayang Allah dan mendapat rahmatNya didunia dan akhirat.

A Chinese lady reverted to Islam
Posted on 20 Julai 2010 by Ustaz Halim

A Chinese lady , working as a personal assistant, was in coma for almost 4 weeks. Due to infection to her heart. She nearly did not make it.
Last wednesday she was off the sedition and can open her eyes but when she try to talk no one could understand her. The office staff who attended to her have to use the Alphabet tablet to make senses of what she is saying. From her face impression, she appears frustrated. After some duration of trying to figure out what she was trying to say, the office HR staff, a Hindu finally understood her. She said ” I want to be a Muslim”. The Office HR staff could not believe what she just said and mentioned that she will ask some one from the office to see her later. She resented and said. “NOW”. and keep repeating “NOW” and ask for her Boss to be called immediately. The HR did and the Boss came soon later. She repeated her request and her Boss confirm and said that he will arrange immediately.

On Thursday morning, she did not speak at all. Dont want to speak to anyone. So the HR ask her if she still want to continue with he plans. Only then she said yes.
Once the Jawi officer came to her bedside in the ICU and converted her, according the the HR, her face beam with delight, and she was so happy that she could not stop taking, to the suprise of all.
She is now recovering in Damansara Specialist.
Any one want to send any books on Islam or tudung etc or just cards can send to my office.
8.02, Block B Phileo Damansara , No 9 Jalan 16/11 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Allah is Great.

Jazakallah khairan khatira Ustaz Halim kerana menceritakan kisah ini dlam blog Ustaz agar dapat saya dan sahabat2 menikmatinya sebagai pengisian ilmu dan pengetahuan.

Hj Rose Ady Hj Ramli, Bandar Baru Bangi

Sunday, July 4, 2010

X HRD Hitachi Consumer Products (M) Sdn Bhd. Reunion


Seperti yang dijanjikan hari ni jam 2.30 petang, 03/07/2010, saya telah sampai di lobby Bangi Golf Resort. Saya lihat Che Ma dan anaknya sudah tiba awal daripada saya.

Rizal muncul pula dan diikuti dengan Jit dan lain-lain. Kami pun duduk di satu meja sambil menunngu kehadiran yang lain-lain. Dan akhirnya datang Yati, Ita dengan sebuah kek promosi katanya, Mai bersama anak beliau disamping itu Lina, Zaharani dan Helmi.

Perbualan berkisar mengenai rakan-rakan yang lain yang tidak hadir seperti Wan, Surani, Zah dan yang lain-lain.

Pada mulanya mengikut perancangannya, kita pakat-pakat kongsi bayar tetapi Jit telah bermurah hati untuk membayar untuk semua.

Thanks Jit...

Perbualan dan perjumpaan berakhir lebihkurang jam 5.00 petang.

Thank you to all dan semoga perjumpaan ini akan diadakan lagi in future and to the organizer Ita and the rest also...thanks a lot

Bangi Golf Resort
3 Julai 2010

Thursday, July 1, 2010

P14-C-07-05 SRI IXORA APARTMENT







Hari ni kami menerima kunci apartment yang dibeli oleh isteri, Hajjah Salmi di Taman Sepakat Indah 2. Perasaan seronok dalam hati saya kerana alhamdulillah diberikan rezeki olehNya.
Setelah mendapat kunci kami pun ke apartment tersebut ditingkat 7. Pertamnya kami ingin melihat pemandangan dari verandah dan pintu hadapan. OK..cantik kata hati saya...alhamdulillah

Samada nak duduk atau tidak...belum difikirkan...mungkin sewa ?...homestay?...atau biarkan untuk kami sekeluarga tinggal dihujung minggu.

Sekali lagi syukur nikmat Allah swt. Amin.

Bandar Baru Bangi
1 Julai 2010

Monday, June 28, 2010

PERJALANAN BALIK DARI UiTM SEGAMAT – 26/06/2010


Lebih kurang jam 12.30 petang, kami meninggalkan UiTM Segamat dan kami mengambil laluan ke Tangkak, Tol Tangkak dan terus ke Tol Bangi.

Perjalanan kali ini dalam laluan ladang kelapa sawit dan sampai ke Bandar Tangkak.
Dari kolej Syamimi ke Tangkak lebihkurang 44 km sahaja. Perjalanan tersebut tidak dapat speeding memandangkan jalan yang sempit dan banyak kenderaan yang bawa slow.

Kami singgah disebuah gerai makan untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan untuk ke Tol Tangkak. Pada anggran saya Bandar Tangkak ke tol hanya beberapa kilometer sahaja.

Setelah melalui tol Tangkak...terus saja ke Bangi tetapi macam biasa...dikawasan Pedas, mata mula buat hal...ngantoook...perjalanan diteruskan dan berhenti sebentar di perhentian lepas tol Seremban untuk membasuh muka dan perjalanan diteruskan dan selamat sampai di depan rumah tepat jam 3.30 petang dan meter perjalanan tertera angka 179.1 km dan semasa perjalanan pergi semalam, jauhnya 175 km sahaja...Syukur Alhamdulillah, Allah selamatkan perjalanan kami sekeluarga dan semua urusan.

Kesimpulannya.....sekiranya ke UiTM Segamat ,insyallah kami akan mengikuti lebuhraya PLUS dari Tol Bangi ke Tol Tangkak kerana perjalanan ini lebih selamat dan cepat.

HARI PENDAFTARAN SYAMIMI DI UiTM, SEGAMAT, JOHOR – 26/06/2010







Semua telah bangun awal dan lebihkurang jam 7.10 pagi, kami sekeluarga telah berangkat menuju ke UiTM dan dalam perjalanan, kami singgah di gerai makan berdekatan dengan laluan keretapi.

Rupanya ramai penginap hotel yang breakfast disini. Setelah breakfast yang ringkas kerana saya tahu anak2 saya hanya akan makan breakfast betul2 dalam jam 10.00 pagi, kami menuju ke UiTM dan kami lihat banyak kenderaan menuju ke sana..maklumlah untuk menghantar pelajar2 baru.

Dalam perjalanan ada juga Syamimi berkata...”Tempat ni memang betul dalam hutan”. ”Eloklah tu sebab boleh belajar ditempat yang tenang” jawab saya.

Setibanya di pintu masuk kenderaan dibahagikan kepada 2 lorong...dan sesampai di Balai Pengawal, petugas bertanyakan pelajar lelaki atau wanita lalu beliau memberikan slip kediaman kolej dan Syamimi akan ke Kolej Kediaman Sang Buana.
Kita boleh dapati ramai ahli2 keluarga bersama-sama menghantar anak-anak mereka untuk mendaftar.

Dikolej tersebut, pendaftaran untuk kediaman bermula dan ia mengambil masa yang amat singkat. Tahniah kepada petugas2 yang berkhidmat pada pagi itu dan Syamaimi telah ditempatkan di Bilik 321C....aduuus..tingkat 3. Mengah juga saya membawa beg besar yang saya jangkakan beratnya lebihkurang 3 kilo.

Setelah selesai menempatkan barang2 dan beliau berkenalan dengan room mate nya yang juga dari Selangor...dari Desa Pinggiran Putra, kami pulang kembali ke hotel tetapi kami sempat untuk melihat kampus...luas dan saya kira menarik.

Kami check out dari hotel jam lebihkurang 11.45 tengahari dan terus menghantar Syamimi ke kolejnya.

Semasa meninggalkan beliau....saya bergurau dengannya, ”Tak nangis ke...?” tiba2 Syamimi menitikkkan airmatanya begitu juga ibunya....tak sangka gurauan saya menyebabkabkan beliau sebak. Memang saya akui kita 5 beranak tak pernak berpisah tetapi pada hari ini bermulah satu episod yang baru bagi keluarga kami.

Walau bagaimanapun..tahniah Syamimi, terasa macam tidak percaya masa berlalu begitu pantas dimana 18 tahun lalu Syamimi dilahirkan dan sekarang beliau akan berjauhan dengan keluarga.....tetapi tak apa asal beliau mahu belajar....ada yang lebih jauh, keluar negara????

Kami sekeluarga mendoakan Syamimi agar tekun belajar dan belajar dengan cemerlang, rajin solat dan mengingatNya, sihat sentiasa, dapat ilmu yang bermenafaat dan bersyukurlah kerana semua ini adalah anugaerah dari Allah swt dan RasulNya.

PERJALANAN KE SEGAMAT JOHOR – 25/06/2010














Pada 25/06/2010, Jumaat, kami sekeluarga memulakan perjalanan dari rumah lebihkurang jam 9.15 pagi tetapi terpaksa kembali kerumah kerana terlupa bawa ubat saya. Dalam 9.30 pagi kami berangkat ke Segamat.

Perjalanan melalui lebuhraya dari Tol Bangi dan masuk ke Tol Simpang Ampat kerana hendak cuba perjalanan melalui Tampin, Gemencheh, Gemas dan terus ke Segamat. Mula saja perjalanan melalui jalan biasa, mula pula jumpa kereta yang dalam kategori ”lembab”. Dalam hati saya, ”Ini yang boring ni...” tapi kerana ramai yang menasihatkan untuk mengikut perjalanan melalui Tampin kerana lebih dekat, saya try juga le untuk tidak mengeciwakan mereka yang memberikan nasihat.

Sampai di Gemencheh, perut mula buat hal...apa lagi kita breakfast disebuah restoran yang sedap juga nasi lemaknya.

Meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke Segamat dan setelah sampai saya sekeluarga terus melihat kampus UiTM dahulu. Perjalanan menuju ke UiTM tersebut kami melihat kehijauan yang amat banyak kerana dikelilingi oleh ladang sawit.

Setelah sampai kami pun terus menuju ke Bandar Segamat dan menuju ke Hotel VIP dan kami sampai lebih kurang jam 12.45 tengahari. Saya kira perjalanannya mengambil masa selama 2.5 jam sahaja.

Bandar Segamat, bandar yang agak kecil dan kami ronda-ronda untuk makan tengahari lebihkurang jam 3.00 petang dan shopping di bandar Segamat.

Sebelah malamnya keluar makan dan sesampainya di Hotel ada pula skrin besar di Coffe House dan apa lagi kami dapat menonton World Cup diantara Brazil dan Portugal.