Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 9, 2011
KEBESARAN ALLAH swt
KEBESARAN ALLAH swt
Assalamualaikum wbt
Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt
1. Pertama-tamanya marilah kita memuji Allah swt yang Maha Besar yang
tiada kurang sifat baginya. Perbanyakkanlah selawat dan salam kepada
junjungan kita Nabi Muhammad saw yang disifatkan oleh Allah swt
merupakan sebaik2 utusan Allah, diturunkan kepada baginda serta sebaik2
syariat dan ajaran.
2. Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah
swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana frman Allah swt iaitu
nikmat Iman dan Islam
3. Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia
dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali
Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada
diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.
4. Pertamanya kita panjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi diatas rezekinya
yang tidak pernah putus-putus kepada kita.
Saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai kuliah subuh di Surau AnNur, 06/08/2011 , Bandar Baru Bangi bersama Ustaz Jamnul Azhar.
Sahabat-sahabat boleh melayari youtube dan bolehlah menonton beberapa kuliah beliau di beberapa surau dan masjid di negara kita. Beliau merupakan seorang doktor perubatan yang sangat aktif dalam parti politik dan pertubuhan sukarela terutamanya dalam misi bantuan ke Gaza , Palestine .
Malah pemergiannya ke Gaza membuatkan beliau mengenali dengan rapat personaliti angkasawan negara iaitu Sheikh Muzafar sehinggakan untuk mendapatkan nama anaknya yang baru dilahirkan oleh isteri beliau juga, beliau bertanyakan pendapat dari Ustaz Dr Jamnul Azhar.
Kuliah subuh beliau adalah berkenaan dengan tajuk “Kedatangan Dajjal” tetapi beliau telah menyelitkan satu cerita yang ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat agar dengan cerita ini akan bertambahnya tingkat iman kita kepada sang penciptanya iaitu Allah swt
Justeru itu, disebabkan beliau rapat dengan Sheikh Muzafar maka pada suatu ketikanya beliau telah bertanyakan satu soalan peribadi kepada angkasawan kita itu yang tidak dimaklumkan kepada orangramai (tidak pasti persoalan ini telah dimaklumkan kepada umum).
Soalan Ustaz Jamnul adalah, ada ataupun tidak terdapatnya perkara-perkara yang pelik atau menakjubkan apabila beliau dalam perjalanan keangkasa lepas.
Angkasawan kita itu telah menyatakan 2 perkara yang beliau berasa amat hairan tetapi ini semua adalah menunjukkan kepada kita kekuasaan Allah swt dan ia berikan petunjuk ini kepada orang yang mulia seperti Sheikh Muzafar.
Perkara yang pertama adalah apabila hari terakhir beliau didalam kapal angkasa beliau telah mendengar suara azan malah azan tersebut didengari juga oleh angkasawan-angkasawan yang lain yang berada didalam kapal angkasa itu yang bersama-sama beliau ketika itu. Apa yang menariknya adalah suara azan itu seakan-akan sama dengan azan yang berkumandang di Masjid alNabawi di Madinah….
SubhanAllah….
Dan perkara kedua yang menjadikan Allah itu maha kuasa adalah mengenai struktur angkasa lepas dimana sekiranya mana-mana kapal angkasa ingin keluar dari ruang angkasa bumi dan menuju kepada ruang angkasa yang tidak mempunyai graviti, (tidak berapa faham mengenai fakta sains ini) roket atau kapal angkasa itu boleh keluar dari mana-mana tempat dari muka bumi ini. Contohnya kapal atau roket angkasa boleh keluar dari ruang udara Asia , Eropah atau mana-mana ruang angkasa untuk menuju ke ruang udara yang tiada bergraviti.
Walaubagaimanapun untuk masuk semula keruang udara bumi ini hanya ada satu lorong ruang udara sahaja yang boleh dimasuki dan lebarnya ruang itu adalah 2 km yang mana ia akan hanya boleh masuk keruang udara yang menuju terus diatas masjid AlAqsa di Palestine….
SubhanAllah….
Sekiranya pada masa yang ditetapkan kapal angkasa itu tidak memasuki ruang selebar 2 km itu pada masa yang sesuai, ia akan mengambil masa 12 jam lagi untuk dapat peluang tersebut. Dan sekiranya ia ingin memasuki dari ruang angkasa yang lain, selain dari yang menuju terus ke Masjid Al Aqsa, pasti ia tidak akan dapat masuk keruang bumi ini.
Inilah apa yang diperkatakan oleh Ustaz Jamnul Azhar mengenai perkara-perkara pelik yang disampaikan kepada beliau oleh angkasawan Negara itu kepadanya.
Wallahualam
Semoga dengan nukilan diatas membolehkan kita meningkatkan iman dan taqwa kita terhadapNya.
Amin
HJ ROSE ADY HJ RAMLI
BANDAR BARU BANGI
8 Syawal 1432 H
Monday, August 8, 2011
Sunday, July 31, 2011
Ahlan Wa sahlan Ya Ramadan 1432 hijrah
Ahlan wa sahlan Ya Ramadan...
Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1432 Hijrah.
Semoga dengan kehadirannya, kita mempertingkatkan ibadah serta mendapat keberkatannya.
daripada kami,
HJ ROSE ADY BIN HJ RAMLI
HJH SALMI BAHARUDIN
SYAMIMI ROSE ADY
RADZLAN ROSE ADY
RADZMAN ROSE ADY,
bandar baru bangi,
31/07/2011 ~ 29 Syaaban 1432
Perkahwinan Anak Hj Samsuri Esa Dan Hjh Maimon - Pertemuan Jemaah Haji Mitra Kembara 2008
Perkahwinan anak Hj Samsuri dan Hjh Maimon pada 30/07/2011 di Taman Desa Ixora, Seremban menemukan jemaah2 Haji 2008 Mitra Kembara kelolaan Ustaz Abdl Halim Abdullah
Ainul Mardhiah....
SEMPENA KEDATANGAN RAMADAN 1432 Hijrah
Assalamualaikum wbt
Sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah swt
1. Pertama-tamanya marilah kita memuji Allah swt yang Maha Besar yang
tiada kurang sifat baginya. Perbanyakkanlah selawat dan salam kepada
junjungan kita Nabi Muhammad saw yang disifatkan oleh Allah swt
merupakan sebaik2 utusan Allah, diturunkan kepada baginda serta sebaik2
syariat dan ajaran.
2. Ditangan baginda telah tersebar sebaik2 nikmat dan antara nikmat2 Allah
swt yang tidak terhitung banyaknya, sebagaimana frman Allah swt iaitu
nikmat Iman dan Islam
3. Sehinggakan kata para ulamak, sekiranya Allah swt mengurniakan dunia
dan segala isinya dan ditambah dengan dunia lain dan segala isinya kecuali
Allah menghalang nikmat Iman dan Islam, maka tidak adalah berlaku pada
diri kita kecuali rugi didunia dan akhirat.
4. Pertamanya kita panjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi diatas rezekinya
yang tidak pernah putus-putus kepada kita.
5. Alhamdulillah saya telah ditakdirkan olehNya berada di satu majlis ilmu
pada 27/07/2011 di Surau AnNur, Bandar Baru Bangi bersama Ustaz
Razalie Zahari dalam kuliah maghrib. Kuliah maghrib membincangkan
mengenai Persediaan Menghadapi Ramadan 1432 H
Walaubagaimanapun apa yang ingin saya kongsikan adalah menegenai satu kisah didalam kuliah tersebut mengenai seseorang yang bernama Ainul Mardhiah.
Siapakah gerangannya Ainul Mardhiah ini ?
Kisah ini berkisar dizaman Rasulullah saw dimana pada suatu pagi dibulan puasa ketika Nabi saw sedang memberikan targhib kepada sahabat-sahabat untuk menaikan semangat mereka untuk berjihad kejalan Allah swt.
Baginda berkata sesiapa yang keluar berjihad dijalan Allah swt dan dalamnya itu beliau mati syahid, maka beliau akan dianugerahkan oleh Allah swt seorang bidadari yang paling cantik yang terdapat didalam syurga yang namanya Ainul Mardhiah.
Mendengar kata-kata semangat yang disampaikan oleh Nabi saw, seorang dari kalangan para sahabat yang sangat muda usianya teringin sangat untuk melihat bagaimanakah cantiknya bidadari yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw itu.
Namun disudut hatinya terasa malu untuk menanyakan kepada Rasulullah saw serta malunya beliau kepada sahabat-sahabat yang lain. Walaubagaimanapun beliau tetap memberikan nama untuk keluar berjihad bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain.
Maka pada hari tersebut sebelum masuknya fardu zuhur, beliau dan sahabat-sahabat yanga lain tidur seketika (sunnah untuk tidur seketika sebelum zuhur)
Lalu beliau pun tidurlah...dan dalam tidurnya beliau telah bermimpi berada didalam satu kawasan yang amat cantik dan indah. Ketika itu beliau telah terserempak dengan seorang lelaki yang bersih dan amat cantik parasnya, lalu beliau bertanyakan kepada lelaki tersebut, dimanakah dia berada sekarang ini. Lelaki itu menjawab, beliau sedang berada dalam syurga Allah swt.
Apabila beliau mengetahui bahawa itu syurga, beliau terus bertanyakan untuk bersua dengan Ainul Mardhiah.
Lalu lelaki tadi menunjukkan laluan untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah dan berjalanlah beliau kearah tersebut.
Setibanya disatu kawasan, dibawah pepohon, beliau bertemu seorang wanita yang sangat cantik yang tidak pernah beliau lihat didunia, maka bertanyalah beliau kepada wanita tersebut, adakah beliau ini Ainul Mardhiah.
Lalu wanita itu berkata yang beliau bukan Ainul Mardhiah tetapi beliau adalah pembantunya. Beliau berkata lagi yang dicarinya berada didalam mahligai yang indah itu.
Berjalanlah lagi beliau kearah istana itu maka masuklah ia dalam istana tersebut.
Seketika kemudian berjumpa lagi seorang wanita yang amat cantik, berlipat kali ganda cantiknya dari wanita pertama yang beliau jumpai tadi diluar istana.
Beliau bertanya lagi, adakah beliau ini Ainul Mardhiah, lalu dijawab oleh wanita tadi, bukan tetapi wanita yang beliau cari itu ada di atas singgahsana mahligai didalam istana ini lalu ditunjukkannya jalan kemahligai itu.
Lalu beliau menaiki anak-anak tangga yang bertatahkan permata tersebut dan kecantikkan dan keindahannya amatlah mengkagumkan. Seketika kemudian bertemulah beliau dengan seorang yang wanita berganda-ganda cantiknya dari wanita pertama dan kedua yang beliau jumpa sebentar tadi.
Wanita itu memperkenalkan dirinya, “Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku”
Beliau pun ingin mendekati wanita itu seraya diucapkan oleh Ainul Mardhiah, “Nanti!...kamu belum syahid lagi”
Tersentak lelaki itu lalu ia pun terjaga dari tidurnya. Beliau pun menceritakan kisah mimpinya itu kepada salah seorang sahabatnya dan beliau meminta janganlah sahabatnya itu menceritakan kepada Rasulullah saw melainkan sekiranya beliau mati syahid.
Maka pada sebelah petangnya sahabat-sahabat pergi berperang dan dalam peperangan tersebut pemuda tadi telah gugur syahid.
Petang itu juga setelah selesai perang, sahabat-sahabat kembali ke masjid untuk berbuka puasa. Semasa menanti berbukanya puasa itu, maka sahabat pemuda itu menceritakan kisah sahabatnya tadi. Lalu Nabi saw pun berkata,
“Benar…benar…” sepanjang penceritaan sahabat tadi. Sambung Nabi lagi,
”Sekarang ini beliau sedang menunggu berbuka puasa disyurga” ujar beliau.
Begitulah kisah sahabat Nabi saw yang berkehendakkan keredhaan Allah swt.
Satu pesanan kepada para isteri,
Janganlah sesekali menderhaka terhadap suami, (lebih-lebih lagi suami yang dikalangan orang yang beriman) sebab setiap kali isteri menyinggung perasaan suami, seorang demi seorang bidadari disyurga akan berkata, ”Wahai lelaki beriman, kami akan sentiasa menanti kehadiranmu”
Semoga kita mendapat menafaat dari nukilan yang ringkas ini.
Wallahualam
Wasallam
HJ ROSE ADY HJ RAMLI
26 Syaaban 1432 Hijrah
Friday, June 17, 2011
The Journey To Baitullah - 01/06 - 14/06/2011
Ini merupakan pemergian kali yang ke 4 saya ke tanah suci yang penuh dengan keberkatannya, bermula pada tahun 2003 bersama aruah ayah, emak serta datuk, 2005 bersama seisi keluarga, 2008 bersama isteri menunaikan Haji serta kali ini dari 1 – 14 Jun 2011, juga bersama keluarga kecuali Syamimi kerana terpaksa memulakan semester 3nya yang baru bermula pada 30 Mei 2011.
Kali ini juga merupakan kali ke 3 saya mengikuti jemaah dari pakej Ustaz Abdul Halim Abdullah (Hajiumrah). Mungkin ada keserasian diantara cara beliau mengendalikan jemaah dan saya maka walaupun kadang-kadang ada sungutan-sungutan kecil tetapi saya anggap ia biasa dan tidak menjejaskan sedikit pun persepsi saya terhadapnya.
Jemaaah akan transit lebihkurang 10 jam di Dhaka dan pesawat Biman Airline mendarat di Lapangan Terbang Hazrat Shahjalal, Dhaka lebihkurang jam 5.15 pagi, 01/06/2011 . Alhamdulillah, ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi mat bangla, Bangladesh. Kami dibawa untuk transit di sebuah hotel dipinggir Bandar Dhaka, Hotel Regency.
Dapat saya gambarkan kepada mereka yang belum berkesempatan kebumi Mat Bangla, Dhaka boleh saya umpamakan seakan-akan Malaysia ditahun-tahun 1960an dahulu dengan bandarnya yang tidak terurus, line-line elektriknya bersimpang siur, malah kenderaan awam basnya lebih daif dari bas tahun 60 an di Malaysia dahulu.
Di hotel tempat kami menginap, boleh saya katakan sebanyak 3 kali kita putus elektrik. Jalan untuk masuk kehotel tiada lampu jalan malah apabila malam, hanya kita dapat perhatikan lampu-lampu dari kenderaan, kedai-kedai serta basikal-basikal.
Jam 10.00 malam kita berkumpul dan menuju kembali ke airport dan berlepas ke Jeddah jam 1.00 pagi.
Penerbangan ke Jeddah mengambil masa lebihkurang 6 jam dari Dhaka manakala dari KLIA ke Dhaka , lebihkurang 3.5 jam.
Tiba di Jeddah lebihkurang jam 4.40 pagi (waktu Saudi), 02/06/2011 .
Setelah selesai urusan solat, Imigresen dan sebagainya, kami mengambil bas dan berlepas ke Madinah lebihkurang jam 8.00 pagi yang mana jauh perjalanan dari Jeddah ke Madinah adalah lebihkurang 440 km dan mengambil masa antara 5-6 jam. Perjalanan yang memenatkan namun lambaian Masjid Nabawi, Rawdah serta Makam Rasulullah saw menyebabkan para jemaah tidak merasakan kepenatan tersebut.
Alhamdulillah, akhirnya sampailah jemaah semua di Madinah al Munawarah al Sharif jam 12.50 petang. Cuaca amat panas sekali dan berkemungkinan diantara 43 – 46 C. Kami ditempatkan diHotel Aus beberapa meter dari kawasan penjuru Masjid Nabawi.
Di Madinah, kita dapat menziarahi Makam Rasulullah saw serta sahabat2, Makam para syuhadah Uhud, Masjid nabawi yang terdapat didalamnya Rawdah, perkuburan Baqi, Masijid Quba dan lain-lain tempat ziarah lagi.
Kami sampai di Mekah pula pada hari Isnin dan alhamdulillah selamat mengerjakan umrah yang pertama sebelum solat subuh, bermakna kami tidak tidur semalaman setibanya dari Madinah. Keletihan tetapi berbaloi kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah.
Aktiviti-aktiviti di Mekah sedikit berbeza dari di Madinah kerana disamping menziarah kawasan-kawasan peninggalan sirah Nabi saw, kita juga dapat melakukan ibadah umrah selagi badan dan semangat kita kental.
Di Mekah saya dapat berjumpa dengan Azmi dan Aisyah (bekas staf Hitachi) di Bukit Marwah, sudah lebih 10 tahun tidak berhubung dengan mereka yang pada masa ini bertugas di Sabah.
Disamping itu saya juga dapat berjumpa sahabat saya yang sama-sama bekerja di Hitachi dulu iaitu, Ghazali Munir di Miqat Tanaeim.
Saya ada menghubungi sghabat yang sama2 bekerja di Hitachi dulu, Lokman Hakim, dan alhamdulillah dapat berjumpa beliau bersama keluarga di Restoren D'saji, Safwa Tower. Beliau sekarang bertugas di AJL, Jeddah.
Kami tinggal di Asia Palace Hotel dan alhamdulillah, Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pun menginap di hotel yang sama. Justeru itu, pada Kuliah malam kedua, Ustaz Halim telah menjemput beliau untuk menyampaikan kuliah berkenaan Umrah.
Bertolak balik ke Malaysia pada hari Ahad tetapi terpaksa delay di Jeddah selama 15 jam dan kami pun telah ditempatkan disebuah hotel di Jeddah.
Penerbangan balik alhamdulillah berjalan baik mengambil masa 6 jam dari Jeddah dan transit di Dhaka seketika dan terbang ke KLIA selama 3.5 jam.
Perjalanan menunaikan umrah yang menyeronokkan dan insyallah...murahkanlah rezeki kami, Ya Allah, moga kami akan dapat kembali lagi ke Baitullah, beribadah, bertaubat agar kami mendapat naunganMu serta beroleh jannahMu diakhirat kelak.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

Subscribe to:
Posts (Atom)