Sunday, December 21, 2014

Intipati dari majlis ilmu - Ust Dr Nik Zawawi Nik Salleh

14/12/2014 - Kuliah Subuh
INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr Dato Nik Zawawi Nik Salleh, Surau AnNur BBBangi, Kitab Tazkirah AlQurtubi) 

PEMBANGKITAN HARI - JUMAAT 

1. Tidak semua yang dijemput pada hari Jumaat diberikan keberkatan.
2. Kelebihan dikurniakan kepada orang yang mati dalam Husnul Khatimah dan matinya pada hari Jumaat.
3. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.
4. Dalam keadaan Allah tidak berhajat kepada manusia, kasihnya Allah kepada kita serta kurniaan rahmatNya telah mengadakan kelebihan pada hari Jumaat kepada hamba-hamba-Nya.
5. Orang yang menghidupkan hari Jumaat dengan ibadah ibadah mereka akan mendapat ganjaran yang amat besar.
6. Dalam hadis Nabi saw ada menyatakan mengenai malam ;
"Setiap malam, malam menyeru kepada manusia, buatlah perkara yang baik kerana aku tidak akan berulang kepada kamu sehingga hari kiamat"

7. Sentiasalah kita beringat mengenai hari Jumaat kerana kelebihan kelebihan yang ada padanya. 

Wallahualam.


Intipati dari majlis ilmu - Ustaz Halim Din

13/12/2014 -Maghrib
INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Halim Din, Masjid AlHasanah, Bbbangi, Kitab 40 Hadis Penawar Hati)

HADIS KE EMPAT: ...
MERAMPAS SEBILAH KAYU MISWAK SUDAH BOLEH MEMBAWA PADAH 

Daripada Abu Umamah Ilyas bin Sta'labah al Haritsi ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda "Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah swt mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sedikit, Ya Rasulullah? " Nabi saw menjawab: "Walaupun hanya setangkai kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak) "
( Hadis Riwayat Muslim ) 

1. Orang yang diberikan kuasa tidak amanah.
2. Islam melarang mengambil hak milik orang lain tanpa persetujuannya walaupun sedikit.
3. Berhati-hatilah apabila kita berhutang dengan orang lain
4. Janganlah kita bermualat dengan cara kebatilan.
5. Janganlah kita beramal dengan amalan rasuah.
6. Allah swt mengharamkan syurga bagi mereka yang mengamalkan amalan seperti maksud hadis tersebut. 


Wallahualam.

Intipati dari majlis ilmu - Ustaz Dr Hasnan Kasan

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr Hasnan Kasan, Surau AsSobah BBBangi, 13/12/2014, Tafsir AlQuran) 

SURAH AL-MA'UN 

Ayat 1 - Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
Ayat 2 - Itulah orang yang menghardik anak yatim,
Ayat 3 - dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Ayat 4 - Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
Ayat 5 - (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
Ayat 6 - orang-orang yang berbuat riya,
Ayat 7 - dan enggan (menolong dengan) barang berguna.


Sifat orang yang celaka solatnya :

1. Orang yang solat yang luar dari waktunya
2. Orang yang solat dalam waktu tetapi selalu lewat
3. Solat awal waktu tetapi Rukun dan sunat tidak dilakukan mengikut yang ditetapkan.
4. Solat awal waktu Rukun dan sunat diikuti tapi gagal memahami apa yang dibaca.
5. Gagal untuk kyusuk dan lalai dalam solatnya. 


SURAH AL-ANKABUT 

Ayat 45 - Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
1. Allah perintahkan baca AlQuran
2. Allah perintahkan solat
3. Kerana ia mencegah perbuatan keji dan kemungkaran
4. Berilah keutamaan terhadap solat kerana ia ibadah yang melebihi segalanya. 


Wallahualam.
 

Emak, adik-adik dan bapa saudara ke tiga tempat yang barakah....

Alhamdulillah.

Moga Allah swt permudahkan perjalanan pergi dan balik serta dipermudahkan ibadah kepada emak, Ina, Mimi, Aiza serta Ateh dan Mak Teh. Moga mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah. 

Insyallah akan ke Masjid AlAqsa, Madinah dan Makkah Al Muqaramah...



Doakan saya sekeluarga untuk dapat ke sana lagi di tahun tahun yang mendatang ini.

Selamat Hari Lahir Radzlan....

Alhamdulillah. 

Selamat Hari kepada anakandaku Radzlan. Hari ini genaplah usia anakanda 19 tahun.

Terkenang kembali waktu ayah dan ibu mendidik, membesarkanmu penuh dengan kasih sayang, kesabaran dan cabaran yang kadang kita tempuhi dengan gelak ketawa maupun dengan linangan airmata. 

Pada hari lahirmu ini ayah, ibu, Kak Long Syamimi serta adikmu Radzman ingin menukilkan Selamat Hari Lahir padamu. Moga Allah selalu melindungi Radzlan, tunaikan hak Allah swt dan kekasihNya, Ras...ulullah saw, rajinkan beribadah dan moga Allah limpahkan hidayah-Nya kepada mu.

Lots of luv....
from ayah, ibu, Kak Long and Maman.
12 December 2014.

































Insan yang istimewa

Alhamdulillah... 

Hari ini, Jumaat, 14/11/2, saya dipertemukan oleh Allah dengan insan yang telah mewakafkan sebuah masjid di Seremban 2, Masjid Hussein, Yang Berbahagia Tan Sri Rashid Hussein. 

Sempat mengucapkan terima kasih kepada beliau. Moga Allah beri kebaikan dunia dan akhirat kepada beliau. Ameen.

Daripada Uthman bin`Affan katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (al-Bukhari: 439, Muslim: 533)

Happy 24th Anniversary

To my dearest wife Hjh Salmi Baharudin....

Alhamdulillah..... 
just want to say these lines....

HAPPY 24TH ANNIVERSARY, 

May Allah bless us and fill our marriage with Luv, Iman and Taqwa and let us hope that our love will bring both of us and our children to Jannah.
...
Ameen.
Lots Of Luv from
Hj Rose Ady Hj Ramli
November 10, 2014.