Berkobar-kobar rasanya untuk hadir di majlis ilmu yang akan disampaikan oleh Ustaz Halim Din selepas solat maghrib di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Baru Bangi. Sebelum solat sempat menghubungi Aida, adik saya kerana terdapat "mis call"nya di handphone.
Setelah berjaya menghubunginya, saya mengucapkan "Innalilla..." kerana sepupu saya, "Emi" panggilan di kalangan kita sekeluarga dan saudara mara telah meningggal dunia pada lebihkurang jam 6.00 petang, 15 September 2013 di Hospital Terendak Melaka.
Lepas solat maghrib saya telah terus balik ke rumah dengan harapan malam ini akan terus balik ke kampung halaman untuk menziarahi beliau.
Walaubagamanapun, tidak kesampaian kerana allahyarham sekarang berada di Melaka dan telah menetap di sana dan alamat tidak dapat diperolehi. Allah Maha Besar, alhamdulillah, isteri Hjh Salmi dapat menghubungi adik kepada Allahyarham dan emak juga menghubungi saya untuk bersama menziarahi jenazah beliau.
Alhamdulillah keesokan harinya, saya bertolak dari kediaman di Bandar Baru Bangi ke Seremban mengambil emak dan meneruskan perjalanan ke Kg Tangga Batu di Melaka. Oleh kerana alamat itu tidak berapa jelas, tersesat juga... walaubagaimanapun alhamdulillah sampai juga dan semasa kami sampai jenazah sudah dimandikan dan ahli keluarga sedang seorang demi seorang mencium "Emi" yang terbujur kaku. Alhamdulillah sempat juga saya mengucup kedua-dua pipi beliau.
Moga Allah memuliakan beliau.
Hati berkata-kata dan berdebar-debar...kerana teringat lagi kata-kata ustaz di kuliah-kuliah yang saya hadiri, kalau ada waris terdekat kita meninggalkan ambillah peluang untuk mengimamkan jenazahnya. Memang cara-cara dan bacaan Solat Jenazah tersimpan rapi di dalam handphone saya... di satu sudut, saya amati bacaan niatnya dengan setiap takbir apa yang sepatutnya dibaca.
Semasa jenazah sampai di masjid saya sampai awal kerana saya bercita-cita untuk melakukan suatu perkara yang tidak pernah saya lakukan dalam hidup saya iaitu mengimamkan Solat Jenazah...
Apabila sampai waktunya, imam masjid tersebut berkata : " Ada ke waris terdekat hendak mengimamkan jenazah ini...? "
Lalu saya memberanikan diri mengangkat tangan saya untuk memaklumkan dan terdengar ada seorang jemaah yang berdekatan saya menyebut, "Alhamdulillah".
Dengan lafaz bismillah dan takbir serta niat solat jenazah dengan 4 takbir, alhamdulillah maka sempurnalah jenazah "Emi" saya imamkan.
Semasa Imam Masjid itu membacakan doa, tidak sedar menitis airmata saya mengenangkan Allahyarham yang telah kembali kerahmatullah, terkenang juga saya memandikan jenazah abang sulongnya dahulu, mungkin 35 atau 38 tahun yang lalu (itu adalah kali pertama kali juga saya membantu memandikan jenazah), dan kali ini untuk beliau kali pertama saya mengimamkan jenazah setelah saya berusia 51 tahun dan yang amat menyedihkan, saya tidak dapat mengimamkan aruah ayah apabila beliau meninggal dunia pada tahun 2008 yang.
Moga mereka yang telah pergi ini mendapat syafaat, pengampunan dan belas ihsan dari Allah swt dan moga-moga mereka yang telah pergi ini mendapat syurga di sisi Allah swt.
Kami pasti akan mengikuti kamu semua nanti.....
HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
No comments:
Post a Comment