Monday, January 20, 2014

Pemuda Dan Saidina Ali ra

DARI KITAB MUTIARA TASAWUF 2
(Karangan Ustaz Rashidy Jamil)

Seorang pemuda bertanya kepada Saidina Ali dengan katanya, 

"Imam, bagaimanakah aku dapat mengetahui hatiku ini samada lebih cenderung kepada dunia ataupun lebih memilih akhirat?"

Saidina Ali menjawab, 

"Bayangkan seseorang datang mengetuk pintu rumahmu lalu menghadiahkan kamu sesuatu dan kamu membawanya dalam rumah. Tak lama kemudian, rumahmu sekali lagi diketuk lalu kali ini datang pula seseorang yang meminta sesuatu bagi keperluannya. Lantas kamu memberi hadiah yang baru diterima tadi kepadanya dan ia pun membawanya pergi. Antara kegembiraan kamu ketika menerima sesuatu dari tetamu dan kegembiraan kamu menghadiahkannya pula kepada orang lain, mana satu yang lebih besar rasa gembiranya itu? Sekiranya kamu lebih gembira menerima, maka hatimu lebih cenderung kepada dunia dan sekiranya hatimu lebih bahagia dengan infak yang telah kamu laksanakan, maka hatimu lebih cenderung kepada akhirat yang kekal

19/01/2014... Alhamdulillah.... Allah beri kesempatan bergambar dengan Ustaz Rashidy Jamil selepas kuliah subuh di Masjid Al Hasanah, BBBangi yang mana kuliah tersebut disampaikan oleh beliau.....

No comments:

Post a Comment