Sunday, February 16, 2014

Keadaan manusia di Padang Masyar....oleh Ustaz Khairul Anuar




Alhamdulillah Allah gerakan hati dan langkah ke Masjid Al Hasanah, subuh 15/02/2014. Seperti yang di jadualkan Ustaz Khairul Anuar menyampaikan kuliah subuh yang bertajuk Keadaan Manusia Di Padang Masyar semasa menunggu sebelum dihisab oleh Allah swt.

Golongan pertama yang ada di Padang Masyar nanti adalah golongan Kafir dan golongan ini akan ditimpakan kehinaan, ketakutan, penyesalan, dibelenggu serta saling salah menyalahi di antara satu dengan yang lain. Amalan baik semasa di dunia tidak dapat membantu mereka kerana aqidah mereka yang sesat.

Golongan kedua adalah Ahli Maksiat Dalam Kalangan Ahli Tauhid.

Dikalangan mereka yang tidak menunaikan zakat, mereka akan dibelit oleh ular, diseterika dengan kepingan-kepingan yang menyala serta dipijak, ditanduk oleh binatang-binatang.

Mereka yang semasa di dunianya ada sifat takkabur pula, dijadikan Allah mereka kerdil sehingga mereka akan dipijak-pijak

Kepada ulamak-ulamak yang bisu semasa di dunia, mereka yang melabuhkan pakaian kerana sombong, bersumpah palsu, angkuh, derhaka kepada ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki, orang tua yang berzina, pemerintah yang berbohong, orang muskin yang sombong, pengungkit dan....., Allah tidak akan memandang mereka, tidak akan berkata-kata kepada mereka, tiada ungkapan kata-kata pujian dan jauh pula dari rahmat Allah swt

Manakala golongan ketiga adalah para-para aulia, wali Allah dan orang-orang yang bertaqwa

Moga kita di kelompok yang ketiga..Ameen

Insyallah dengan nukilan yang pendek ini dapat dimenafaatkan oleh saya, ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang membacanya.


Subuh,
Masjid Al Hasanah,
Bandar Baru Bangi Bandar Ilmu...

No comments:

Post a Comment