Monday, October 20, 2014

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU - Us Dato Dr Nik Zawawi Nik Salleh



INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Us Dato Nik Zawawi Nik Salleh, Surau AnNur, BBBangi, 12/10/2014, Kitab Ringkasan Tazkirah AlQurtubi) 

Bab: Manusia akan dibangkitkan sesuai dengan keadaannya ketika mati.

  1. Hadis diriwayatkan oleh Muslim dari Rasulullah saw;"Akan dibangkitkan oleh Allah akan hambaNya sebagaimana ia meninggal dunia "
  2. Maka hendaklah kita sering berdoa agar mati dalam keadaan yang baik. "Matikanlah aku dalam keadaan "husnul qatimah" dalam keadaan penuh dengan kebaikan"
  3. Rasulullah menyebut peristiwa seorang mati (patah tengkuknya) dalam menyempurnakan ibadah haji lalu mati dalam pakaian ihram, Nabi bersabda kebumikan simati dalam pakaian ihramnya.
  4. Kalau simati menjiwai apa yang dilakukan semasa meninggal semasa melakukan ibadah haji dia bangkit di Padang Mahsyar dlm keadaan bertalbiah.
  5. Apabila kita meninggal, malaikat tidak kenal siapa kita samada kita pemimpin, orang biasa dsbnya.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment