Assalamualaikum wbt....
Dah sekian lama tidak menulis ...kesuntukan masa... lebih kepada WA dan FB maka ketinggalan sedikit blog ini...
Alhamdulillah pada penghujung bulan November dan awal Disember 2016, saya dan famili, adik-adik... Ina, Mimi, Azla dan emak menjadi tetamuNya. Pemergian kami yang terakhir adalah pada tahun 2012 yang lalu... namun rasa rindu untuk ke Baitullah memang senantiasa ada dalam setiap insan yang pernah menjejakkan kakinya di sana.
Kali ini kami mengikuti Ustaz Fakharudin dari Tiram Travel Sdn. Bhd. dengan bayaran setiap jemaah sebanyak RM6,590 dan menginap di Hilton Tower...hanya 50 meter jaraknya dari Baitulharam...
Ini juga pertama kali kami masuk ke Baitulharam kerana ziarah kami sebelum ini adalah dari Madinah al Munawarah...
Kebiasaannya demam dan batuk ini telah menjadi lumrah apabila berada di sini. Bersama ini kami rakamkan detik-detik manis kami di sini dan moga Allah mengurniakan kami semua umrah dan mabrur dan mabrurah.
Moga Allah beri kesihatan, rezeki untuk kami datang lagi ke Baitullah dan pastinya kerinduan terselit dalam hati-hati kami ini...
Kami merindui Makkah kerana di sini terlakar sejarah Islam yang Agong, dan tanah suci Madinah kerana disitulah terdapatnya insan yang paling mulia yang kita dambakan syafaatnya di kala tiada syafaat yang Maha Besar kecuali darinya untuk kami iaitu di hari perhitungan nanti.
Moga kami tergolong dari mereka yang Allah melimpahkan rahmat, perlindungan, pengampunan, redha dan beroleh syurga FirdausiNya ...
Aamiin...
KLIA 2 ....menanti Flight Air Asia X ke Jeddah |
Dalam flight....tidur |
Berehat sebelum ibadah umrah yang pertama... |
Emak, Ina, Mimi dan Azla.... Azla merupakan ziarah pertama beliau ke Baitullah..Alhamdulillah.. |
Saie...bersama Syamimi dan isteri tercinta... |
Bergambar bersama famili dan kakak ipar...Lili |
Jemaah kami yang paling kecil....Subhanallah |
No comments:
Post a Comment