Monday, April 16, 2018

Kembara Musafir Tiga Negara Eropah (17/03 – 24/03/2018)


17/03/2018 – Sabtu
Kembara keluarga kami pada kali ini adalah Belanda, Jerman dan Belgium.

Menaiki pesawat EK345 jam 2.30 petang selama lebihkurang 7 jam membawa kami ke Dubai International Airport. Transit selama 2 jam dan penerbangan ke dua EK149 dari Dubai ke Amsterdam lebihkurang 7 jam juga.

Kami tiba di Schipol Airport Amsterdam lebihkurang jam 9.00 malam waktu Amsterdam dan terus menaiki shuttle bus ke hotel penginapan kami, Ibis Budget Amsterdam Airport, Schipholweg, 1171 PK Badhoevedorp, Netherlands (Tel: +31 20721 9170) berdekatan dengan lapangan terbang Schipol.

Cuaca pada malam tersebut adalah pada tahap lebihkurang – 1 darjah Celsius menyebabkan kami  kesejukan walaupun telah bersedia dengan jaket-jaket kami..

18/03/2018 – (Ahad)
Kembara kami terganggu disebabkan kelewatan bas dan kami memulakan aktiviti hari ini jam 10.45 pagi menuju ke Giethoorn Village lebih kurang 128km keluar dari kota Amsterdam. Perkampungan yang menggunakan terusan sebagai pengangkutan amat menarik hati kami dan dapat kami umpamakan seolah-olah syurga dunia dimana segala keindahan alam, ketenangan, kebersihan dapat kami alami.

Caj yang dikenakan untuk menaiki  bot adalah Euro 7 seorang.

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Zaanse Schans lebihkurang 133 km daripada Giethoorn Village dan dalam perjalanan kami singgah di Volendam, sebuah perkampungan  nelayan. Cuaca sejuk dan berangin yang datangnya dari laut betul betul menguji tahap kecergasan badan kami. Disini kami mendapatkan cenderahati cenderahati kebanyakannya berupa Fridge Magnet momento sahabat-sahabat yang kami ingati.

Sesampainya di Zaanse Schans, kami banyak bergambar dalam keadaan kami kesejukan sehinggakan untuk memetik kamera juga mendatangkan masalah. Sempat kami sekeluarga minum kopi di salah sebuah restoran yang hampir hendak menutup operasinya pada hari itu.

Perjalanan diteruskan dan kami menginap di Hotel West Side Inn Amsterdam, Voorburgstraat 250, 1059 VD, Amsterdam (Tel: +31 85273 3568)

19/03/2018 – (Isnin)
Bermula jam 8.00 pagi, check out dan perjalanan ke Cologne Jerman sejauh 262 km daripada Amsterdam.
Sampai di Cologne kami melawat, solat jamak zuhur dan Asar serta sempat solat jenazah untuk 3 jenazah di masjid terbesar di Jerman, The Central Mosque dan selepas itu melawat ke Catherderal Church yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Kami makan tengahari di kota Cologne dengan menikmati kebab di Istanbul Restaurant, Marzellen Str. 9, 50667 Koln tidak jauh dari Cathederal Church.  Selepas perut diisi, kami berjalan menuju ke pesisir Sungai Rhine yang dari geografinya sepanjang sekitar 1,233 km dan  sungai ini merentasi beberapa negara yang ada di Eropah iaitu bermula dari Swiss daerah bahagian Grisons, bahagian tenggara Pegunungan Alpen sampai ke Jerman, sungai ini juga mengalir di North Sea, Belanda. Sungai ini merupakan sungai ke 12 terpanjang di benua Eropah.
Nama sungai Rhine ini sendiri bererti mengalir. Dalam bahasa Belanda sungai ini disebut Rijn dan Rhein dalam bahasa Jerman.
Dari Cologne, kami ke hotel penginapan seterusnya iaitu di Leuven, (Ibis Heverlee Leuven Hotel, Sint-Jjansbergsesteenweg 405, 3001 Heverlee, Belgium (Tel: +32 16309559) Belgium sejauh 197km dari kota Cologne.
20/03/2018 – (Selasa)
Seawal jam 8.00 pagi, kami check out hotel menuju ke Brussels sejauh 30km dari Leuven. Allahurabbi...kota Brussels kita melawat Grand Place sambil menikmati Waffle yang dikatakan tersedap di dunia. Selepas bergambar dan membeli belah, kami meneruskan perjalanan ke Bruges, sebuah bandar yang saya kagumi juga yang dapat mengekalkan nilai-nilai heritagenya.
Menaiki bot dengan bayaran Euro 7 melayari terusan di Bruges sungguh menruntun hati dan jiwa mereka yang pernah melalui pengalaman ini.
Di Bruges kami menginap di Hotel ‘t Putje, Zand 31, Historical Centre of Brugge, 8000 Bruges, Belgium (Tel: 32 5033 2847)
21/03/2018 – (Rabu)
Check out dari hotel terus menuju ke Amsterdam kembali sejauh 252 km. Sampai di Amsterdam, kami meneroka kembali kota Amsterdam serta meneruskan shopping. Primark menjadi tumpuan kami memandangkan harga yang murah.
Check in ke hotel EasyHotel Amsterdam Zaandam, Ankersmidplein Z, Zaandam, 1506 CK Netherlands (Tel: 31 (70) 5690044
22/03/2018 – (Khamis)
Hujan di pagi hari tidak melunturkan semangat kami untuk Kembara kami diteruskan untuk pencarian Bunga Tulip di Keukenhof Garden iaitu sejauh 42km dari Amsterdam.
Dengan kos masuk sebanyak Euro15.5, kami menikmati garden tersebut yang amat cantik pemandangannya. Walaupun ini merupakan hari pertama garden ini dibuka untuk tahun ini tetapi kami terpukau dengan kecantikan bunga tulip yang berada di sana.
Setelah 4 jam menikmati suasana di garden tersebu, kami berangkat sekali lagi ke kota Amsterdam dan melawat Damrak Square, Royal Palaace dan National Monument.
23/03/2018 – (Jumaat)
Jam 9.30 pagi sempat lagi membeli sepasang kasut buat anakanda Radzlan yang tidak bersama trip kami kali ini.
Kami checkout hotel jam 10.30 pagi dan terus menuju ke Schipol Airport untuk penerbangan balik ke Malaysia.
Tax redemption saya gagal kerana tidak mengemukakan resit untuk tuntutan VAT walaupun saya sertakan resit pembelian. Itu pelajaran untuk panduan masa akan datang sekiranya berpeluang berkembara lagi.
Penerbangan delay selama sejam dan penerbangan kami berlepas dari Schipol Airport jam 3.30 petang dengan pesawat Airbus A380 dan sampai di Dubai International Airport jam 1.00 pagi. Dan penerbangan seterusnya dari Dubai ke KLIA pada jam 3.00 pagi dan tiba di KLIA jam 2.30 petang...
Memanjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah swt kerana diberikan rezeki kepada kami untuk berada di bumiMu....Belanda, Jerman dan Belgium
Wasallam....










































































































































































Dam Square


















































































































































No comments:

Post a Comment