Sunday, December 21, 2014

Happy 24th Anniversary

To my dearest wife Hjh Salmi Baharudin....

Alhamdulillah..... 
just want to say these lines....

HAPPY 24TH ANNIVERSARY, 

May Allah bless us and fill our marriage with Luv, Iman and Taqwa and let us hope that our love will bring both of us and our children to Jannah.
...
Ameen.
Lots Of Luv from
Hj Rose Ady Hj Ramli
November 10, 2014.


Selamat Hari Lahir Radzman

Alhamdulillah....

Selamat Hari Lahir yang ke14 anakandaku Radzman. Ayah terbaca satu kata menarik dalam sebuah kitab dan ayah hendak nukilkan kata kata indah ini kepada anakanda ; 

"Dunia hanyalah persinggahan sementara. Ia bukanlah tujuan hakiki sebaliknya hanya medan untuk iman dan taqwa diuji. Benarlah kata ulamak: "Dunia bukanlah tempat tinggal tetapi untuk manusia pergi darinya". Berbahagia lah bagi mereka yang melihat dunia ini dengan pandangan hakikat dan membina kehidupannya yang sebenar di akhirat yang kekal abadi "

(Jazakallahu khairan khatira kpd Ust Rashidy Jamil atas ungkapan-ungkapan indah ini)

SELAMAT HARI LAHIR RADZMAN.


19 Oktober 2014

Monday, October 20, 2014

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU (Us. Mohd. Nor Hamzah)


INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Us. Mohd. Nor Hamzah, Surau AlIkhlas, BBBangi, Bulan Muharam dan Manafaatnya) 

BULAN MUHARAM DAN MENAFAATNYA 

  1. Asas bulan Muharam ini adalah untuk berubah dan berhijrah kearah amalan dan kebaikan dan mendekatkan diri dengan Allah swt dan menghidupkan bulan Muharam.
  2. Merebut kelebihan amalan-amalan sunat dengan tidak meninggalkan asas kefarduan dalam agama.
  3. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharam
  4. Sebaik-baik amalan selepas bulan Ramadhan adalah bulan MuharamBermula dari 1 Muharam sehingga akhir Muharam ada kelebihannya
  5. Para ulamak mengingatkan kita untuk berwaspada sebab jangan menjadikan bulan Muharam bulan kegembiraan dan terjerumus ke lembah amalan bidaah.
  6. Inilah kesempurnaan dalam Islam, hidup ini jangan berbuat zalim, dalam kehidupan ada musuh Islam.
Wallahualam.

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU - Us. Ahmad Dasuki Abd Rani (12/10/2014)







INTIPATI. DARI MAJLIS ILMU
(Us. Ahmad Dasuki Abd Rani, Surau AnNur, BBBangi, 12/10/2014, Kitab Jalan Menuju Akhirat) 

Bab: Keyakinan 

  1. Hidup ini bukan hanya di dunia tetapi di akhirat. 
  2. Kamu akan rasa tenang akan janji-janji Allah dan tidak takut meninggalkan dunia.
  3. Orang yang tidak yakin tidak akan melakukan ibadah, hadir majlis ilmu, melakukan ibadah qurban, puasa sunat, tahajud dsbnya.
  4. Tiga darjat ahli keyakinan di kalangan orang-orang beriman. Hidup orang-orang beriman akan diuji oleh Allah swt :-
  • Darjat Ashabul Yamin. Percaya dan pasti adanya Allah dan hari pembalasan tetapi ada juga datang keraguan.
  • Darjat para Muqarabbi. Seseorang yang tidak merasa akan keuntungan dunia tetapi iman semakin bertambah akan alam akhirat. Mereka nampak alam akhirat contoh menderma, mereka nampak disebalik nilai ganjarannya melalui ibadah menderma, membaca AlQuran dan nilai ganjaran bacaannya (kisah Sheikh Ahmadyyasin)dsbnya.
  • Darjat para Nabi, sahabat-sahabat, para sodhikin yang telah merasa lazatnya ibadah. Mereka berlumba untuk mendapat kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Pandangan qasyaf di kalangan mereka. (Kisah orang buta Abdullah bin Mahtum)

Bab: Perihal Niat

  1. Selepas yakin, perlu ada niat contoh untuk berbuat kebaikan, niat untuk mati syahid dsbnya.
  2. Banyakkan niat untuk berbuat kebaikan kerana ia adalah pahala.
  3. Perbaikilah dan ikhlaskan niat kerana Allah swt kita setiap saat.
  4. Hadis Rasulullah saw "Tiap tiap amalan dimulai dengan niat." (Kisah hijrah Nabi ke. Madinah dan salah seorang yang berhijrah kerana mengikuti tunangnya dan bukan kerana Allah swt)
Wallahualam

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU - Us Dato Dr Nik Zawawi Nik Salleh



INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Us Dato Nik Zawawi Nik Salleh, Surau AnNur, BBBangi, 12/10/2014, Kitab Ringkasan Tazkirah AlQurtubi) 

Bab: Manusia akan dibangkitkan sesuai dengan keadaannya ketika mati.

  1. Hadis diriwayatkan oleh Muslim dari Rasulullah saw;"Akan dibangkitkan oleh Allah akan hambaNya sebagaimana ia meninggal dunia "
  2. Maka hendaklah kita sering berdoa agar mati dalam keadaan yang baik. "Matikanlah aku dalam keadaan "husnul qatimah" dalam keadaan penuh dengan kebaikan"
  3. Rasulullah menyebut peristiwa seorang mati (patah tengkuknya) dalam menyempurnakan ibadah haji lalu mati dalam pakaian ihram, Nabi bersabda kebumikan simati dalam pakaian ihramnya.
  4. Kalau simati menjiwai apa yang dilakukan semasa meninggal semasa melakukan ibadah haji dia bangkit di Padang Mahsyar dlm keadaan bertalbiah.
  5. Apabila kita meninggal, malaikat tidak kenal siapa kita samada kita pemimpin, orang biasa dsbnya.
Wallahualam

11/10/2014 - Precint 11, Putrajaya...














Alhamdulillah... sempat bersama family menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt ... 11/10/2014

Hot from the Chicken - Kerabu Mangga and Kari Kambing...








Hot from the kitchen...
1. Kerabu mangga
2. Kari kambing
Tak tau lah matching ke tidak. Just do it...