Tuesday, May 12, 2015

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU...Ustaz Dr Abd Basit

INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr Abd Basit, Surau AlIkhlas BBBangi, 15/02 /2015)

TAJUK: JANGAN MENYAKITI WALI -WALI ALLAH.
...
1. Biar kita selalu berada ditempat yang Allah suka kita pergi, dan janganlah kita selalu berada ditempat yang Allah tidak suka kita berada contoh masjid /surau, majlis-majlis zikir.
2. Dalam penghidupan kita di dunia janganlah kita menyakiti para wali-wali Allah iaitu mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
3. Menurut Imam Nawawi, akan ada sentiasa orang yang akan menegakkan kebenaran. Tidak hanya pada satu-satu bidang tetapi dalam bidang seseorang itu berkebolehan.
4. Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari)

4. Ciri ciri wali Allah adalah :-
a. Sentiasa beramal dan mengerjakan perkara/amalan fardu.
b. Sentiasa mengerjakan amalan sunat, solat sunat untuk menampung solat fardu c. Banyak membaca AlQuran
d. Banyak berzikir.

5. Siapakah yang dikatakan golongan yang bermusuh dengan orang islam
menderhaka kepada Allah,
a. Golongan yang menderhaka kepada Allah.

b. Golongan yang mengamalkan riba.

6. Allah tawarkan bagaimana kita dekat diri dgn Allah :-
a. Buat perkara wajib
b. Lakukan perkara disuruh oleh Allah
c. Jaga amalan fardu dan buat yang sunat untuk menampung solat-solat wajib.
d. Lakukan lah Solat Sunat Rawatib, solat Sunat Dhuha, solat sunat qiamulai, solat sunat witir, solat sunat selepas naik matahari iaitu selepas syuruk (10 minit paling minima).
Rasulullah saw bersabda ;
"Sesiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjemaah lalu ia duduk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna,.. (HR At-Tirmizi)

Wallahualam.

15 Februari 2015

No comments:

Post a Comment