Tuesday, May 12, 2015

Pesanan buat sang puteri....

Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Lahir kepada anakanda Syamimi. 

Moga dengan pertambahan umur ini akan mematangkanmu dalam hidup. Ingatlah bahawa kita hidup ini bukan hanya di dunia tetapi yang kekalnya di akhirat. Ambillah dunia ini seadanya ibarat musafir yang lalu dan penuhilah kehidupan mu berlandaskan iman dan Islam dan perbanyakkanlah ingatanmu kepada Allah dan Rasul Nya kerana ia akan menjadi sempadan kepada yang haq dan batil. 

Moga Allah redha akan kehidupanmu dan moga apa yang anakanda idami dalam hidup ini akan tercapai. Ameen

6 Mac 2015 



This was copied from your FB...

Happy Birthday To Me !!! Alhamdulillah..hari ni dah masuk umur 23.. Lahir hari Jumaat, 1 Ramadhan dan hari ni pun hari Jumaat..terima kasih ibu yg melahirkan dan ayah yg mmbesarkan.. cptnya masa berlalu. dah takde dah zaman2 potong kek mcm dulu. Semoga Allah memberkati kehidupan seharianku dan keluarga, dunia dan akhirat.. 
 
6 Mac 2015

No comments:

Post a Comment