Friday, January 31, 2014
ADAB-ADAB TERHADAP RASULULLAH SAW
ADAB-ADAB TERHADAP RASULULLAH saw
1. Sanjungilah Rasulullah saw setinggi-tingginya (Surah An Nur, 63)
2. Suara kita tidak boleh lebih tinggi dari suara Baginda terutamanya apabila
1. Sanjungilah Rasulullah saw setinggi-tingginya (Surah An Nur, 63)
2. Suara kita tidak boleh lebih tinggi dari suara Baginda terutamanya apabila
kita berada di masjid Nabawi (Surah Al Hujarat, 2)
3. Elakkan dari menyinggung Rasulullah saw (Surah Al Ahzab, 57)
4. Sayangi Rasulullah saw dengan sepenuh hati
5. Syafaat Rasulullah saw
6. Hidupkan sunnah Rasulullah saw
7. Sambung perjuangan Nabi saw
8. Banyakkan berselawat kepada Baginda
Intipati Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Raihan Abd Aziz di Surau Al Kauthar pada 29/01/14
3. Elakkan dari menyinggung Rasulullah saw (Surah Al Ahzab, 57)
4. Sayangi Rasulullah saw dengan sepenuh hati
5. Syafaat Rasulullah saw
6. Hidupkan sunnah Rasulullah saw
7. Sambung perjuangan Nabi saw
8. Banyakkan berselawat kepada Baginda
Intipati Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Raihan Abd Aziz di Surau Al Kauthar pada 29/01/14
27 Rabiulawal 1435H
Bandar Baru Bangi
Surah Al-'Anbyā (Nabi-nabi), ayat 32 -
Surah Al-'Anbyā (Nabi-nabi), ayat 32 -
"Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya."
Bermulanya Kuliah Agama Bulanan ....
Alhamdulillah...
bermulalah kuliah agama bulanan di SAINS dengan kuliah pertama bertajuk "Kecintaan kita kepada Rasulullah saw" bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Yusri Mazlan dari Pejabat Mufti N.Sembilan. Moga ini akan menjadi lembaran baru bagi kakitangan agar mencintai majlis2 ilmu.... Ameen
Bandar Baru Bangi,
28 Rabiulawal 1435H
30 Januari 2014
SOP (Standard Operation Procedure) Allah swt
Surah Al-Baqarah -
"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"
.....kita hendak menjadi manusia yang terbaik dengan mengikut SOP yang dibuat oleh manusia sendiri dan bukan SOP yang datang dari Allah (AlQuran)...
..... Us Dr Shafie Md Amin mengulas kitab "You are the best", kuliah subuh, 31/01/14 di surau An Nur, BBBangi
Subuh, 29 Rabiulawal 1435H
31 Januari 2014
Bandar Baru Bangi
Tanggungjawab Melahirkan Generasi yang Bertaqwa
Us Dr Mohd Izhar Arif Kasim
Tanggjngjawab melahirkan generasi yg bertaqwa, berilmu dan menjauhkan diri dari maksiat
Tanda2 Kiamat
1. Ulamak ditarik (dimatikan) oleh Allah swt
2. banyak kejadian gempa bumi
3. Zaman dan masa dirasakan semakin pendek
4. Banyak berlakunya fitnah menfitnah
5. Berlakunya banyak pembunuhan
6. Banyaknya harta dan berlimpah ruah
7. Banyaknya hiburan yang melalaikan umat manusia
Semoga bermenafaat dari sedutan khutbah Jumaat ini
Bandar Baru Bangi
29 Rabiulawal 1435H
31 Januari 2014
Monday, January 20, 2014
![]() |
Kitab Mutiara Tasawuf 2 .... hasil karya Ustaz Rashidy Jamil.. |
Teringat peristiwa pagi tadi, 19/01/2014, di masjid, berlalu 2 orang jemaah sambil mereka memegang kitab (photo di atas) lalu saya bertanya berapa harganya...
Memang saya bercadang
untuk membeli Kitab Tasawuf 2 ini daripada Ustaz. Namun pertanyaan saya
disambut oleh seorang daripadanya sambil berkata,
"Sheikh... ini saya
hadiahkan untuk tuan, saya beli 2 naskah tadi"
... terharu dengan kenyataan beliau dan beliau berkata yang saya tidak perlu bayar harga kitab tersebut kepadanya....
Moga Allah memuliakan beliau, merahmati dan memberi kebaikan kpd beliau .... Ameen
Bandar Baru Bangi, 17
rabiulawal 1435H
Pemuda Dan Saidina Ali ra
DARI KITAB MUTIARA TASAWUF 2
(Karangan Ustaz Rashidy Jamil)
(Karangan Ustaz Rashidy Jamil)
Seorang pemuda
bertanya kepada Saidina Ali dengan katanya,
"Imam, bagaimanakah aku dapat
mengetahui hatiku ini samada lebih cenderung kepada dunia ataupun lebih memilih
akhirat?"
Saidina Ali
menjawab,
"Bayangkan seseorang datang mengetuk pintu rumahmu lalu
menghadiahkan kamu sesuatu dan kamu membawanya dalam rumah. Tak lama kemudian,
rumahmu sekali lagi diketuk lalu
kali ini datang pula seseorang yang meminta sesuatu bagi keperluannya. Lantas
kamu memberi hadiah yang baru diterima tadi kepadanya dan ia pun membawanya
pergi. Antara kegembiraan kamu ketika menerima sesuatu dari tetamu dan
kegembiraan kamu menghadiahkannya pula kepada orang lain, mana satu yang lebih
besar rasa gembiranya itu? Sekiranya kamu lebih gembira menerima, maka hatimu
lebih cenderung kepada dunia dan sekiranya hatimu lebih bahagia dengan infak
yang telah kamu laksanakan, maka hatimu lebih cenderung kepada akhirat yang
kekal
![]() |
19/01/2014... Alhamdulillah.... Allah beri kesempatan bergambar dengan Ustaz Rashidy Jamil selepas kuliah subuh di Masjid Al Hasanah, BBBangi yang mana kuliah tersebut disampaikan oleh beliau..... |
Subscribe to:
Posts (Atom)