Thursday, June 29, 2017

Hari Pertemuan Keluarga dan Pelatih...PULAPOL Dungun

Alhamdulillah...
2 Syawal 1438H, bersamaan Hari Raya kedua merupakan saat-saat yang dinantikan oleh kami sekeluarga bertemu dedngan anakanda Radzlan yang sedang menjalani latihannya bersama 227 orang pelatih lain di PULAPOL Dungun.

Beliau kelihatan riang dan kami membawa bersama juadah hari raya dan Pizza untuk dikongsi beliau bersama rakan-rakan...

Pusat Latihan dibuka dari jam 2.00 - 5.00 petang.

Sehingga kita bertemu kembali...

Wasallam...

Radzlan bersama teman sepelatih 


Bergambar kenangan bersama kami...

Menikmati juadah yang kami bawa...lemang, rendang, Pizza dan biskut raya



Actually...ni gambar raya 2017 kami sekeluarga.


Enjoying the food...

Bersama rakan-rakan ....

Pelatih-pelatih yang lain...



Kawad sebelum bertemu...
Bergambar bersama mereka...






Wednesday, June 28, 2017

1 dan 2 Syawal 1438H... Dungun, Terengganu

Sambutan Hari Raya Eidul Fitri tahun ini terpaksa kami korbankan demi kasih dan sayang kami dengan anakanda Radzlan yang sesi bertemu keluarga yang dibenarkan oleh PULAPOL Dungun pada hari raya kedua...

Kami menginap semalam di Ulek Beach Resort, Pantai Sura, Dungun...nice place, nice view and warm hearted people...

Photo-photo yang diambil adalah suasana semasa kami berada di sana...

Bilik MO U2, Bilik penginapan kami


Bergambar aje minah ni...

Apalah yang dibualkan tu...

Tempat ni menjadi tempat menarik untuk berposing di pantai Sura ini..








Ombak rindu



Ulek Beach Resort, Dungun...

Sunrise in pantai sura, Dungun













Friday, June 23, 2017

22 Mei 2017...Bermulanya episod baru dalam keluarga kami

Alhamdulillah...
dah lama tidak menukilkan sesuatu dalam blog ini...
Tanggal 22 Mei 2017, bermula satu lagi tinta sejarah dalam hidup kami lima beranak...
Kerja yang diidamkan oleh anakanda Radzlan telah Allah swt kabulkan...syukur kami kepadaNya
Saya, isteri dan anakanda Radzlan memulakan perjalanan dari rumah pagi 21/05/2017 Ahad ke Dungun, Terengganu kerana disitulah titik permulaan Radzlan akan menjadi warga sang saka biru yang kian lama didambakan olehnya.

Menginap di Sura Inn Homestay semalam dan keesokkan paginya, 22 hb kami menghantarnya ke Pusat Latihan Polis Dungun dengan penuh berat hati tetapi redha akan ketentuan Ilahi...

Moga beliau selamat menjalani latihan dan moga Allah lindungi beliau dari segala macam dugaan dan fitnah pekerjaan.

22/05/2017 - Photo kenangan sebelum masuk mendaftar
Gambar kami bertiga....
Segak nampak anakanda...
Sad moments....meninggalkan kami dan melangkah masuk untuk pendaftaran
Detik-detik bersejarah...
Moga anakanda akan tabah dan sabar menjalani latihan tersebut. Aameen.