Friday, June 23, 2017

22 Mei 2017...Bermulanya episod baru dalam keluarga kami

Alhamdulillah...
dah lama tidak menukilkan sesuatu dalam blog ini...
Tanggal 22 Mei 2017, bermula satu lagi tinta sejarah dalam hidup kami lima beranak...
Kerja yang diidamkan oleh anakanda Radzlan telah Allah swt kabulkan...syukur kami kepadaNya
Saya, isteri dan anakanda Radzlan memulakan perjalanan dari rumah pagi 21/05/2017 Ahad ke Dungun, Terengganu kerana disitulah titik permulaan Radzlan akan menjadi warga sang saka biru yang kian lama didambakan olehnya.

Menginap di Sura Inn Homestay semalam dan keesokkan paginya, 22 hb kami menghantarnya ke Pusat Latihan Polis Dungun dengan penuh berat hati tetapi redha akan ketentuan Ilahi...

Moga beliau selamat menjalani latihan dan moga Allah lindungi beliau dari segala macam dugaan dan fitnah pekerjaan.

22/05/2017 - Photo kenangan sebelum masuk mendaftar
Gambar kami bertiga....
Segak nampak anakanda...
Sad moments....meninggalkan kami dan melangkah masuk untuk pendaftaran
Detik-detik bersejarah...
Moga anakanda akan tabah dan sabar menjalani latihan tersebut. Aameen.



No comments:

Post a Comment