Tuesday, December 22, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN MAI & AZRUL








Saya memaklumkan kepada anak2 dan isteri yang pada 19/12/2009, saya akan membawa mereka ke Kg Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan staf MIS, Mahzaitul dan Asrul, bekas staff Engineering di MEM.

Perjalanan pada hari itu menempuh trafic jam yang agak teruk bermula dari sebelum kawasan Nilai hingga ke Seremban.

Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat dan sehinggalah kami sampai di rumah pengantin. Terpaksa menunggu lebihkurang setengah jam dalam kereta untuk hujan teduh.

Sesampainya didalam khemah pengantin sedang makan dan saya berjumpa beberapa staf MEM termasuklah Mr Uchikoba, Mardiana dan keluarga, Zaini sekeluarga serta pasangan sedang hangat bercinta, Hafizul dan Zubaidah. (jangan marah bro...gossip).

Acara seterusnya apa lagi acara bergambar bersama pengantin. Masing2 dengan pose yang tersendiri.

Selamat Pengantin Baru.
Dimurahkan rezeki.
Dilimpahi rahmat
Dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah
Hidup bahagia dunia dan akhirat.

Hj Rose Ady Hj Ramli
19/12/2009
Bandar Baru Bangi

MEM Annual Dinner 2009


Bertempat di Hotel Singgahsana, PJ pada 11/12/2009, saya telah menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan MEM bagi tahu 2009.

Sebagai Chairman pada Welfare Committee, saya sampai awal sedikit bersama isteri Hajjah Salmi. Jawatankuasa Welfare yang didokongi oleh Puan Faridah telah sampai lebih awal dalam mempersiapkan apa yang patutu agar perjalanan acara tersebut berjalan dengan lancar.

Malam tersebut telah dihadiri juga oleh Pengarah Urusan, Mr Kumada serta penggantinya iaitu Mr Akiyama.

Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dipersembahkan kepada para hadirin yang dianggarkan dalam 200 orang.

Hadiah utama cabutan bertuah dimenangi oleh Shukri iaitu sebuah TV LCD 32" manakala tempat kedua dmenangi oleh saudara Yuddin, sebuah peti sejuk 2 pintu. Kedua2 mereka adalah terdiri dari Jawatankuasa Welfare.

Terimakasih semua terutamanya jawatankuasa yang bertungkus lumus bekerja pada malam tersebut.
Hj Rose Ady Hj Ramli,
11/12/2009
Bandar Baru Bangi

Friday, December 18, 2009

HAPPY BIRTHDAY RADZLAN




Saya berjumpa dengan anak yang kedua...Radzlan dan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya.

"Nak hadiah apa?" Tanya saya

"....Kalau nak motosikal, tak boleh yang lain tu insyallah" sambung saya lagi.

Beliau berkata " Nak beli hamster".

Saya jawab kembali "Kan dulu dah beli?". "Oklah kalau tu ayah belikan"

Sebelah petangnya, kami sekeluarga pergi kekedai "Pet Shop" di Sg Chua Kajang.

Dalam perjalanan, saya sempat bertanya,

"Malam ni nak makan kat mana?"

Tiada jawapan yang memberangsangkan.
Disebelah malamnya, kami sekeluarga ke De Palma, Bandar Baru Bangi dan makan disana sekeluarga bersama GG yang kebetulan datang kerumah kami.

DiDe Palma terserempak dengan penyanyinya pada malam tu dan beliau bertanya,

"Lama tak datang?" dan saya maklumkan kepadanya hari ni kita celebrate Hari Lahir Radzlan
dan beberapa ketika kemudian beliau kepentas dan menyanyikan lagu "Happy Birthday".

Tampak jelas Radzlan panik bila penyanyi tersebut menyebutkan namanya.

Untuk Radzlan ayah dan ibu berpesan,
......Ikutilah pesan dan nasihat ibu dan ayah kerana pesanan ayah dan ibu serta doa agar
Radzlan berjaya dalam hidup..Insyallah
.....tunaikan solatmu kerana itu adalah suruhan RabbMu iaitu Allah dan dengan itu
hidupmu akan diberkati dan dibawah lindungan rahmatNya...Sesungguhnya rahmat Allah
itu maha luas,
........ikutilah sunnah Nabi Muhamad saw kerana beliau semulia2 insan yang dijadikan
Allah
.......tumpukan perhatian mu pada pelajaran kerana ia membantu masa depanmu
Daripada ayahmu
HJ ROSE ADY HJ RAMLI
12/12/2009
Bandar Baru Bangi

Saturday, December 5, 2009

RADZMAN BERKHATAN



Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah pada pagi ini Sabtu bersamaan 05/12/2009, anak ketiga saya, Radzman selamat berkhatan di Klinik Zalfah, Bandar Baru Bangi.

Beberapa hari sebelum berkhatan, saya telah memberikan beliau perangsang bahawa semasa dia berumur 1 bulan dia telahpun menjalani pembedahan di perutnya dan semasa ia berumur 5 atau 6 tahun beliau telah dimasukkan kehospital kerana demam dan apabila injection dibuat semasa itu dia senyum saja

Malam tadi beliau tidur bersama ibunya dan bertanyakan apa yang perlu dibaca. Ibunya menyatakan bacalah selalu "Rabbir Ya sir Wa lla tu Asir Ya Karim" dan beliau menghafal sehingga tertidur.

Setelah dikejutkan dari tidur lebihkurang jam 8.30 pagi, beliau minum air dan mandi.
Sempat juga dia mengajak saya bermain PS 2nya, perlawanan bolasepak yang mana beliau menewaskan pasukan Chelsea saya.

Semasa sampai keKlinik jam 9.50 pagi, beliau kelihatan tenang.

Semasa Dr Akma membuat injection bius beliau merasa sedikit sakit dan selepas itu semuanya berjalan lancar sebagaimana. doa kami sekeluarga.

Kepada Radzman...selamat menjadi orang dewasa dan ingatlah Tuhanmu dan kekasihNya dan solatlah serta ikutilah suruhanNya agar hidup diberkati. Insyallah

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
05/12/2009

Monday, November 23, 2009

PAK LIAS DAUGHTER's WEDDING





Hari Sabtu dan Ahad yang lalu, saya dan keluarga agak sibuk dengan kedatangan emak mertua dan ipar duai kerana untuk menghadiri majlis pernikahan anak Pak Lias dan Induk Jah di Klana Jaya.
Di pagi Sabtu adalah majlis pernikahan diadakan lebihkurang jam 11.30 pagi. Saya sekeluarga dan Birin sekeluarga hadir di Majlis tersebut. Selepas akad nikah, kaum keluarga makan tengahari dan hidangan agak enak.

Sebelah petangnya beberapa persiapan untuk majlis perkahwinan esok disediakan. Ini termasuk kita bergotong royong membuat "goddies" untuk dihadiahkan kepada para tetamu. Amat meriah diselang dengan gelak ketawa saudara mara.

Lebihkurang jam 4.00 petang semuanya beres hasil kerja yang dilakukan beramai-ramai dan kami meminta izin balik.

Dalam perjalanan balik, adik ipar saya Birin yang tidak berapa faham dengan jalan di PJ dan lebuhraya diLDP sesat selepas saya membayar tol. Mmmmmm...sesat hingga ke Putrajaya dan memasuki pula tol Maju Expressway. Kena bayar tol lagi.

Keesokkan harinya kami pergi semula ke Dewan D Klana di Klana Jaya. Saya pula sesat beberapa kali...namun jumpa juga. Kami bersama Azman sekeluarga dari Melaka. Birin dari rumah kakak iparnya dari Putrajaya

Selepas makan jam 11.00 pagi, saya dan Ajak (kawan sekelas semasa sekolah rendah dulu) bertugas menjaga tapai dan bubur pulut merah untuk diberikan kepada tetamu. Seronok juga sekali sekala membantu tetapi mengalami beberapa masalah seperti sudu habis, bubur habis serta yang akhirnya mangkuk bubur habis.

Tugasan kami selesai apabila mangkuk bubur habis. Lepas tu Zzzzzzzzz.
Kami bertolak balik jam 4.30 petang.

Hujung minggu yang memenatkan tetapi penuh dengan keseronokan berjumpa saudara mara.

Ya Allah...Semoga perkahwinan tersebut berkekalan hingga keakhir hayat, mengikuti suruhanMu dan RasulMu dan semoga dikurniakan anak-anak yang solehah. Amin

Hj Rose Ady Hj Ramli
6 Zulhijjah 1430 Hijra / 23/11/2009
Bandar Baru Bangi