Hari Sabtu dan Ahad yang lalu, saya dan keluarga agak sibuk dengan kedatangan emak mertua dan ipar duai kerana untuk menghadiri majlis pernikahan anak Pak Lias dan Induk Jah di Klana Jaya.
Di pagi Sabtu adalah majlis pernikahan diadakan lebihkurang jam 11.30 pagi. Saya sekeluarga dan Birin sekeluarga hadir di Majlis tersebut. Selepas akad nikah, kaum keluarga makan tengahari dan hidangan agak enak.
Sebelah petangnya beberapa persiapan untuk majlis perkahwinan esok disediakan. Ini termasuk kita bergotong royong membuat "goddies" untuk dihadiahkan kepada para tetamu. Amat meriah diselang dengan gelak ketawa saudara mara.
Lebihkurang jam 4.00 petang semuanya beres hasil kerja yang dilakukan beramai-ramai dan kami meminta izin balik.
Dalam perjalanan balik, adik ipar saya Birin yang tidak berapa faham dengan jalan di PJ dan lebuhraya diLDP sesat selepas saya membayar tol. Mmmmmm...sesat hingga ke Putrajaya dan memasuki pula tol Maju Expressway. Kena bayar tol lagi.
Keesokkan harinya kami pergi semula ke Dewan D Klana di Klana Jaya. Saya pula sesat beberapa kali...namun jumpa juga. Kami bersama Azman sekeluarga dari Melaka. Birin dari rumah kakak iparnya dari Putrajaya
Selepas makan jam 11.00 pagi, saya dan Ajak (kawan sekelas semasa sekolah rendah dulu) bertugas menjaga tapai dan bubur pulut merah untuk diberikan kepada tetamu. Seronok juga sekali sekala membantu tetapi mengalami beberapa masalah seperti sudu habis, bubur habis serta yang akhirnya mangkuk bubur habis.
Tugasan kami selesai apabila mangkuk bubur habis. Lepas tu Zzzzzzzzz.
Kami bertolak balik jam 4.30 petang.
Hujung minggu yang memenatkan tetapi penuh dengan keseronokan berjumpa saudara mara.
Ya Allah...Semoga perkahwinan tersebut berkekalan hingga keakhir hayat, mengikuti suruhanMu dan RasulMu dan semoga dikurniakan anak-anak yang solehah. Amin
Hj Rose Ady Hj Ramli
6 Zulhijjah 1430 Hijra / 23/11/2009
Bandar Baru Bangi
No comments:
Post a Comment