Ini merupakan minggu yang kedua, saya merasakan badan tidak 100% sihat.
Batuk-batuk yang saya alami masih belum reda dan badan masih terasa lemah. Untuk pergi bekerja merupakan perkara yang amat sukar kerana pagi-pagi lagi badan terasa demam dan batuk ....kadang-kadang tidak henti-henti. Apa lagi perlu mandi dipagi hari yang dingin.
Minggu lepas saya cuti sakit selama 2 hari. hari Rabu, (04/11/09) dan Khamis (05/11/09). Pada hari Jumaatnya saya gagahkan diri untuk bekerja, namun saya rasa hanya 30% sihat dan tiada apa yang saya lakukan sepanjang hari dipejabat, hanya menanda tangani beberapa dokumen.
Pada hari Ahad yang lepas, saya dan isteri ke Darul Shifa, Bandar Baru Bangi berdekatan dengan rumah untuk mendapatkan rawatan secara tradisional, kerana saya dapat rasakan sesuatu yang pelik berlaku apabila, batuk saya tidak pulih-pulih hingga sekarang.
Menurut pakar Dr Hamidah di KPJ Shah Alam mungkin saya ada athma tetapi saya rasakan mungkin ya ...mungkin tidak.
Di Darul Shifa, saya berjumpa dengan salah seorang ustaz disitu dan setelah menjalani rawatan saya balik lebihkurang jam 6.45 petang.
Disebabkan sakit ini saya sentiasa duduk dirumah dan berehat. Menulis diruangan ini pun terasa tidak termampu. Hari ini terasa ada sedikit tenaga untuk menulis.
Saya mohon kepada Allah swt agar sakit ini pulih 100% dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
22 Zulkaedah 1430
Salam,
ReplyDeleteBaru hari ni ada kesempatan melawat blog Hj Ady, itupun setelah isteri saya yang login malam tadi tinggalkan komputer tak logout sampai pagi ni.
Masih teringat lagi bunyi batuk Hj Ady masa kek Mekah dulu. Ada sikit bunyi lagu merdu di hujung batuk. Kalau kena time Hj Ady dan arwah Hj Fuaad sama-sama batuk, memang gamat Hotel Ufuk Fateh dibuatnya.
Apa-apa pun, diharap Hj Ady bersabar dengan dugaan ini. Teruskan beramal dengan yang wajib dan banyakkan yang sunat selain beriadah untuk kesihatan fizikal.
P.s. Kek Seromban ni, ado doktor pakar namo e Dr. Yong, klinik dio sederet dongan kodai perabut Lorenzo. Dulu dio dopek detect abah den punyo sakit paru-paru dan alhamdulillah dengan ikhtiar jumpo dan pakai ubat dio, sakit batuk dan paru-parunya kurang la sikit. Sekadar memberi cadangan berdasarkan pengalaman saya.
Hj Hashim
Seremban
Assalamualaikum wbt Hj Hashi.
ReplyDeleteSebonarnya saya baru terbaca komen ni. Tks. Saya akan menghubungi Tn Hj dimasa akan datang