Tuesday, November 10, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 19




Hari ini, 10 November.... 19 tahun yang lalu saya diijabkabulkan dengan isteri Hajjah Salmi Baharudin.

Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 19.

Masa berlalu terlalu pantas......walaupun diri terasa masih muda tetapi umur dan anak-anak telahpun membesar, Syamimi berumur 17 tahun, Radzlan berumur 14 tahun dan Radzman berumur 9 tahun. Uban dikepala dan rambut yang dahulunya lebat telah kian nipis, kekuatan fizikal semakin berkurangan.

Sememangnya sepanjang perjalanan perkahwinan kami selama 19 tahun ini memang diuji dengan cabaran-cabaran yang hebat tetapi berkat kesabaran kami, alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepadaNya, semuanya berjalan lancar.

Sememangnya Allah itu maha mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui. Kelemahan suami ditutupi oleh isteri dan kelemahan isteri ditutupi oleh sang suami. Dalam kata lain saling lengkap melengkapi.

Hari ini saya dan isteri ingin memanjatkan segala rasa kesyukuran kerana dikurniakan anak seramai 3 orang, diberikan rezeki yang tidak banyak malah tidak sedikit dan sentiasa ada, kesihatan yang baik (walaupun sekarang ni saya sakit), pekerjaan yang sederhana, diberikan ruang untuk beribadah serta mendalami ilmu agama, mempunyai jiran-jiran yang baik, rakan-rakan yang sentiasa bertanyakan khabar, tiada mempunyai masalah besar dalam membesarkan anak-anak.

Kalau dihitung nikmat dari udara yang kita hirup dan perkara-perkara yang lain...tentunya tidk akan terhitung oleh kita.

Oleh itu disini saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada pencipta alam semesta ini agar keluarga kami senantiasa diberkati, dilimpahkan rahmat, dijauhkan musibah, dimurahkan rezeki dan biarlah hidup dan mati kami kerana Mu ya Allah. Amin.

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
10 November 2009
22 Zulkaedah 1430 Hijrah




2 comments:

  1. salam
    saya anak kepada haji mohd mokhnar dahalan teman umrah sekeluarga ..ingin meminta gambar semasa di jordan & umrah, hantarkan kpd email ayah saya,

    : mochnar@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.

    Baru terbaca komen ni, nanti uncle hantarkan insyallah

    ReplyDelete