Pagi semalam bermulanya peperiksaan SPM bagi tahun 2009. Syamimi anak saya yang pertama mendudukinya.
Walaupun beliau yang menduduki peperiksaan tersebut tetapi hati ibu bapa yang bimbang, begitulah mungkin semasa saya mengambil MCE (Malaysian Certificate of Education) dulu pada tahun 1979....mungkin ayah dan emak merasakan perasaan yang sama.
Musim peperiksaan ini adalah penentu atau KPI kepada apa yang telah dipelajari dan dimentelaah oleh pelajar2 tersebut selama 2 tahun pelajaran mereka sepanjang dipersekolahan.
Apa yang saya harapkan adalah dikurniakan Allah kesihatan yang baik disepanjang musim peperiksaan ini, hati yang tenang untuk Syamimi dan akhirnya menjawab soalan-soalan dengan baik agar mendapat keputusan yang baik juga.
Walaubagaimanapun pelajaran penting tetapi dalam kita mengejar tingkat pelajaran yang tinggi, janganlah kita abaikan asas agama, pelajaran agama dan mempraktikkannya dan ini amat penting supaya ia seimbang dengan asas kita sebagai manusia agar mengejar dunia dan akhirat dengan seimbang.
Dunia adalah tempat sementara tetapi bawalah dengan banyak saham2 untuk tempat yang akan kita tinggal buat selama-lamanya iaitu hari akhirat yang mana jika banyak saham atau ibadah kita maka syurgalah tempat kita dan maka jika kurang timbangannya maka nerakalah tempat yang akan kita tinggal.
Saya mengingatkan diri saya dan keluarga saya serta semua umat muslimin dan muslimat agar sentiasa mengingatiNya serta mengamalkan suruhanNya, mengikuti sunah RasulNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Syamimi...semoga berjaya didunia dan akhirat...Insyallah , amieen.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
2 Zulhijjah 1430 / 19 November 2009
No comments:
Post a Comment