Friday, April 21, 2017

ISTIADAT KONVOKESYEN KE 86, UiTM, SHAH ALAM

Alahamdulillah....

Untuk mengelakkan tidak sampai pada waktunya, kami sekeluarga bermalam di sebuah hotel di Shah Alam untuk menghadiri konvokesyen anakanda Syamimi...

Awal pagi, 17hb April kami telah check-out dari hotel dan sampai awal dalam jam 6.50 pagi.
Maka bermulalah istiadat tersebut.

Tahniah Syamimi kerana telah dianugerahkan Ijazah Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian...



























Tuesday, April 4, 2017

Besar ujian dariNya

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun.
Syafakallah kepada staf syarikat, saudara Helmee dan saudara Khairul yang kini berada di hospital.
Masih belum Allah beri kesempatan saya menziarahi isteri kepada saudara Helmee yang sekarang mengidap kanser, juga merupakan staf syarikat.
Moga di pagi Jumaat yang maha barakah ini Allah swt pelihara mereka, berikan kesembuhan serta mengangkat darjat mereka di atas musibah dan ujian dariMu Ya Allah.
Juga tidak lupa moga Allah juga beri kesembuhan kepada isteri saya dan angkat darjat beliau dalam redhaNya.
Aamiin...


Sahabat-sahabat saya....

















Alhamdulillah... 
dah lama sangat tidak menghadiri kuliah...
Berjumpa kembali dgn sahabat Hj Mohd Akhir dan sahabat persekolahan saya Dr Amaluddin.. 
Di belakang tu Ustaz Khairul Anuar Abu Othman yang baru menyampaikan kuliah subuh pagi ini... 
InsyaAllah maghrib ni looking forward kuliah Ustaz Johari Wahab di Surau AlIkhlas BBBangi....

Hebatnya Doa...



 'Kita tidak mampu mengubah hidup seseorang, tetapi kita mampu mengubahnya dengan doa...."


Bulan-bulan yang diharamkan berperang

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."

(At Tawbah:36)




Labbaaikallahumalabaik....Kami datang kepadaMu Ya Allah.... Makkah dan Madinah..Nov-Dec 2016

Assalamualaikum wbt....


Dah sekian lama tidak menulis ...kesuntukan masa... lebih kepada WA dan FB maka ketinggalan sedikit blog ini...



Alhamdulillah pada penghujung bulan November dan awal Disember 2016, saya dan famili, adik-adik... Ina, Mimi, Azla dan emak menjadi tetamuNya. Pemergian kami yang terakhir adalah pada tahun 2012 yang lalu... namun rasa rindu untuk ke Baitullah memang senantiasa ada dalam setiap insan yang pernah menjejakkan kakinya di sana.



Kali ini kami mengikuti Ustaz Fakharudin dari Tiram Travel Sdn. Bhd. dengan bayaran setiap jemaah sebanyak RM6,590 dan menginap di Hilton Tower...hanya 50 meter jaraknya dari Baitulharam...

Ini juga pertama kali kami masuk ke Baitulharam kerana ziarah kami sebelum ini adalah dari Madinah al Munawarah...


Kebiasaannya demam dan batuk ini telah menjadi lumrah apabila berada di sini. Bersama ini kami rakamkan detik-detik manis kami di sini dan moga Allah mengurniakan kami semua umrah dan mabrur dan mabrurah.



Moga Allah beri kesihatan, rezeki untuk kami datang lagi ke Baitullah dan pastinya kerinduan terselit dalam hati-hati kami ini...



Kami merindui Makkah kerana di sini terlakar sejarah Islam yang Agong, dan tanah suci Madinah kerana disitulah terdapatnya insan yang paling mulia yang kita dambakan syafaatnya di kala tiada syafaat yang Maha Besar kecuali darinya untuk kami iaitu di hari perhitungan nanti.



Moga kami tergolong dari mereka yang Allah melimpahkan rahmat, perlindungan, pengampunan, redha dan beroleh  syurga FirdausiNya ...



Aamiin...

KLIA 2 ....menanti Flight Air Asia X ke Jeddah

Dalam flight....tidur

Berehat sebelum ibadah umrah yang pertama...

Selesai umrah yang pertama....Rasulullah saw mendoakan keampunan dan kerahmatan sebanyak 3 kali kepada mereka yan bercukur manakala hanya sekali untuk mereka yang hanya bergunting.... Afdalnya bercukur

Emak, Ina, Mimi dan Azla.... Azla merupakan ziarah pertama beliau ke Baitullah..Alhamdulillah..


Saie...bersama Syamimi dan isteri tercinta...

Bergambar bersama famili dan kakak ipar...Lili






































































































































Jemaah kami yang paling kecil....Subhanallah