Tuesday, November 3, 2009

ZIARAH BAKAL-BAKAL HAJI 1430




Hari Sabtu dan Ahad yang lepas saya dan isteri sibuk menziarahi sahabat-sahabat dan saudara yang hendak menunaikan fardu haji.

Hari Sabtunya, 31/10/2009 kami ke Danau Kota, Setapak menziarahi Induk Lili (emak saudara isteri) dan anaknya Aizat yang akan berangkat ke tanah suci pada hari Isnin, 02/11/2009. Sebagaimana pengalaman yang pernah kami dapat, saya ada memaklumkan kepada Aizat perkara-perkara yang perlu kuat dalam pegangan atau prinsip kita termasuklah banyakkan bersabar dan buatlah sesuatu yang banyak munafaatnya apabila berada ditanah suci seperti berazam untuk qatam Al-Quran dan banyakkan solat2 sunat bila berada disana serta menjaga kesihatan dan membantu ibunya yang pergi bersama dengan penuh kesabaran.

Pada keesokan harinya lebihkurang jam 5.15 petang kami kerumah Puan Ani yang mana bekas suaminya merupakan sahabat saya dan Puan Ani akan berangkat jam 5.30 petang dari rumah. Sebelum berangkat, anaknya Johan telah melaungkan azan.

Rumah Puan Ani dan rumah kami dekat dan hanya lebihkurang 70 meter dari rumah kami.
Selesai dirumah Puan Ani, kami ke rumah Jamil, juga berdekatan dengan rumah kami (satu lorong) dan beliau juga berangkat pada hari tersebut bersama isterinya, Puan Midah.

Semasa berada dirumahnya, dan disatu ketika beliau memanggil kesemua anak-anaknya dan bersalaman seorang demi seorang. Terasa sayu hati saya melihatnya kerana saya dapat rasakan perasaan mereka pada masa itu kerana saat-saat itu saya pernah saya lalui setahun yang lalu.

Bila berkesempatan bersama Jamil ada juga tips-tips yang saya sampaikan kepadanya untuk dijadikan panduan contohnya sabar dalam menjalani ibadah.

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang dan mereka pun berangkat ke Kelana Jaya.

Disamping itu saya terkenangkan juga adik ipar saya Latif dan adik perempuan saya, Aida yang status pemergiannya masih kabur. Latif telah disahkan dapat pergi tetapi Aida masih menunggu. Moga-moga Allah makbulkan permintaan mereka dapat pergi bersama suami isteri.

Apabila menziarahi mereka yang akan mengerjakan haji, kami terasa akan kemanisannya yang bakal dilalui oleh sahabat-sahabat dan saudara.

Lambaian Baitullah... azan yang mendayu dari Masjidil Haram...., Masid Nabawi ..... bait-bait ayat Al-Quran yang berkumandang semasa solat dikedua-dua masjid....lawatan ke makam Nabi....lawatan ke makam para syuhada Uhud dan bertemu dengan sahabat-sahabat yang baru yang sama-sama mengerjakan haji membuatkan hati sesiapa pun yang pernah mengunjungi Baitullah meronta-ronta hendak turut serta kesana.

Kepada yang bakal-bakal haji kami mengucapkan selamat mengerjakan ibadah Haji semoga memperolehi haji yang mabrur.

"HAJI YANG MABRUR ITU TIADA BALASANNYA MELAINKAN SYURGA"

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi,
15 Zulkaedah 1430.


No comments:

Post a Comment