Dua minggu lepas, boss saya Mr Uchikoba menyatakan beliau ingin menjamu staf Pentadbiran kerana seksyen "Purchasing" akan diletakkan dibawah Jabatan "Business Development"apabila rombakan besar besaran Carta Organisasi syarikat.
Saya pun menghubungi Hotel Grand Blue Wave Shah Alam untuk majlis tersebut yang telah diadakan pada malam ini, 23 Oktober 2009.
Uchikoba dalam ucapannya menyatakan beliau ingin memjamu semua staf pentadbiran dan malam ini beliau menggesa semua staf makan sebanyak2nya.
Majlis makan malam ini diselangi oleh gelak ketawa mengenai syarikat, perhubungan cinta sesama insan yang mana merujuk kepada Hafizul dan teman wanitanya dan Maizatul bersama tunangnya.
Perbualan juga berlegar mengenai kereta dan motosikal. Secara terus terang pertemuan sebegini besar maknanya kerana ia mengeratkan lagi perhubungan sesama staf.
Makanan yang disediakan secara buffet memang menyelerakan lebih2 lagi kepada Hafizul yang saya rasa beliaulah menjuarai acara makan pada malam tersebut.
Setelah perut kenyang, terbit pula rasa mengantuk dan akhirnya semua dari kita terpaksa akur yang semua dari kita mesti pulang kerana jam pun telah menunjukkan jam 9.30 malam.
Mereka yang akhir bersama Uchikoba adalah saya, Zaini, Yudin Rizal dan Hafizul.
Staf yang lain seperti Siti, Yati, Mai, Khodijah, Mardiana, Nurul Asmaq, Nurul Bahar, Ita, Basirah, Mira, Ishak , Mr Kumada dan Zawiyah telah awal2 lagi meningglkan kami.
Saya sampai dirumah lebihkurang jam 10.10 malam. Penat tetapi puas dan gembira dapat berbual2 dan makan bersama2 kakitangan pentadbiran
Kepada Uchikoba, terimakasih diatas majlis makan malam ini dan malam ini kami diberikan rezeki olehNya....alhamdulillah
Jumpa lagi...
Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
23 Oktober 2009
Uchikoba san aderlah boss first yang cuba mendekatkan hubungan sesama staff ;)
ReplyDeleteBetul tu. Saya rasa pun begitu.
ReplyDelete