Perjumpaan penuh bermakna....
Saya terbaca e-mail yang datangnya dari Ustaz Halim kepada saya mengenai jemputan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anaknya di Seremban dan beliau turut menjemput semua jemaah Haji dibawah kelolaannya dari tahun 2003 hingga tahun 2008. Mmmm...peluang untuk menemui sahabat2.
Tanggal 3 Oktober 2009 bersamaan 14 Syawal 430 Hijrah, hari yang dinantikan oleh saya dan isteri...ye lah nak jumpa kawan2 yang sama2 tinggal di Mekah dan Madinah. saya dan isteri, Radzlan dan Radzman memulakan perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Seremban. Kami singgah di Bukit Mahkota mengambil Hjh Norwati, isteri allahyarham Hj Fuad kerana kami berjanji pergi bersama.
Sampai di rumah Ustaz Halim lebih kurang jam 1.00 petang...alhamdulillah tepat pada masanya dan setelah berjumpa Ustaz, kami menikmati hidangan yang disediakan. Meja didatangi oleh beberapa jemaah...Hjh Diana, isteri Hj Dr Rosmaini, Haji Zaid, Haji Daud.
Setelah selesai, saya menuju kepada mereka yang baru sampai, Hj Rahman, Hj Isa, Hj Hashim, Hj Rahim (2 Rahim), Hj Hamzah, Hj Sahudin, Hj Awaludin, Hj Mustafa (3 Mus), Hj Wan, Hj Aziz, Hj Mustapah, Hj Jamarin, Hj Ahmad, Hj Hamzah dan beberapa orang lagi bersama isteri2 masing2.
Memang meriah sekali dan gelak tawa terlerai yang disaksikan oleh jemputan lain, dan apa lagi memang kesempatan seperti ini dinanti2kan untuk bergambar kenangan bersama Ustaz Halim walaupun kelihatan Ustaz Halim sedang sibuk melayan tetamu2 beliau.
Terimakasih Ustaz Halim, isteri dan keluarga diatas jemputan dan hidangan yang disediakan.
Setelah selesai dan bersalaman dengan Ustaz, Hj Daud dan isteri mengajak semua jemaah datang kerumahnya...maka apa lagi berkumpul pula kali kedua dirumah beliau. Kalau rumah Ustaz Halim di Taman Pulai Impian, teratak Hj Daud pula, ditaman sebelahnya,,Taman Sri Pulai.
Hj Daud dan isteri bersama-sama isteri menyediakan juadah hari raya tetapi apa yang dapat saya rasakan bukanlah juadah yang diutama tetapi perjumpaan yang bermakna ini. Yelah selepas hampir setahun tak berjumpa. Semasa disana, Hj Azizan dan isterinya Hjh Dr Hayati juga tiba dan Hj Wan dan isteri.
Terimakasih Hj Daud dan isteri.
Sebelum balik Hj Mustafa mengajak juga kerumahnya di Taman Cengal Utama...yelah dari rumah rancangannya hanya 2 rumah iaitu rumah Ustaz Halim dan Hj Nisa tetapi rancangan berubah. Sebelum itu singgah kami di Masjid Sikamat untuk menunaikan solat dzuhur. Disitu saya sempat bertemu Hj Halim, Hj Mohd Shah dan Hj Shuhaimi masing2 tak lupa mengerjakan perkara yang diwajibkan.
Selepas solat, kami ke rumah Hj Nisa kerana beliau mengajak khenduri kahwin anak lelakinya di Kg Durian 3 Batang, Gedung Lalang. Sampai disana lebih kurang jam 3.00 petang dan jemputan pun dah amat berkurangan. Walaubagaimanapun, kami bertemu Hj Hamid dan Hj Amran bersama isteri masing2.
Selepas solat, kami ke rumah Hj Nisa kerana beliau mengajak khenduri kahwin anak lelakinya di Kg Durian 3 Batang, Gedung Lalang. Sampai disana lebih kurang jam 3.00 petang dan jemputan pun dah amat berkurangan. Walaubagaimanapun, kami bertemu Hj Hamid dan Hj Amran bersama isteri masing2.
Selesai di rumah Hj Nisa....pergi ke Taman Cengal Utama...rumah Hj Mustafa tetapi hanya saya sekeluarga, Hj Hamid , Hj Isa dan Hj Amran yang hadir.
Dari rumah Hj Mus, kami ke rumah Fadil, adik isteri saya untuk menghantar emak mertua yang turut serta dalam kumpulan saya dan kami meninggalkan bandar Seremban lebihkurang jam 5.10 petang dan dalam perjalanan balik singgah ke Bukit Mahkota untuk menghantar pulang Hjh Nor.
Sampai di Bangi lebihkurang jam 5.50 petang dan selepas solat, saya menghadiri satu lagi rumah terbuka di rumah saudara Azmi Murad.
Malam....letih, lucu, gembira...satu perjalanan yang penuh bermakna yang tak terucap dengan kata- kata.
Kepada semua terimakasih diucapkan
Terfikir....mmm...perjumpaan ini telah ditakdirkan oleh Nya
Syukur Alhamdulillah!!!
Bandar Baru Bangi
Ahad, 4 Oktober 2009
No comments:
Post a Comment