Balik kampong pada Sabtu, 19/09/2009 dan pada kali ini giliran isteri beraya di kg nya di Kg Sega Ulu, Rantau, Negeri Sembilan.
Pada sebelah malamnya pulang kerumah emak di Taman Paroi Jaya, Seremban. Kalau dah balik raya ni macam2lah cerita yg muncul tetapi soalan2 lazim apabila memulakan bicara adalah,
"Berapa hari cuti?", "Bila sampai?", "Kerja kat mana sekarang?", "Anak berapa orang dah", "Tinggal kat mana sekarang?", "Waktu balik jalanraya jem ke tidak?".
Waktu sebegini kadang2 kita berjumpa orang yg tak pernah bersua hampir setahun dan hanya dapat bertemu setahun sekali dan ruang & kesempatan inilah digunakan untuk berbual2 mesra dan bertanya khabar.
Berjumpa dengan orang2 tua seperti datuk, nenek, sanak saudara dan rakan2 menjadi amalan kerana tahun hadapan tidak tentu dapat berjumpa.
Saya sempat bergambar disebelah rumah usang yg menjadi tempat tinggal saya bersama ayah, emak, datok dan nenek bersama emak2 saudara 45 tahun dahulu. Hidup dibelenggu denga kesusahan dan apabila ditanya oleh Radzman,
"Apa pasal ayah ambil gambar kat rumah buruk ni" dan saya jawab,
"Dirumah nilah ayah dibesarkan dan inilah tempat main ayah masa kecik2 dulu...kira2 45 tahun dahulu dan ayah pernah bergambar bersama2 dengan Mak Ngah (emak saudaranya) ditempat ni kira 42 tahun yg lalu", jawab saya dengan penuh nostagia. Ada saya abadikan gambar tesebut dalam gambar2 diatas.
Ada yg balik kekampong dengan kereta baru, ada kereta lama dan macam2 lagi ragam.
Kanak2lah yg amat bergembira, ye lah masa inilah nak main mercun dan bunga api, kumpul duit "ang pow" seberapa banyak yg boleh dan ada ketikanya ia mencuit hati saya.
Semasa beraya dirumah kakak ipar dikampong berlaku kejadian lucu dimana ada sekumpulan kanak2 beraya sama kerumah tersebut. Selepas makan dan minum, maka tuan rumah pun memberikan "ang pow" kepada kanak2 tadi dan mereka pun beredar. Beberapa minit kemudian seorang kanak2 dari kumpulan tadi datang kembali kerumah dan bertanyakan'
"Pak cik, dalam sampul ang pow ni kosong...tak ada duit"
Oleh itu terpaksalah tuan rumah memberikan duitnya, diiringi dengan gelak ketawa saya dan tetamu2 yg lain. Lain kali kita kena pastikan ada duit dalam sampul tersebut. Kadang2 terlepas pandang.
Di Hari Raya ke 3 anak saya Radzlan dan sepupunya, Firdaus hendak membeli mercun dan Firdaus pun meminjam motosikal emak saudaranya, Lili. Setelah selesai membeli, sepatutnya mereka balik dan kembalikan motosikal tersebut tetapi mereka "menyeleweng" ketempat lain & walaupun dinasihati, mereka pergi juga.
Malang tak berbau, beberapa ketika kemudian, kembalilah mereka mengheret motorsikal emak saudaranya yg telah pun patah plet no nya dan beberapa bahagian lagi. Dengan muka pucat kedua2nya terpaksalah menghadapi situasi ini. Motorsikal perlu diganti dan saya dan Azman, bapa budak2 "nakal" tadi terpaksa mengeluarkan wang untuk memperbaiki motor tersebut.
Inilah sebahagian cerita2 manis dan pahit di bulan Syawal 1430 Hijrah ini.
6 Syawal 1430 Hijrah / 25/09/09
Bandar Baru Bangi.
No comments:
Post a Comment