AKTIVITI DAN PERSEDIAAN PRA-HAJI DIMEKAH
Dengan mengikuti rombongan syarikat Mitra Kembara, para jemaah dibawa kepada lawatan2 sambil belajar atau lawatan pra - Haji disekitar Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Tempat pertama yg dilawati adalah ke Padang Arafah, tempat berkumpulnya lebihkurang 4-5 juta umat Islam seluruh dunia dan Ustaz Halim menunjukkan jalan2 yg bakal dilalui oleh jemaah secara berkenderaan dan berjalan kaki.

- Beliau memperlihatkan papan tanda arah kiblat kerana ia penting semasa hari Wukuf nanti kerana hala badan kita sentiasa ditujukan kearah kiblat.
- Beliau juga sempat menunjukkan disatu kawasan lapang di Mina yg mana tempat itu berlakunya satu peristiwa tentera Abrahah diserang oleh burung2 Ababil semasa tentera Abrahah hendak menyerang Mekah dan Kaabah.
- Semasa lawatan itu juga sempat para jemaah dibawa disalah satu khemah di Mina yg beliau sendiri menunjukkan kawasan perkhemahan dan luasnya khemah yg bakal diduduki oleh para jemaah.
- Bas kami juga menyusuri kawasan Muzdalifah dimana kita akan berada seketika dan bakal mengutip batu2 kecil untuk digunakan semasa Melontar Jamrah nanti.
- Di satu kawasan berdekatan Jamrah, dari kedudukan bas yg kita naiki diperlihatkan kawasan perkhemahan di Mina dan dimaklumkan oleh Ustaz Halim tempat2 melontar serta kawasan perkhemahan Maktab 83 yg berhampiran dengan terowong Muassim.
Dengan penerangan2 dan aktiviti2 pra Haji ini, para jemaah dapat memahami sedikit sebanyak perjalanan mengerjakan Haji yg sebenarnya paa hari Wukuf nanti.
Benarlah apa yg disarankan oleh adik ipar saya mengenai rombongan Haji Ustaz Halim ini yg memberikan sepenuhnya maklumat, ilmu serta petunjuk untuk memudahkan mengerjakan Haji, Insyallah
No comments:
Post a Comment