Wednesday, September 9, 2009

Pengalaman Haji 2008 / 1429 Hijrah - Mina Dan Melontar (7)























































KENANGAN MINA DAN IBADAH MELONTAR
Bumi Mina menantikan jemaah Mitra Kembara serami lebihkuran 130 orang. DiMina kami ditempatkan disatu khemah yg besar tetapi terpaksa berhimpit2 dan apabila tidur kepala bertemu kepala, bahu bertemu bahu dan dalam serba kekurangan walaupun itulah yg terbaik.

Di setiap maktab, tandas yg menempatkan jemaah ada lebihkurang 20 tandas untuk lelaki yg akan digunakan oleh lebihkurang 1,000 ke 2,000 orang jemaah. Beratur untuk menggunakan tandas pada lewat2 malam, pertengkaran mulut antara jemaah, yg tua tidak dapat menahan utk kencing kencing ditepi2 khemah, jemaah yg menunggu diluar tandas mengetuk2 pintu tandas dgn kuat adalah scenario biasa apabila tahap kesabaran tidak tergapai oleh individu2 diatas ujian Allah ini. maka cabaran2 ini akan dilalui oleh bakal2 Haji sekelian.

DiMina, jemaah akan melakukan ibadah Melontar Jamrah pada 10 hb, 11hb, 12hb dan 13hb mengikut tertib dan bergunting.

DiMina juga Ustaz Halim menyampaikan kuliahnya setiap lepas Maghrib dan menjalan Qiyamulai pada sebelah malamnya.

Akan tetapi di Mina saya diduga ole Allah swt apabila pada satu malam sedang saya tidur, tiba2 badan menjadi sejuk yg teramat sangat yg menyebabkan selimut hotel yg tebal yg menyelimuti badan saya tidak terasa akan kepanasannya. Jemaah yg lain sedang tidur tetapi gigi atas dan bawah saya mula bergetar dan berlaga kerana kesejukan tadi. Perlahan2 saya ambil ubat didalam beg dan memakannya namun ujian Allah amat kuat kerana ubat tersebut tidak meredakan kesejukan yg saya alami. Dalam berselimut itu saya berdoa kepada Allah, sembuhkan aku dari keadaan ini maka beberapa lama kemudian badan saya mulai normal dan dapat melelapkan mata tetapi badan berasa macam demam. Pada malamnya Ustaz Halim mengerjakan Qiyamulai yg tak dapat satya ikuti bersama beliau kerana demam tersebut.

Kepentingan dan sejarah Mina dan sejarah mengapa bercukur lebih baik diceritakan oleh Ustaz Halim dalam kuliahnya. Saya lampirkan kuliah beliau yg beliau tuliskan dalam blog beliau untuk bahan bacaan sahabat2 sekelian,

Mina meninggal seribu pengajaran
Posted on Disember 13, 2008 by Ustaz Halim
Kelmarin jemaah Haji di Mekah meninggalkan Mina setelah bermalam di sana selama 3 malam. Berada di bumi Mina selama beberapa hari tersebut mengingat bahkan membakar semangat juang seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Mina tempat berputiknya Islam di Madinah dan anak tangga pertama berlakunya Hijrah. Mina tempat pengorbanan dibuktikan oleh Nabi Ibrahim as dan keluarganya, serta Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Sekiranya 3 juta jemaah Haji seluruh dunia benar-benar mengamati bumi Mina sepanjang mereka bermalam di sana, sudah tentu Mina boleh membakar semangat juang mereka dan memberi kesan besar terhadap masyarakat disekeliling apabila mereka kembali kepada mereka. “Kenapa tidak keluar setiap golongan dari mereka satu kumpulan untuk mempelajari Agama, dan memberi amaran kepada masyarakat apabila mereka kembali kepada mereka” (At-Taubah).
1- Ketika Dakwah di Mekah membeku, Nabi saw cuba di Taif tetapi gagal dan Allah swt memberi semangat kepadanya diperistiwa Israk Mikraj, Mina menjadi pilihan Nabi saw untuk berdakwah. Ia tempat kabilah-kabilah berkumpul semasa Haji.
2- Nabi saw tidak berputus asa dan masuk ke setiap khemah, walaupun kesemua khemah menolak Islam yang Baginda saw bentangkan! Mereka berkata, “Kalaulah orang ni ditolak oleh kaumnya sendiri, tak kan kita pula nak menerima dia”! Sayang, penolakan mereka mengakibatkan kampung mereka dilupai umat Islam hari ini, berbeza dengan Madinah! Ketika Rasulullah saw berada dalam khemah mereka, mereka punya beberapa minit untuk membuat keputusan bersejarah yang besar. Mereka gagal membuat keputusan yang betul, keputusan yang mengangkat mertabat keturunan dan bandar mereka sendiri. Amat malang jika kita hari ini juga seperti sedemikian. Buatlah keputusan yang betul untuk bersama qafilah (rombongan) Dakwah Islam yang sahih, demi masadepan kita sendiri dan anak cucu cicit kita. Mereka yang menangguh untuk bersama, maka ketahuilah bahawa qafilah Dakwah akan meneruskan perjalanannya tanpa menunggu sesiapa.
3- Di sempadan Mina, setelah puas bertemu setiap kabilah di setiap khemah, apabila lalu di Aqabah, Nabi saw nampak 6 orang dari Yathrib (Madinah) sedang bercukur kepala. Baginda saw masih tidak berputus asa, pergi mendekati mereka dan mengemukakan Islam untuk dibawa ke kampung mereka. Rupanya mereka pernah mendengar akan datang Nabi Terakhir dari kaum Yahudi Yathrib, lalu mereka memeluk Islam. Di sini bermula putik Islam di Madinah! Moga Allah swt terus memberkati bumi Mina dan membakar semangat juang setiap mukmin yang bermalam di situ pada Hari-hari Tasyriq. Demikian juga pengajaran kepada para Duat sepanjang zaman, dimana pertolongan Allah sering datang dipenghujung usaha-usaha yang dibuat tanpa jemu dan putus asa. Lihat juga bagaimana Allah swt mendatangkan air Zamzam dipenghujung usaha Hajar mencarinya, Allah swt mendatangkan ribut kencang dipenghujung kesabaran dan usaha para Sahabar ra ketika Perang Khandaq.
4- Pada Musim Haji berikutnya, Mina menjadi tempat Bai’ah (Perjanjian) Aqabah I antara Rasulullah saw dengan 12 wakil umat Islam Madinah. Ia adalah perjanjian memperkasakan Tarbiyah Islamiyah sebagai asas gerakan dan Daulah Islam, menubuhkan Kementerian Pendidikan di Madinah dengan menteri pertamanya, Mus’ab bin Umair, dari Mekah, dihantar ke Madinah untuk terus hidup bersama mereka sehingga hari syahidnya di Perang Uhud.
5- Pada Musim Haji tahun selepas itu pula, Mina sekali lagi menjadi tempat Bai’ah Aqabah II diantara Rasulullah saw dengan 75 wakil umat Islam Madinah. Ia adalah perjanjian memperkasakan Jihad Islami, mengasaskan kedaulatan sebuah negara dan menubuhkan Kementerian Pertahanan di Madinah. Hanya dengan terjaminnya Kedaulatan di Madinah, baru Nabi saw bersedia berhijrah ke sana. Sebaik termeterinya Bai’ah Aqabah II, jemaah Haji bersurai dan pulang ke negeri masing-masing, Allah swt dan Rasulullah saw mewajibkan kaum muslimin di Mekah berhijrah ke Madinah, meninggalkan segala hartanah, aset, sanak saudara, kampung halaman dan kenangan turun temurun. Ianya adalah satu arahan yang besar untuk dilaksanakan. Tanpa Iman, keyakinan dan cita-cita tinggi untuk melihat Agama ini menang di dunia mengatasi Kuasa-kuasa Besar Dunia, sudah tentu tarikan harta dan nafsu dunia boleh mengatasi Perjuangan.
6- Di Bai’ah Aqabah II, para 75 Sahabat ra Madinah bersedia melawan Kuasa-kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jika mereka cuba menceroboh dan mencari Rasulullah saw. Mereka termasuk 2 Sahabat wanita, Nusaibah binti Kaab dan Asmak binti Amru! Bandingkan semangat kedua-dua wanita ini dengan mana-mana askar lelaki kita zaman kini jika diajak melawan Amerika!
7- Khuatir jika komisyen atau pulangan hasil dari perjanjian mereka dengan Rasulullah saw nanti tak seberapa, mereka bertanya tentang apakah balasan untuk mereka. Nabi saw menjawab, “Kamu mendapat Syurga”. Mendengar “Syurga”, mereka tidak berlengah, sebaliknya terus menghulur tangan untuk bersalam dan memeteri perjanjian dengan Nabi saw. Alangkah besarnya “Syurga” di hati mereka berbanding dengan komisyen dari dunia yang fana ini. Perjuangan Duat hari ini tidak akan kemana jika dunia dan perhiasannya masih bertahta, banyak atau sedikit, di hati dan jiwa mereka.
Dari Mina, berlaku Hijrah ke Madinah. Dari Madinah, tersebarnya cahaya Islam ke serata pelusuk Semenanjung Arab dan dunia. Jasa dan pengajaran Mina akan tetap teguh di dalam hati dan jiwa para Duat. Setiap butir pepasir dan batu di Mina akan terus menjadi saksi kisah-kisah lalu yang membakar semangat juang Duat hari ini. Moga bertemu lagi dengan Mina di tahun-tahun hadapan. Ameen.
Ustaz Halim
www.inijalanku.wordpress.com
Wasallam

No comments:

Post a Comment