Gambar kenangan ayah dan emak semasa menghadiri perkahwinan anak Andak di Seremban
KURSUS HAJI 2008/1429 HIJRAH
Kursus pengajian bakal-bakal jemaaah Haji telah saya lalui bersama2 isteri di Masjid UKM disetiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu petang. Berdebar2 hati kerana ada jemaah yang telah mendapat tawaran yang mereka bakal menjadi tetamu Allah pada tahun ini, 2008/1429 Hijrah namun bagi saya dan isteri ia masih menjadi tanda tanya.
Selang beberapa waktu saya dan isteri dipanggil juga menghadiri kursus di ILIM, Bangi dan seterusnya Kursus Perdana Haji di Masjid Shah Alam. Dalam masa yg sama kami juga diminta menghadiri pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan kerajaan di Bandar Baru Bangi.
Pada masa yang sama beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri iaitu semasa bulan Ramadhan, penyakit batu karang saya berulang kembali dan pada malam Sabtu itu saya terpaksa dihantar oleh isteri ke KPJ Kajang untuk medapatkan rawatan. Ekoran dari itu saya berpendapat bahawa lebih baik menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu karang dengan segera lebih2 lagi sekiranya dapat mengerjakan Haji pada tahun ini. Masih segar ingatan saya, semasa saya berada di hospital, ayah juga dimasukkan dihospital Seremban kerana sakit.
Adik2 dan emak terpaksa bergilir2 menjaga ayah di hospital. Setelah beberapa hari tinggal dihospital dan alhamdulillah pembedahan mengeluarkan batu karang juga telah berjaya dilakukan oleh Dr Redzuan, saya ada menerima surat dari TH yg dimaklumkan oleh Syamimi. Semasa isteri datang untuk mengambil saya untuk "discharge" dari hospital, satu lagi insiden malang berlaku dimana dihadapan hospital KPJ Kajang, isteri saya telah melanggar seorang penunggang motosikal yang menyebabkan kereta Nissan yg dipandunya kemik bahagian depannya. Macam2 ujian Allah swt dan terpaksa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.
Beberapa hari selepas keluar dari hospital, hari sabtu malam Ahad, saya akan mengambil giliran menjaga ayah disebelah malam di Hospital Seremban. Semasa bersamanya ada saya nyatakan bahawa saya dapat mengerjakan haji pada tahun ini. Pada raut wajahnya ayah gembira dan mengucapkan "Alhamdulillah".
Routine sebegini selalu dilakukan sehinggalah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Seremban pada 6 Oktober 2008. "Innalillahi wainnalillihirojiun".
Ayah ketika itu bersia 72 tahun. Moga Allah melimpahkan rahmatNya dan berada bersama2 orang yang beriman, Amin.
Apa yang tergambar dibenak fikiran saya adalah segala ujian yg saya alami seperti sakit, kemalangan, kematian ini adalah ujian dari Allah swt dan insyallah ada hikmah disebaliknya yang kita boleh jadikan ikhtibar hidup.
Kata orang dalam setiap kepahitan itu akan ada kemanisan. Salah satu kemanisan yg saya dan isteri alami adalah dijemput oleh Allah pada umur 46 tahun untuk menjadi tetamuNya pada musim Haji 2008 ini. Syukur Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment